Monday, March 11, 2024

Cetaphil® Kukuh Hubungan dengan Komuniti Malaysia melalui Perkongsian Kolaboratif dengan Mira Filzah sebagai Wajah Baharu Jenama pada tahun 2024

Hi Korang,

Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama penting dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia. Jenama ini berasa teruja untuk memperkenalkan wajah terbaharu Cetaphil® tahun 2024, iaitu pelakon dan usahawan Malaysia serba boleh, Mira Filzah, dilantik sebagai Duta Jenama yang dihormati.


Bukan sekadar pelakon terkenal, Mira Filzah melambangkan semangat seorang ibu moden di bandar yang bekerja, sekali gus mewakili wanita yang pelbagai dan dinamik pada hari ini. Peranan beliau sebagai seorang profesional dengan pelbagai bakat dan ibu yang berdedikasi menggambarkan inti pati wanita kontemporari yang tetap mengutamakan kesihatan kulit di sebalik gaya hidup mereka yang sibuk. Cetaphil® dengan bangganya mengiktiraf Mira sebagai mercu tanda inspirasi, mempamerkan bagaimana seseorang dapat mengimbangi jadual yang mencabar sambil tetap mementingkan kesihatan kulit. Perwakilan beliau terhadap inti pati jenama Cetaphil mencerminkan sikap yang mudah didekati, sederhana dan pendekatan yang bijak terhadap penjagaan kulit. Keserasian Mira dengan etos jenama "We Do Skin, You Do You" menyerlahkan ciri yang mentakrifkan Cetaphil®.

Keserasian Mira dengan Cetaphil® melampaui permukaan, selaras dengan misi jenama untuk menggalakkan penjagaan kulit secara holistik sebagai komponen penting gaya hidup sihat. Sebagai Duta Jenama, beliau tidak hanya akan mewakili jenama tetapi juga berperanan sebagai figura yang memberikan inspirasi, mendorong wanita daripada pelbagai peringkat umur untuk menerima rutin penjagaan kulit yang mencerminkan komitmen Cetaphil dalam menangani masalah kulit dan mencapai kulit yang sihat.

Mira Filzah, Duta Jenama Cetaphil Malaysia, meluahkan keterujaannya dengan berkata, "Bergabung dengan Cetaphil® bukan sekadar kerjasama, sebaliknya ia melambangkan tindakan kasih kepada diri sendiri. Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya memahami betapa mencabarnya menjalani kehidupan yang sibuk, tetapi penjagaan kulit ialah rutin harian penting untuk mengekalkan kesihatan kulit. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Cetaphil®, sekali gus memberikan inspirasi kepada insan lain untuk melakukan perkara yang sama."

Jenama Cetaphil menjangkakan satu siri inisiatif yang menarik, acara eksklusif, kempen media sosial dan promosi, semuanya menjurus ke arah meningkatkan pengalaman penjagaan kulit untuk rakyat Malaysia.

Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia berkata, "Kami sangat gembira untuk menyambut Mira Filzah ke dalam keluarga Cetaphil sebagai Duta Jenama kami untuk tahun ini. Dengan sejarah Cetaphil yang kaya berteraskan kepakaran dermatologi, kami melihat Mira sebagai kewujudan yang ideal bagi tujuan jenama kami."

Kerjasama ini dijadualkan bermula dengan kedatangan musim Ramadan, ditandai dengan kempen "30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri" oleh Cetaphil. Inisiatif ini bertujuan mendekati sebanyak mungkin rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kesihatan kulit sepanjang tempoh 30 hari Ramadan. Selain bekerjasama dengan Mira Filzah, kempen ini meluaskan jangkauannya dari sfera digital ke aktiviti di tapak, termasuk sebuah van kombi direka khas yang akan mengembara ke pelbagai lokasi.

"Matlamat kami adalah untuk menyusun naratif yang bermakna sepanjang kempen ini, menjadikannya sebagai perjalanan yang bermatlamat bagi semua orang semasa Ramadan. Melalui aktiviti dan kerjasama strategik dengan individu berpengaruh seperti Mira Filzah, kami menetapkan sasaran untuk menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan kulit. Walaupun fokus utama Ramadan adalah pada perkembangan rohani, disiplin diri, dan pembinaan empati, kami mengakui bahawa konsep penjagaan diri adalah sama penting pada bulan yang mulia ini," tambahnya.

