Thursday, March 27, 2014

Makan SATAY MENARA Jalan Reko Kajang, I Like!

Hi Korang,

I like satay! Yesza, nasib baik duk Kajang so dapat terjah makan sate selalu coz melambak-lambak restoran dan kedai makan jual satay. 


Bila food blogger masuk TV3 ni ajak aku dengan Mr Big pi makan satay so seharusnya ktorang join kan. Ktorang ke Satay Menara di Jalan Reko Kajang ni je di Restoran Zingy Otak-Otak. Dekat sangat dengan Hentian Bas Kajang.

Sesampai je blogger lain ada cam Shakiddo, Hafiz sekeluarga, Anarm berdua je dan of course lah orang yang mengajak mesti ada. 






Ktorang di hidangkan dengan satay ayam, daging, kambing dan arnab. So sambil makan sambil bercamwhore, sekejapan licin tau.


Baru aku tau yang satay daging ni menggunakan bahagian daging lembut (tenderloin beef) patutlah sedap je masuk mulut, kunyah pun sekejap je terus lumat dan telan. 


Kuahnya plak ada guna campuran gula Melaka sebab tu ada rasa-rasa manis-manis sedap. Ek, manis haruslah sedap kan. 

En Mizan Mahram - pemilik SATAY MENARA




Sempat gak ktorang berbual-bual dengan tuan punya SATAY MENARA ni, En Mizan Mahram yang rupanya bahan-bahan ni didatangkan khas dari perusahaan keluarganya sendiri di Batu Pahat Johor. Ooo HOMEMADE patutlah sedap dan mempunyai rasa yang tersendiri. Maklumlah dah 13 tahun keluarganya berniaga satay di sana. Haruslah special coz air tangan ibu tercinta kan.


Aku sempat rasa satay arnab, kira first time gak ni. Dagingnya lembut, sedap plak tuh. Berebut plak dengan bebudak ni kan. Adik aku cakap kalau orang pompuan yang nak anak suke makan daging arnab, ermm ada chance nak pregnant ni. Ishkk adik aku ni kan, ntah mana dapat info pun aku tak tau lah. 


Ini harga satay di SATAY MENARA ni. Pemalas nak taip, alah korang tengoklah sendiri ek. Standard harga semasa satay di kawasan Kajang ni.

By the way, ada Tawaran Istimewa Satay Menara VIP Club

Tak tau plak aku SATAY MENARA ni ada “Satay Menara VIP Club”. Yang bestnya ada pelbagai promotion harga istimewa untuk para ahli kelab contonhnya harga diskaun, makan satay secara percuma dan memacam lagi lah. 


Alah FREE je daftarlah, korang ikut je step kat bawah ni 

Ambil telefon anda 

Buka Compose Message 

Taip VIP dan hantarkan ke 016-640 5445 

Tunggu mesej respon daripada Satay Menara 


Ok dah jadi member, so boleh pi makan satay di sini dengan harga yang terbaek ye. 


Gerai Satay Menara ni dibuka setiap hari kecuali hari Khamis, bermula jam 7.00 petang hingga 12.00 malam. Kekadang kalau time maghrib tu nampak cam tutup tapi diorang pi solat dulu jap ye jangan ingat tak meniaga plak. Ada 3 cawangan Satay Menara di lokasi kat bawah ni


CAWANGAN JALAN REKO, KAJANG
No. 21, Jalan Hentian 6, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang
Tel: 013-262 2947

CAWANGAN PUTRAJAYA
No. 1284, Jalan P9B1/2, Presint 9, 62250 Putrajaya
Tel: 019-353 3873

CAWANGAN BATU PAHAT, JOHOR
TKS 10, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
Tel: 019-781 0272

Ermm abis dah sudah citer pasal SATAY MENARA ni. Terima kasih pada food blogger ni coz sudi ajak ktorang. So lepas ni kalau nak pi makan sate kat area Kajang selain di pecan Kajang boleh juga singgah ke SATAY MENARA ye.

p/s : aku suka dengan gambo aku kali ni, cam cantik je lah. Nasib baik tepon Mr Big jadi mangsa lighting ek.. hhehehhe I love you lah. Jom pi makan sate malam ni nak tak?






9 comments :

nad said...

bestnya pi mkn reramai camni

Sukma said...

jauh kat sana cik lily....
by the way theme blog dah bertukar kaler....hitam itu menawan...hihi

Unknown said...

wowww..sedapnya..

Farah Waheda Wahid said...

harus pergi ni kak, kita date nak?

profhariz said...

Dapat 20 cucuk sedap ni. Makan sorang. hehehe

hazmanfadzil said...

Great pics la beb.... so next time ada rezeki kita buat food review lain pulak yea...

Rizziela said...

kena try ni..dekat ajer dgn rumah

Unknown said...

blog walking... nmpk sedap itu sate...

Unknown said...

blog walking... nmpk sedap itu sate...