Monday, July 28, 2025

SUNPLAY Tone-up UV Essence (Biru) - Berseri Tanpa Filter, Perlindungan Terhadap UV

Hi Korang,

Tiada filter? 
Tiada masalah. 

Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu dari Sunplay memberikan seri wajah yang lebih segar dan bersedia untuk kamera, sambil melindungi anda daripada sinaran matahari.


Dengan hanya satu olesan, krim tabir suria ini akan memberikan kesan tone-up yang serta-merta mampu membetulkan tona kulit dan mencerahkan seri wajah. Dirumus dengan SPF50+ PA++++ dan Perlindungan Serbuk Mutiara Iridescent Strobe, ia bukan sahaja memberikan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UVA dan UVB untuk melindungi kulit anda, malah mencerahkan kulit kusam dan tampak letih untuk tona kulit yang sekata secara semula jadi. Selain itu, formulanya yang lembut bebas daripada minyak mineral dan paraben, serta telah diuji untuk alahan, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif.

Perlindungan Serba Lengkap: Gabungan Sempurna Perlindungan Matahari dan Penjagaan Kulit

Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) yang baharu diperkaya dengan ramuan mesra kulit untuk menaik taraf rutin harian anda. Asid Hyaluronik memberikan hidrasi mendalam dan menyokong lapisan pelindung kulit, manakala Vitamin C membantu mencerahkan tona kulit secara berperingkat. Ia juga mengandungi Ekstrak Cica yang terkenal dengan sifat menenangkannya — sesuai untuk kulit sensitif atau mudah merengsa.

Tekstur Halus, Ringan dan Tidak Terlihat

Tabir suria ini diformulasi dengan tekstur ringan seperti esen. Ia mudah untuk dioles, membolehkannya menyerap dengan cepat dan sempurna ke dalam kulit. Teksturnya yang sangat ringan tidak meninggalkan rasa berminyak, membuatkan ia seperti pelindung tidak kelihatan yang menyerlahkan seri semula jadi anda sambil melindungi daripada cahaya matahari.




Terus Dilindungi sambil Bergembira di Bawah Cahaya Matahari

Seperti kepercayaan utama Sunplay bahawa perlindungan matahari tidak seharusnya menghalang keseronokan, tabir suria tone-up baharu ini menawarkan ketahanan air yang unggul — sesuai untuk hari yang panjang di luar, sama ada anda ke pantai atau sedang bergerak aktif. Ia memastikan anda kekal berseri dan terlindung tanpa perlu olesan semula yang kerap.

“Kami ingin menjemput anda semua untuk merasai keyakinan tampil tanpa filter dengan kulit yang sebenar dan berseri. Tabir suria ini direka untuk memenuhi keperluan kecantikan dan perlindungan harian, dan kami teruja menawarkan kepada para pembeli betapa mudahnya mendapatkan kulit yang tersedia untuk beraksi di hadapan kamera,” kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia.


Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu berharga RM65.90, eksklusif menerusi kedai fizikal dan secara dalam talian Guardian di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabir suria baharu ini, sila layari laman Facebook rasmi Sunplay Malaysia.


Saturday, July 26, 2025

Adakah Makanan Tambahan Semula Jadi Memang Baik Untuk Anda?

Hi Korang,

Di rantau Asia Pasifik (APAC) hari ini yang penduduknya semakin menitikberatkan soal kesejahteraan, semua produk semula jadi, termasuklah makanan tambahan atau suplemen, lazimnya dipercayai oleh pengguna kerana tanggapan positif tentang hubung-kaitnya dengan alam dan ketiadaan ramuan sintetik. Di pasaran APAC, idea bahawa makanan tambahan semula jadi sememangnya selamat dan berkesan juga semakin diterima umum. Malah, pengguna Malaysia sering menggunakan produk farmaseutikal, ramuan kesihatan tradisional, dan produk kecantikan dalam rutin harian untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan penampilan masing-masing.[1]


Bagaimanapun, persepsi ini boleh menimbulkan kesan yang tidak diduga. Sebagai contoh, di Malaysia di mana suplemen kesihatan boleh didapati secara meluas, ada produk yang tidak perlu mendapat kelulusan, lesen atau menjalani penilaian keberkesanan produk. Justeru tanggungjawab lebih besar diletakkan di tangan pengguna untuk membuat pilihan maklum. Memandangkan lebih ramai individu di rantau ini menggunakan produk tersebut untuk menyokong matlamat penjagaan kesihatan masing-masing demi mencegah penyakit, adalah amat penting untuk memahami bahawa label “semula jadi” tidak semestinya bermakna selamat atau berkesan.

Semula Jadi atau Sintetik, Sains Menentukan Keberkesanan

Sama ada semula jadi atau sintetik, keselamatan dan keberkesanan makanan tambahan bergantung kepada sebatian khusus, dos yang disyorkan dan potensi interaksi dengan bahan lain.

