Friday, December 20, 2019

Hi-Tea Tahun Baru Di Royal Songket, Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Hi Korang,

Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu 2020 dengan Hi-Tea Tahun Baharu di Restoran Royale Songket, Aras G. Rasai semangat musim perayaan dengan menu buffet yang menarik dan menyelerakan untuk membangkitkan keceriaan sambutan Tahun Baharu. 


Tetamu boleh memulakan keterujaan menikmati hi-tea dengan pelbagai pembuka selera seperti Open Faced Sandwich, Parade of Cold Seafood on Ice, Assorted Cheese Platter, Cold Cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetable CruditĂ©s, Caper Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad, dan Orzo Pasta Salad bersama Roasted Baby Roma & Basil. 





Tumpuan utama hi-tea adalah barisan masakan utama yang pastinya akan membangkitkan selera anda seperti Nasi Briyani, Kambing Bamia, Kari Ikan, Japanese Tofu with Taukan, Ayam Kukus bersama Sos Soya, Chicken Cordon Bleu, Butter Vegetable, Grill Foot Long Sausage, Mussel Au Gratin dan Piza Satay







Seterusnya, pengunjung dapat menikmati pilihan menu masakan Barat di Carving Station. Menunya termasuklah BBQ Prawn Skewer, Beef Wellington with Sauce dan Grill Seabass with Sauce. Manakala, di gerai Live Action, tetamu boleh mencuba Pasta dengan beberapa pilihan sos. 

Selain daripada itu, penggemar makanan laut boleh mencuba makanan laut di bahagian Seafood on Ice seperti Crab Stick dan Mussel. Terdapat juga sudut Kid’s Corner yang menghidangkan Chicken Nugget dan Mac n Cheese. Tidak lupa juga pilihan sup pada hari tersebut, Cream of Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons



Tidak lengkap sesi hi-tea tanpa pelbagai jenis pemanis mulut dan pastrI. Hi-Tea Tahun Baharu ini menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut dan pastri yang disediakan khas oleh kumpulan Pastri hotel. Antaranya ialah Aneka Puding, Aneka Biskut, Christmas Stollen, Kek Buah, Aneka Pastri Perancis, Mufin, Tart, Yule Log, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain, Aneka Aiskrim dan Chocolate Soufflé

Hi-tea Tahun Baharu yang meriah ini diadakan pada 1 Januari 2020 (Rabu) bermula dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang. Harganya ialah RM69.00+ bagi setiap orang dewasa. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian telepemasaran kami melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-2736801 atau 019-2757801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST. 

Selain Hi-Tea Tahun Baharu, Restoran Royale Songket juga akan mengadakan Makan Malam Ambang Tahun Baharu dengan menawarkan hidangan bertemakan BBQ dan Grill, Masakan Itali, dan menu kegemaran Malaysia. Makan malam Ambang Tahun Baharu ini berharga RM95.00+ setiap orang dewasa dan RM 47.00+ setiap orang kanak-kanak. Ia bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada Selasa, 31 Disember 2019. 

Promosi 

New Year Hi Tea : RM69.00+ setiap orang (dewasa) 

Tempoh promosi : 1 Januari 2020 (Rabu) 

Makan malam ambang Tahun Baharu : RM95.00+ setiap orang (dewasa) 

Tempoh promosi : 31 Disember 2019 (Selasa) 


Jom kite ke : 

Royale Songket Restaurant 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook: 

Instagram :



#grandbluewavehotel
#shahalamhotel






1 comment :

Umi Nazrah said...

nyummmy menggoda nya setiap menu makanan tu ^_^