Showing posts with label Makanan Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Makanan Indonesia. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

Something Special Bagi Tuan Punya Blog CikLilyPutih.Com

Hi Korang,

Aku sendiri tak menyangka yang aku akan celebrate birthday aku pertama kalinya dengan orang-orang yang baru saje aku rapat.

Seriously tak sangka wokeh, rasa nak nangis pun ade


Anyway,

terima kasih sangat kepada Mazzy, As, Azie, Yan dan Ika coz sudi belanje kek harijadi yang comel. Mana nak dapat celebrate birthday dengan menu makanan Indonesia Pisang Keju dan Jus Alpokat original. Sangat-sangat awesome!

Semoga bila dah berumur lebih 35 tahun ni, perangai pun dapat lah berubah ye itu pesan Mr Big dalam wassap hari tuh.

Wednesday, April 10, 2013

Rumah Makan CIBIUK, Makan Ala Sunda Indonesia.


Hi Korang,

Sebenarnya dah lebih 5 kali aku ke Rumah Makan CIBIUK Malaysia ni, sekarang baru nak citer kan. 

Sila salahkan Mr Big ye. Dia kata kita cuba dulu semua signature dish diorg then baru you citer.


Sampai ke sudah, menu itu yang dia duk ulang –ulang order kan.



Restoran ni menghidangkan makanan Jawa Barat dan tarikan utamanya ialah sambal. Ada pelbagai jenis sambal yang di sediakan secara FREE. Sebab tu ianya di gelar kedai ‘Rajanya Sambal’. Masuk je depan pintu restoran ni, dah nampak pun booth sambal. Hah pilih yang mana satu korang nak cuba.


Tapi yang aku heran, tak pulak laki aku ni merengek kata pedas. Kalau tak pedas sket pun dah tak makan. Nampak lada merah sket, dia letaknya dalam pinggan aku.

Ishkk terkesima kejaplah. Pelik tapi benar.


Ini teh o kosong. Memang tak de gula langsung. Dihidangkan PERCUMA tau.

Dah jangan membebel lagi, meh tengok apa yang ktorg order ye

Nasi Liwet Kastrol Ayam Goreng RM 27.90 for 2 person 



Ada ayam goreng, nasi kastrol, tauhu dan tempe goreng, jengkol (jering) goreng, ikan sepat masin dan sambal tomato Cibiuk.

Cumi Crispy RM14.90 

memang betul-betul crispy, tepung nipis, kerak sedap

Talapia Goreng RM27.90 saiz kecil


Inilah dancing fish. Tilapia ni di belah tiga dan digoreng secara menegak dalam minyak panas. Sebab tu bila gigit ranggup yang amat.

Jus Mangga RM6.90 

Pekat, melekat sampai ke tekak. Manis medu. Pure mangga. Sedut-sedut tak abis pun. Sedapp


Alpokat RM7.90 

Ini favourite Mr Big. Avocado diblend dan di curahkan sos coklat ditepinya.Me Big pun pandai buat ni, tak caya meh KLIK kat entry SINI.

Nampak tak?


Memacam yang ktorg order. Giler banyak tapi yang ajaib tu semuanya abis. Aku ingatlah ada jin yang tumpang makan sekali agaknya, itu pasal semuanya abis. Licin. Tinggal tulang je.

Tengok ikan tu korang dah gedik-gedik nak ke sini kan, ini tompeknyo

Rumah Makan CIBIUK Malaysia

No. 1-G, JLN PUTRA 6,
TMN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
TEL : 012-4570061




Actually ada lagi menu dia yang best dan nampak sedap, meh tengok blog SUMIJELLY ni, dia pi makan dengan familynya. Nampak cam lazat je sate ayam tuh.

Selamat Makan Korang!

Thursday, January 19, 2012

Mee Hoon Bakso Power!

Hi Korang,

Last night ktorg had these mee hoon bakso kat umah aku lah. Abis tu ingat aku hari-hari makan luar ke, kopak lah cam ni kan.

Ntah kenapa petang semalam terajin nak makan ala-ala berkuah plak kan, so nak kuar tengah hujan lebat ting tong kat Bangi ni. Bukak freezer tengok apa yang boleh di masak then terus je create dish kan. Dah macam MasterChef plak kan 'Ujian Peti Misteri' plak. 


Alah masak mee hoon bakso ni kira senang gak lah, untuk kuah tu cam buat sup ayam but lebihkan lada putih dan lada hitam sket bagi yang kaki pedas. Cam Mr Big tak makan pedas so letak ikut rasa-rasa sesuai dengan tekak jelah kan.


Bebola daging tu plak, aku memang ada standby dalam freezer, kalau lapo-lapo goreng je. Kalau tak buat sendiri belum terrer lagi cam MasterChef Jejai dan K Ina kan, so guna yang frozen je. Settle masalah.

Kalau korang nak cuba mee hoon bakso ni, pi search kat google ye resipinya. Aku tak nak bagi resipi coz aku pun main campak-campak je. Tak sukat2 pun cuba rasa2 je ikut kesedapan tekak aku.

CLP notes : Orang cam aku ni memang kejenya masak simple2 je, janji sedap dah lah kan.