Di Malaysia, ubat herba tradisional masih digunakan secara umum, di mana masyarakat majmuk kita bergantung kepada herba tempatan kerana dianggap membawa manfaat kesihatan. Walaupun ramuan herba boleh memberikan manfaat kesihatan sebenar, bahan-bahan ini tidak semestinya tanpa risiko. Sesetengah ramuan semula jadi mungkin berinteraksi secara tidak diduga dengan ubat atau menyebabkan kesan buruk apabila diambil secara tidak betul. Menurut tinjauan Kementerian Kesihatan, 31.6% daripada rakyat Malaysia tidak sedar tentang kemungkinan interaksi antara ubat tradisional dan moden.[2]


Menurut Dr. Alex Teo, Pengarah, Pembangunan Penyelidikan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife, sebagai contoh akar manis yang sering digunakan dalam ramuan tradisional dan sememang dikenali kerana ciri-ciri yang melegakan. Bagaimanapun pengambilan berlebihan, khususnya dalam bentuk suplemen pekat, boleh meningkatkan tekanan darah dan ketidakseimbangan elektrolit. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan ramuan semula jadi dengan berwaspada dan mengikut garis panduan yang ditetapkan, walaupun bagi produk yang dikenali umum.

Sebaliknya, makanan tambahan sintetik dirumuskan untuk menyerupai sebatian semula jadi dan menjalani ujian teliti bagi memastikan kesan yang dikehendaki dihasilkan dengan selamat. Walaupun terdapat perdebatan berterusan tentang kebaikan makanan tambahan semula jadi berbanding sintetik, kajian saintifik yang diterbitkan dan bukti ujian makmal dapat membantu meningkatkan kefahaman kita tentang nilai sebenar sesuatu makanan tambahan.


Menyanggah Mitos Makanan Tambahan Semula Jadi

Untuk membuat keputusan pemakanan yang serba maklum, pengguna perlu mempunyai kefahaman yang baik tentang maksud perkataan “semula jadi” dan apa yang bukan di dalam pentakrifannya. Berikut adalah lima salah tanggapan umum tentang makanan tambahan semula jadi dan petua tentang cara membaca penerangan dengan teliti.



Mitos 1: Semula Jadi Sepenuhnya Bermakna Selamat

Satu salah tanggapan umum ialah makanan tambahan semula jadi pada hakikatnya selamat kerana bukan ubat farmaseutikal. Sebenarnya, toksin seperti arsenik dan plumbum boleh didapati dalam tumbuhan tertentu dan memakannya tanpa pengetahuan yang betul tentang dos boleh menimbulkan kesan serius terhadap buah pinggang dan hati.

Mitos 2: Makanan Tambahan Semula Jadi Boleh Diambil Tanpa Had

Sesetengah orang percaya makanan tambahan semula jadi boleh diambil dalam jumlah tidak terhad tanpa risiko. Bagaimanapun, sebatian semula jadi sekalipun boleh menyebabkan tindak balas buruk jika diambil secara berlebihan. Sebagai contoh, vitamin larut lemak seperti A, D, E, dan K boleh terkumpul di dalam badan dan menyebabkan ketoksikan apabila diambil dalam tempoh berpanjangan.

Mitos 3: Makanan Tambahan Boleh Menggantikan Ubat

Adalah amat penting untuk memahami bahawa makanan tambahan bukan pengganti ubat preskripsi, terutamanya bagi menguruskan penyakit kronik atau isu kesihatan khusus. Langkah menangani masalah kesihatan dengan makanan tambahan dan tidak menggunakan ubat preskripsi bukan pendekatan yang betul. Suplemen seharusnya dilihat sebagai pelengkap kepada nasihat dan rawatan penjagaan kesihatan profesional dan bukannya pengganti.

Mitos 4: Makanan Tambahan dan Ubat Boleh Diambil Bersama Secara Bebas

Satu lagi salah tanggapan ialah makanan tambahan boleh diambil secara bebas bersama ubat preskripsi. Sesetengah makanan tambahan seperti ekstrak teh hijau pekat, boleh mengganggu ubat sakit jantung, manakala ramuan dalam suplemen bawang putih boleh berinteraksi dengan ubat penipis darah, mengurangkan keberkesanannya atau menyebabkan kesan sampingan yang serius. Justeru amat penting untuk terlebih dahulu menghubungi pengamal perubatan sebelum memulakan pengambilan makanan tambahan bersama ubat biasa anda.

Mitos 5: Makanan Tambahan Boleh Menggantikan Diet Sihat

Tiada suplemen yang boleh menggantikan diet yang seimbang dan berkhasiat. Makanan lengkap boleh memberikan kombinasi kompleks antara nutrien, serat dan sebatian lain yang tidak boleh dibekalkan oleh makanan tambahan. Walaupun makanan tambahan boleh menyokong kesihatan secara keseluruhan, pengambilannya harus dilakukan sebagai tambahan kepada diet yang sihat dan seimbang secara konsisten.



Pendekatan Saintifik kepada Makanan Tambahan

Sebelum anda mula mengambil makanan tambahan, sentiasa kaji pilihan suplemen anda secara kritikal. Makanan tambahan berkualiti menjalani ujian pihak ketiga dan mempunyai persijilan yang memastikan produk tersebut memenuhi piawaian ketat bagi keselamatan dan keberkesanan.

Keperluan kesihatan peribadi anda juga penting untuk menentukan makanan tambahan mana, jika perlu, yang sesuai untuk anda. Suplemen yang berkesan untuk seseorang mungkin tidak sesuai untuk orang lain. Rundingan dengan pakar penjagaan kesihatan amat penting untuk memastikan pilihan betul dibuat berasaskan profil kesihatan individu dan rawatan perubatan yang diterimanya, demi mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini akibat interaksi antara ramuan makanan tambahan tersebut dengan ubat yang sedang diambil.

Dengan pelbagai pilihan suplemen yang ada, amat penting untuk tidak terpengaruh dengan perkataan “semula jadi” dalam keterangan produk. Sama ada produk semula jadi atau sintetik, yang penting ialah memberi tumpuan kepada kualiti, dos dan bukti saintifik. Dengan meninjau pilihan yang ada dengan teliti sambil menjalankan kajian anda sendiri dan berunding dengan pengamal penjagaan kesihatan, anda boleh membuat pilihan makanan tambahan bertanggungjawab yang membawa manfaat kepada kesihatan anda dalam jangka panjang.




[1] https://pharmacy.moh.gov.my/sites/default/files/document-upload/national-survey-use-medicine-iii-nsum-iii-1.pdf

[2] https://pharmacy.moh.gov.my/sites/default/files/document-upload/national-survey-use-medicine-iii-nsum-iii-1.pdf

Thursday, July 24, 2025

Kaspersky: 98% of Cybersecurity Experts Seek Improvements to Maximise Protection

Hi Everyone,

Specifically, the majority of professionals believe there are "a few" or "some" areas that could be enhanced, while one in four advocates for significant upgrades. Such findings were revealed in the latest Kaspersky’s global survey.

A study titled "Improving resilience: cybersecurity through system immunity," conducted by Kaspersky, explored how organisations currently manage cybersecurity and how they are preparing for future challenges. This research surveyed 850 IT professionals responsible for cybersecurity in large companies across Europe, the Americas, APAC, Russia, and META. These respondents represented a diverse range of industries and organisational levels, offering a comprehensive view of current security postures and pain points.



The survey reveals that, despite high satisfaction levels—with 94% of experts stating they are "satisfied" to "extremely satisfied" with their current protection—the desire for stronger and more adaptable defences remains widespread. Although only 6% of respondents expressed dissatisfaction with their cybersecurity measures, most recognise the need for improvement. Specifically, 76% believe there are "a few" or "some" areas that could be enhanced, while 22% advocate for significant upgrades.

This trend is consistent in APAC, where 94% reported being "satisfied" to "extremely satisfied" with their current protection. However, 79% indicated “a few” to “some” areas could be improved while 20% highlighted significant upgrades are necessary. In Malaysia, satisfaction is at 97% yet the need for improvement remains clear: 73% identified gaps to be addressed and 20% called for substantial change.

Globally, when asked to identify the weakest aspects of their cybersecurity systems that they would like to improve, respondents pointed to various operational and technical challenges. 

The most common issues included:

● Manual processes consuming excessive time (30%);

● Reactive protection lacking proactive threat detection (29%);

● Shortage of skilled personnel (27%);

● Complexity of managing disparate solutions (23%).

Obviously, the reliance on manual processes leads to increased operational overhead and delays in identifying and responding to threats, while the absence of proactive threat detection reduces the ability to prevent breaches before they occur. Most critical point is the management of a multiple of different security solutions as it leads to gaps in coverage, misconfigurations, and increased risk of oversight, as security teams struggle to maintain an integrated, effective defence across diverse systems. The fragmentation hampers swift response times and increases the likelihood of overlooked vulnerabilities, ultimately weakening the organisation’s overall security posture.

Among other critical weak sides of their current cybersecurity systems noted by respondents were also high risks of systemic collapse following breaches (22%), overly complex IT/OT environments (21%), and outdated threat intelligence (20%). Additional concerns included "alert fatigue" (18%) and insufficient functionality of current solutions (17%). These findings highlight the urgent need for streamlined, intelligent security tools to address these vulnerabilities effectively.

These global trends echoed in APAC where regional experts similarly identified key vulnerabilities in their cybersecurity systems. The most cited concerns include reactive protection lacking proactive threat detection (29%), high risks of systematic collapse after breaches (27%) and the challenge of managing disparate security solutions (26%). Operational burdens also persist with manual processes consuming excessive time (24%) and complex IT/OT environments (24%) making it difficult to setup effective protection measures.

As organisations worldwide strive to strengthen their cybersecurity posture, this research highlights that, alongside enhancing traditional cybersecurity solutions, vendors are working to develop innovative approaches: shifting from protecting inherently vulnerable software with applied security measures toward creating secure-by-design systems with innate resilience. Such systems are capable of safeguarding their core assets even when compromised, often with minimal or no additional cybersecurity spending.

"More and more organisations are beginning to understand that modern challenges require not just strong protection but also a proactive and cohesive security strategy that strengthens every aspect of their digital landscape against potential breaches. That’s why it is essential for companies to adopt a transformative approach, integrating advanced threat intelligence and streamlined processes, and applying reliable, all-encompassing solutions to protect their assets while ensuring operational continuity and building customer trust," comments Alexander Kostyuchenko, Head of Technology Solutions Product Line at Kaspersky.

“We’re at a point of realisation; confidence alone doesn’t equate resilience. In Asia Pacific, many organisations are operating in environments that have grown fragmented, reactive and heavily manual over time. The inherited IT and cybersecurity architecture now stand in the way of an effective protection. This research confirms what we have been seeing on the ground, that true resilience will require not just better tools but better design thinking. It’s apparent that the future belongs to system that are secure-by-design, not secure by afterthought,” Adrian Hia, Managing Director for Asia Pacific at Kaspersky.

To enable comprehensive protection of all business assets and processes, Kaspersky experts recommend:

Use centralised and automated solutions such as Kaspersky Next XDR Expert. By aggregating and correlating data from multiple sources in one place and using machine-learning technologies, this solution provides effective threat detection and fast automated response.

Provide Security professionals with an in-depth visibility into cyberthreats targeting your organisation. Kaspersky Threat Intelligence will provide your team with rich, meaningful and actual context across the entire incident management cycle and helps identify cyber risks in a timely manner.

As an alternative to traditional cybersecurity, develop secure-by-design solutions and protect them at the code and architecture levels. Based on KasperskyOS, a Kaspersky operating system, your products can be inherently protected and can perform their critical functions even in an aggressive environment with no additional cybersecurity solutions. 

To read the full report, please visit the website

Monday, July 21, 2025

10,000 pengunjung memeriahkan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y. yang penuh gemerlapan

Hi Korang,

Lebih 10,000 rakyat Malaysia membanjiri Stadium Merdeka bagi meraikan ulang tahun ke-20 Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad - satu detik bersejarah bagi peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia itu.


Kumpulan MR D.I.Y. menganjurkan sambutan yang terbesarnya setakat ini - sebuah konsert ulang tahun yang penuh bertenaga, menampilkan barisan legenda muzik tanah air termasuk Shila Amzah, Jaclyn Victor, Amy Search, Awie, Ella, Penny Tai, Jeryl Lee dan kumpulan trio pop 3P. Malam istimewa tersebut dimeriahkan dengan persembahan cahaya laser yang menakjubkan, bunga api, aktiviti-aktiviti menyeronokkan serta cabutan bertuah. Malah, Menara Merdeka 118 turut disinari cahaya khas untuk meraikan perjalanan dua dekad MR D.I.Y..

“Konsert ini bukan sekadar sambutan, ia merupakan tanda penghargaan kami buat semua pihak yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami,” kata Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran, Kumpulan MR D.I.Y.. “Dari pelanggan dan pembekal sehinggalah kakitangan kami – sokongan anda telah menjadikan pertumbuhan ini satu kenyataan. Saat ini milik semua rakyat Malaysia yang telah membesar bersama kami. Kami bangga menjadi sebahagian daripada kehidupan harian anda.”

Tambah Goh, “Kami akan terus komited untuk menawarkan lebih banyak nilai, kegembiraan dan impak kepada komuniti. Ulang tahun ini mengingatkan kami sejauh mana kami telah melangkah, dan betapa banyak lagi yang boleh dicapai bersama. Yang terbaik masih menanti. Terima kasih, Malaysia.”

Daripada sebuah kedai perkakas kecil di Kuala Lumpur pada tahun 2005, MR D.I.Y. kini telah berkembang menjadi kuasa besar dalam dunia peruncitan serantau dengan lebih 5,000 cawangan di 14 buah negara. 





Kumpulan ini kini merangkumi jenama-jenama seperti MR D.I.Y., MR D.I.Y. Express, MR D.I.Y. PLUS, MR. TOY, MR. DOLLAR dan EMTOP — semuanya berteraskan keperluan harian, harga mampu milik dan inovasi untuk berjuta-juta pelanggan.









Bagi meraikan ulang tahun ke-20 ini, MR D.I.Y. mengadakan promosi hebat di seluruh negara sepanjang bulan Julai. Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk lebih 130 barangan keperluan rumah dan makanan. Dari 25 hingga 31 Julai, pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Gores & Menang’ dengan hadiah bernilai hingga RM2 juta, termasuk iPhone 16, robot AI, baucar tunai RM1,000, beg tangan Louis Vuitton dan bar emas 10g.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, mrdiy.com.my dan ikuti saluran media sosial mereka di Facebook, Instagram, dan TikTok.


Sunday, July 20, 2025

MITSUI OUTLET PARK KLIA SEPANG Meraikan Ulangtahun Ke-10 Dengan Bergaya

Hi Korang,

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah jenama premium terus dari kilang yang berasal dari Jepun kini sedang meraikan ulang tahun ke-10 bagi menandakan pengalaman membeli belah yang hebat. 


Para pengunjung akan disediakan dengan pelbagai promosi menarik, tawaran eksklusif dan persembahan rancak secara live termasuk penampilan istimewa kegemaran ramai KLP48. Ayuh sertai sambutan sedekad ini dan nikmati pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan!


Acara sambutan akan berlangsung sepanjang bulan Julai di mana para pengunjung yang singgah di Sunshine Square akan disambut dengan dekorasi yang berwarna-warni serta ‘photo booth’ yang disediakan khas untuk peluang bergambar. Ruangan meriah yang dihiasi mengikut tema warna MOP KLIA Sepang ini juga menjadi lokasi untuk pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti ‘Spin & Win’, tebusan hadiah eksklusif dan cabaran media sosial.

TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, menyatakan rasa bangganya kerana dapat menyaksikan kejayaan berterusan pusat membeli-belah ini yang kini melangkah ke dekad baharu — dengan tawaran eksklusif, kepelbagaian dan suasana membeli belah yang meriah kepada para pembeli dari segenap lapisan masyarakat. Tambah beliau lagi, ulang tahun ke-10 bukan sahaja menandakan pencapaian penting untuk MOP KLIA Sepang, malah juga mencerminkan sokongan yang berterusan daripada pengunjung, dan rakan kongsi yang juga turut memainkan peranan penting dalam kejayaan pusat beli-belah ini.

“Sebagai tanda penghargaan, kami dengan berbesar hati menjemput para pengunjung untuk turut menyertai sambutan ulang tahun ke-10 ini. Antara acara istimewa ialah majlis memotong kek bagi meraikan perjalanan MOP KLIA Sepang sepanjang 10 tahun yang bersulam dengan kenangan indah, pencapaian penting dan hubungan yang penuh bermakna dengan para pembeli dan rakan niaga. Sambutan ini juga akan disertai dengan persembahan menarik oleh kumpulan pop idol tempatan, KLP48 untuk memeriahkan lagi suasana,” kata Cheah.


Dalam meraikan ulang tahun ke-10 ini, MOP KLIA Sepang turut menyediakan aktiviti-aktiviti dimana para pengunjung berpeluang menyertai kempen ‘Spin & Win’, yang berlangsung pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai 2025. Untuk penyertaan, para pengunjung boleh memuat turun Aplikasi Mitsui Shopping Park MY (MSP MY App) dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM300 dalam dua (2) keping resit maksima dari mana-mana kedai untuk menuntut satu pusingan ‘Spin &Win’. Antara hadiah utama yang disediakan termasuk dua keping tiket penerbangan Japan Airlines ke Jepun dan penginapan atau bufet makan malam untuk dua orang di Sama Sama Hotel KLIA atau Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

Pengunjung yang memuat turun MSP MY App juga boleh menuntut e-Baucar bernilai RM10 dengan hanya mengumpulkan 500 mata. Tawaran ini disediakan secara eksklusif pada 25, 26 dan 27 Julai 2025 dalam tempoh kempen ulang tahun ke-10 ini. Para pembeli tidak perlu risau jika mereka terlebih berbelanja kerana ganjaran yang disediakan akan berlipat ganda dengan setiap pembelian.
 

Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM800 dalam dua (2) keping resit dari mana-mana kedai pada hujung minggu sepanjang bulan Julai, pengunjung boleh menuntut Hadiah Eksklusif Ulang Tahun ke-10 MOP KLIA Sepang yang terdiri daripada sebuah termos dan beg rotan yang bergaya. Tuntutan boleh dibuat di Kaunter Maklumat di Sunshine Square, sementara stok masih ada.

Pengumuman istimewa untuk mereka yang suka bergambar! 


Abadikan detik istimewa anda di ruangan dekorasi bertemakaan ulang tahun ke-10 di Sunshine Square dan sertai ‘hashtag’ #MOPKLIA10Years di Facebook atau Instagram untuk berpeluang memenangi hadiah hebat. Pada setiap hujung minggu juga, para pengunjung dengan MSP MY App juga berpeluang untuk tebus sesi bergambar percuma di ‘photo booth’ bersama rakan dan keluarga. Tebusan ini akan bermula dari pukul 12pm hingga 8pm dan terhad kepada 500 orang pengunjung yang pertama sahaja.

Selain itu, tawaran istimewa yang turut disediakan untuk pengguna MSP MY App juga adalah 10X kali mata ganjaran bagi setiap pembelian tertentu pada 25, 26 dan 27 Julai 2025. Pelanggan aplikasi juga boleh menikmati diskaun penerbangan tertentu sehingga 15% dari Japan Airlines melalui kod promosi di dalam pautan laman web yang tertera.


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti Origami Hikoki pada 26 Julai 2025 mulai dari 2pm sehingga 4pm di Sunshine Square dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa. Untuk kemudahan para pengunjung, khidmat bas ulang-alik secara percuma turut disediakan, bermula di ‘Transportation Hub’ di Lalaport BBCC ke MOP KLIA Sepang.

MOP KLIA Sepang berada pada kedudukan strategik hanya 8 minit dari KLIA (Terminal 1) dan KLIA 2 (Terminal 2) dan anggaran 45 minit dari Pusat Bandaraya KL. Pusat beli-belah ini mudah diakses melalui beberapa lebuhraya utama seperti ELITE, LDP, KESAS, MAJU Expressway, North South Expressway Central Link dan NKVE. Perkhidmatan pengangkutan awam yang mencukupi turut disediakan untuk kemudahan mengunjungi MOP KLIA.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, layari mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA.




Friday, July 18, 2025

Solar Time Moves Forward: Celebrating 44 Years of Heritage & Innovation in Malaysia

Hello Everyone,

In celebration of its 44th anniversary, Solar Time proudly unveils a refreshed brand identity that pays tribute to over four decades of timeless craftsmanship and innovation. Honouring its rich heritage while embracing the future, the new design marks a defining moment in the brand’s evolution — ushering in the next chapter of style, precision, and passion.



Showcasing this renewed design language is Solar Time’s refreshed avant-garde boutique at IOI City Mall. Located within one of the capital’s premier retail destinations, the boutique embodies the spirit of the brand’s reimagined identity. 

Solar Time_Junyi Kwan's Speech


It offers customers an immersive space where heritage meets contemporary design, and where every detail is guided by the rhythm of time. Knowledgeable sales professionals are on hand to provide personalised service, guiding guests through the collections and ensuring a seamless, engaging shopping experience.


From left: Laura Pang, Wilfred Wong, Bella Astillah, Junyi Kwan, YB Syed Saddiq, MB Lim, Franscine Low

To mark the occasion, an official launch event was held on 17th July, graced by the presence of Malaysian singer and actress Bella Astillah and Muar Member of Parliament, YB Syed Saddiq. Their star presence elevated the celebration, adding a touch of glamour and energy that perfectly reflected Solar Time’s enduring legacy and forward-looking spirit.


A New Vision, A New Look


At the heart of this transformation is an evolved Solar Time logo, featuring bold, modern typography enhanced with deep shadows to create a striking three-dimensional effect. This interplay of light and depth evokes the image of the sun casting form and energy thus symbolising Solar Time’s enduring pursuit of brilliance. The extended “ST” elements stretch forward like rays of sunlight, embodying the brand’s forward-moving spirit and commitment to timeless elegance.



A central feature of the new visual identity is the “ST” round emblem, representing the sun as a radiant core - marking the rhythm of time itself. Surrounding this emblem, acrylic showcase patterns radiate outward like sunbeams, reflecting light, discovery, and the illuminating journey of every Solar Time creation.


BONIA Everbloom Collection sold exclusively at Solar Time


To commemorate its 44th anniversary and the launch of its newly refurbished boutique, Solar Time introduces a special edition BONIA timepiece: the BONIA Everbloom BNB10837- 2525SE. Designed as a tribute to grace, growth, and quiet strength, this exclusive creation captures the essence of blooming through time.




A delicate four-leaf clover positioned at the 4 o’clock mark adds symbolic depth, representing hope, harmony, and rare fortune—a subtle yet elegant tribute to 44 years of Solar Time’s enduring legacy. To enhance its commemorative value, the case back is engraved with the inscription “Special Edition Everbloom.”

Crafted with a rose gold-plated tonneau-shaped case, a rich wine-red ceramic dial, and a matching silicone strap, the watch exudes a refined, luxurious aesthetic. With luminous detailing on the BONIA logo and four-leaf clover, the design ensures visibility even in low light.

Special Guest_Bella Astillah & YB Syed Saddiq 

This exclusive timepiece is available only at selected Solar Time boutiques and through the official online store. Priced at RM498, it offers exceptional value for those seeking timeless elegance.




About Solar Time

Solar Time is the official retail platform - comprising both boutiques and online stores - of A.D. Time Sdn. Bhd., a trusted name in the watch industry with decades of experience in the retail and distribution of premium timepieces. Solar Time offers a diverse portfolio of renowned brands, including Alain Delon, BONIA, Cerruti 1881, Charles Jourdan, Hummer, Orient, and Timberland, among many others. In line with evolving market trends and shifting consumer preferences, recent additions such as DKNY and Huawei have been introduced to further expand the brand's offering and provide greater variety to its customers.

Tuesday, July 15, 2025

Hard Rock Cafe’s Annual World Burger Tour Competition Brings Locally Inspired Burgers to Genting Highlands

Hello Everyone,

Hard Rock Cafe has kicked off its annual World Burger Tour competition in celebration of Hard Rock International Birthday. Hard Rock Cafe chefs from around the world were challenged to develop unique burger creations that showcase elements from their regional cultures and personal taste. These innovative recipes will be available exclusively for guests to try, including the Sky High Burger at Hard Rock Cafe Genting Highlands, from June 14 through August 4. For example, guests at Hard Rock Cafe Rome can choose the Lasagna Burger with Ragu Bolognese and bechamel, those visiting Atlantic City can try the Jersey Shore Burger that features a house-made blueberry maple aioli and provolone.

From June 14 through August 4, Hard Rock Cafe hosts its annual World Burger Tour competition for guests to try new delicious burgers made with unique, locally inspired flavors at over 100 cafe locations

Sky High Burger, developed by the Kitchen Team at Hard Rock Cafe Genting Highlands is made with two smashed and stacked patties drenched in rich black pepper sauce, topped with melted red cheddar and a fluffy omelette. It’s layered with crisp lettuce, fresh tomato, caramelized onions, and creamy mayo—all served on a toasted bun, and is inspired by the Malaysian favourite, “burger ramli”.

This year's competition marks an exciting first for Hard Rock, with the addition of chef, content creator and brand partner Olivia Tiedemann as both a mentor and judge. She has worked closely with participating chefs throughout the competition, sharing her culinary expertise and burger-crafting techniques to help elevate each recipe.

“Working with these talented chefs from around the world has been incredibly fun. Each one brought such passion and creativity to their recipes, and I'm amazed by how they've transformed classic burger concepts with their unique local influences and personal stories,” said Olivia Tiedemann.

Based on Tiedemann’s input, and sales performance, the top five burger recipes will be selected and announced later this summer. Then the five finalists will become available at Hard Rock Cafe locations globally for all fans to experience for a limited time before one final winner is selected.

“This is such a fun annual event where the team gets to flex their creativity, and our guests get to try our new burger inspired by the Malaysian favourite “burger ramli” for a limited time,” said Jimmy Wong, General Manager, Hard Rock Cafe Genting Highlands.

The first Hard Rock Cafe at Old Park Lane in London opened on June 14, 1971. Launching this competition on Founders' Day celebrates how the brand has evolved over 54 years into an iconic entertainment, hospitality and lifestyle company with more than 300 Hard Rock Cafes and Rock Shops, Hotels, Resorts and Casinos worldwide.

Visit our cafe at LEVEL 50 of the Wyndham Ion Majestic/1001 Nights Hotel, Genting Highlands, 69000, Pahang, Malaysia to participate.


Friday, July 11, 2025

Beli-belah IPC Memperkenalkan Pengalaman Beli-belah dan Gaya Hidup Baharu Melalui Lagom Life – Mencapai Keseimbangan dalam Membeli-belah, Makan, dan Saling Berhubung

Hi Korang,

IPC Shopping Centre mempersembahkan The Lagom Life – penjenamaan semula yang diinspirasikan daripada falsafah terkenal Sweden iaitu kehidupan yang seimbang, ringkas, dan bermatlamat. Berakar umbi daripada idea “just the right amount”, arah tuju pusat beli-belah ini menerapkan gaya hidup yang menggalakkan pengunjung tidak terlalu tergesa-gesa, nikmati setiap detik yang dilalui, dan membeli dengan tujuan.

Kesederhanaan dalam Mencapai Tujuan


Sama ada untuk para pengunjung yang mengutamakan keselesaan setiap ahli keluarganya, ingin mencari barang keperluan rumah dalam suasana yang mesra keluarga di mana terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain dan meneroka; atau mereka yang suka mengemaskini status dengan pencarian makanan baharu yang menarik, merasai pengalaman unik mengikut minat mereka, dan sentiasa teruja dengan penemuan perkara baharu; atau pengunjung kreatif yang mahukan pengalaman membeli-belah dengan selesa di hujung minggu, ingin bersantai dengan tenang, dan meluangkan masa bersama yang tersayang – The Lagom Life direka untuk memenuhi kesemua tujuan ini.

“Kehidupan di zaman ini terasa begitu pantas – perlu membahagikan masa untuk bekerja, masa bersama keluarga, atau keluar membeli barangan keperluan rumah,” kata Cik Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre. “Sebab itulah kami percaya dalam menyediakan alternatif yang lebih seimbang, dan bermatlamat. IPC adalah sebuah destinasi di mana Kesederhanaan dalam Mencapai Tujuan – tempat di mana anda boleh berhubung kembali dengan diri anda, orang tersayang, dan komuniti sekitar anda dengan cara yang istimewa. Di IPC Shopping Centre, kami memberikan pengalaman membeli-belah yang seimbang dan berorientasikan kemampanan – jadi setiap pengunjung yang menjejakkan kaki ke pusat beli-belah ini boleh menikmati pelbagai pilihan yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.”

“Bukan sekadar destinasi membeli-belah, malah di sini adalah tempat pertemuan di mana kesederhanaan juga boleh mencapai tujuan, dalam persekitaran yang mendamaikan, selesa, dan susun-atur yang sempurna. Sama ada pengunjung ingin meluangkan masa bersantai bersama keluarga dan teman-teman atau inginkan masa untuk diri sendiri, IPC memberikan pengalaman yang bermakna dengan tawaran-tawaran istimewa serta ganjaran melalui program loyalti melalui Tack Club dalam Aplikasi IPC yang direka khas untuk menghargai setiap pelanggan kami yang datang berkunjung,” tambahnya lagi.

The Lagom Life, It’s Just Right


Dari pengalaman menikmati sajian lazat hinggalah kepada pelbagai kedai yang ada dan inisiatif yang berorientasikan komuniti, IPC lebih dari sekadar pusat beli-belah — ia adalah sebuah tempat pertemuan di mana kehidupan seharian dilalui berlandaskan tujuan dan kesederhanaan. Selama bertahun lamanya, IPC Shopping Centre teguh dalam mencapai matlamatnya dengan sentiasa memberikan pengalaman baharu yang menarik untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang semakin berkembang


Penambahan terbaharu termasuklah seperti Canton Boy, FUIYOH! It’s UNCLE ROGER, Chagee, dan Luckin Coffee yang sedang menjadi trend pilihan masyarakat terkini. Mereka akan menyertai ChaTraMue, Manjoe Taiwanese Dumplings, Taste of Medan dan Llao Llao yang juga menjadi kegemaran ramai sekarang ini. Foodland di Aras LG turut memberi pelbagai pilihan sajian lazat seperti Daily Bowl, Dunkin’ Donuts, The Grass, Happy Potato dan New Juice. Akan datang, Eka Gastrobar dan Pao Xiang Bak Kut Teh akan turut sama menambah kemeriahan pelbagai pilihan sajian di sana.

Selain menyediakan tempat makan yang menarik, IPC membawa keceriaan ke dalam kehidupan seharian dan memberikan pengalaman membeli-belah era baharu melalui kedai-kedai seperti Träffas Work Pods di Aras 1 Link Bridge, BYD yang bergabung dengan Espresso Lab, MR. DIY Plus, Good Times DIY & Lifestyle Studio dan Play United. IPC juga sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Brio Social Club, yang dilengkapi oleh tujuh gelanggang tertutup ‘pickleball’ untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengeratkan lagi hubungan antara teman-teman dan keluarga. Di samping itu, enam pengecas Tesla EV, di mana empat adalah Pengecas Super dan dua Pengecas Destinasi, juga boleh didapati pada suku tahun ketiga, untuk kemudahan pemandu EV ketika mereka datang berkunjung. Secara keseluruhan, peningkatan ini mencerminkan komitmen IPC untuk menjadi destinasi yang bebas tekanan dan memberi keseimbangan dalam melalui kehidupan di bandar yang serba pantas ini.

Dipadankan dengan campuran rakan-niaga yang “just right” (tepat) dan dipilih secara teliti, pusat tersebut memberikan pengalaman bebas tekanan bagi memenuhi keperluan praktikal dan kehidupan yang mampan untuk para pengunjungnya. Tampil untuk kekal dengan komitmennya terhadap manusia dan planet, IPC juga menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat hidup yang dapat menjamin kelestarian alam sekitar dengan menyediakan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik - Recycling and Buy-Back Centre (RBBC) dan penganjuran bengkel artisan & eko secara mingguan semasa musim perayaan dan keraian, bertujuan untuk memudahkan kempen kitar semula serta dapat memberi ganjaran. Rakan-niaga seperti H&M berkongsi visi yang sama dan turut mengadakan kempen kitar semula pakaian di mana pelanggan boleh meletakkan baju yang tidak lagi dipakai dengan mudah.

Bukan sahaja untuk tujuan kemampanan, IPC juga mengutamakan kelancaran dan kemudahan untuk semua para pelanggannya. Kereta sorong bayi, skuter berkuasa bateri, dan kerusi roda sentiasa tersedia di i-Counter yang terletak di Aras G, di samping bilik keluarga yang dibina dengan lantai yang anti-bakteria, sistem penapis udara, dan bilik menguruskan bayi menggambarkan keprihatinan pusat terhadap kebersihan, keselesaan, dan penjagaan yang rapi.

Melangkah ke Hadapan


Dengan konsep The Lagom Life yang diterapkan di setiap ruang dan pengalaman IPC, pusat ini kekal teguh dengan visinya sebagai tempat pertemuan yang lestari dan berteraskan komuniti yang sentiasa berkembang mengikut peredaran masa, namun masih berpaksikan nilai – nilai Sweden yang menjadi inspirasinya. Perjalanan ini mencermin evolusi IPC dalam mengimbangi kejayaan perniagaan dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar serta cara hidup yang lebih bermakna.

Untuk maklumat lanjut tentang The Lagom Life, sila layari ipc.com.my atau ikuti laman rasmi IPC Shopping Centre di Facebook, Instagram, atau TikTok untuk sebarang promosi terkini, acara dan kemas kini.


Thursday, July 10, 2025

Jom Makan-Makan HOT POT Buffet di Melting Pot Cafe, Concorde KL

Hi Korang,

Concorde Hotel Kuala Lumpur teruja untuk memperkenalkan pengalaman menjamu selera terbarunya, Bufet Hot Pot Jom Makan-Makan. Pengembaraan penuh rasa dan makan sepuasnya kini boleh didapati di Melting Pot Cafe.


Kak lily memang suke makan-makan di Melting Pot Cafe ni sebab memang menu-menu yang di sajikan sedap dan mempunyai rasa yang tersendiri.


Bufet Hot Pot ini diadakan setiap hari Rabu dan Khamis dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam, menjanjikan hidangan tengah minggu yang menarik untuk rakan-rakan, keluarga dan penggemar makanan. 



Dengan harga RM98 bersih bagi setiap orang dewasa dan potongan 50% untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun, bufet ini menawarkan nilai yang luar biasa dan banyak pilihan untuk pengalaman hot pot yang memuaskan.

Korang boleh memilih dua asas sup daripada pilihan berperisa seperti Signature Curry, Tom Yam, Tomato, Chicken atau Sup Kimchi. 



Setelah kuah sup mendidih, korang boleh menerokai pelbagai bahan premium termasuk daging lembu hirisan Australia, hirisan kambing New Zealand, ayam, ikan siakap, udang harimau dan kerang asari. Protein ini dilengkapkan dengan pilihan sayur-sayuran segar yang banyak seperti kubis putih panjang, salad romaine bayi, bayam, kangkung, dan taugeh kacang manis.





Untuk meningkatkan lagi pengalaman hot pot, pelbagai barangan sejuk beku, cendawan, tauhu beancurd, dan mi juga disediakan, membolehkan tetamu menyesuaikan sepenuhnya periuk mereka mengikut citarasa mereka. Di luar periuk panas, korang boleh juga menikmati tempura dan kegemaran goreng seperti tempura udang dan sayuran, mee mamak goreng, nasi goreng Yong Chow dan karaage ayam dengan wasabi mayo.





Salah satu tarikan istimewa ialah stesen teppanyaki, kegemaran lama di kalangan pelanggan tetap. Korang boleh menikmati sizzling hot lamb shoulder and chicken, panggang segar untuk dipesan dan dihidangkan sama ada dengan sos mentega soya teppan atau sos mentega teriyaki, di samping campuran sayur-sayuran tumis. Ia adalah sorotan yang mesti dicuba yang menambahkan keseronokan dan aroma kepada pengalaman bufet.


Akhiri hidangan dengan manis dengan stesen pencuci mulut yang menawarkan hidangan yang memanjakan seperti kek keju sitrus Jepun yang dibakar, kek baldu merah, mousse coklat, tiramisu dan pelbagai jenis pastri Perancis mini. Untuk sentuhan rasa Malaysia, korang boleh membuat sendiri ABC (Ais Kacang) mereka sendiri dengan pelbagai topping atau menikmati wafel yang baru dibuat yang dihidangkan bersama aiskrim dan pelbagai perasa manis.


Tempat duduk terhad, tempah awal untuk mengelakkan kekecewaan. Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi 03 2717 2233 dan 012 399 0734.