Inti pati kempen ini terletak pada dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin tiga langkah yang mudah tetapi berkesan dengan menggunakan rangkaian Cetaphil® CORE - Bersihkan dengan Cetaphil® Gentle Skin Cleanser atau Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser, Lembapkan dengan Cetaphil® Moisturising Cream atau Cetaphil Moisturising Lotion, dan Lindungi dengan Cetaphil® Sun SPF 50+ Light Gel. Rutin penjagaan kulit ini bertujuan memperkasakan individu untuk mencapai kulit yang berseri-seri menjelang Hari Raya Aidilfitri, menekankan betapa pentingnya amalan penjagaan kulit yang konsisten namun mudah pada bulan yang mulia ini.

Menambahkan kemeriahan perayaan, Cetaphil® memperkenalkan kempen Beli & Menang di seluruh negara, menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM48,000 kepada pembeli. Hadiah termasuk pengubahsuaian IKEA, penginapan 2H1N di hotel pilihan mereka, dan baucar minyak petrol.

Selain itu, mulai 1 Mac – 30 April 2024, pembeli berpeluang memenangi tudung eksklusif Mira Filzah apabila membelanjakan minimum RM100 untuk produk Cetaphil® Bright Healthy Radiance dalam satu resit.

Untuk meraikan perayaan Aidilfitri, Cetaphil® juga bekerjasama dengan jenama tempatan Malaysia dalam kempen POWA Kampung Pink mereka, yang memberikan tumpuan pada rangkaian Cetaphil® Bright Healthy Radiance mereka untuk mencapai kulit yang cerah, sihat dan berseri sepantas 14 hari. Menampilkan jenama tempatan seperti Mira Filzah Shawls, Petit Moi, So.lek dan banyak lagi, pembeli boleh menebus kod promosi eksklusif di laman web Cetaphil atau berpeluang memenangi sampel produk Cetaphil® Bright Healthy Radiance, seterusnya menyediakan mereka untuk perayaan yang akan datang daripada penjagaan kulit, kecantikan dan keperluan fesyen.

Untuk butiran lanjut mengenai 30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri dan Kampung Pink Powa, sila layari www.cetaphil.com.my atau cari kami di Instagram dan Facebook.

Sunday, March 10, 2024

Buffet Ramadan 2024 | Harga Bawah RM90 Dalam Selangor Di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer makan-makan sempena buffet ramadan 2024 ini dan kali ini kak lily bawakkan korang ke Lugar De La Boda di Puchong



Nikmati 80 Jenis Hidangan & Lebih Dari 12 Gerai Live Cooking Sempena Buffet Ramadhan 2024 Di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong - Buat julung kalinya Lugar De La Boda akan bertukar lokasi dari Dewan Lugar De La Boda ke lokasi baru di Dewan MSBJ Puchong Utama7 (Waze : Dewan MSBJ PU7). Ia hanya 1.2 km dari Dewan Lugar De La Boda. Untuk ramadhan kali ini, Lugar De La Boda akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-7 di Dewan MSBJ PU7, Puchong.






Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet ramadhan harga bawah RM90 di Selangor ini bermula dari 15 Mac 2024 (Jumaat) hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar kawasan dewan.

Kenapa Perlu Pilih Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7?


Antaranya sebab kenapa anda perlu berbuka puasa dengan buffet ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda Puchong ini :

Makanan memang sedap (terutamanya lamb grill yang unlimited tau)

Dewan yang berhawa dingin

Parking yang luas dan dekat

Perkhidmatan rela untuk mengawal lalu lintas ( 300 paxs keatas)

Dewan yang luas bole memuatkan sehingga 600 pax

Gerai makanan ada di luar dan juga didalam dewan

Kerusi bayi disediakan (1st come 1st serve)

Pelbagai jenis menu yang memang menepati citarasa anda




Senarai Menu Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7










Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari.


Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'live cooking' yang anda wajib cuba :

- Lamb grill live - menghidangkan kambing grill hanana bersama coleslow dan sos black pepper'

- Special stall : live kuih badak berendam & juga kuih onde2

- Noodles : mee kari chinese style/mee bandung/mee rebus /soto /bihun sup

- Stall Aiskrim

Korang juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti bubur of the day, buah-buahan tempatan, kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek dan beberapa hidangan lain.

Harga Buffet Ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda


Anda boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di buffet ramadhan puchong - Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda pada harga seperti berikut :

Dewasa - RM85 (Seorang)

Kanak-Kanak (Bawah 11 Tahun) - RM49 (Seorang)

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)

Special Price : 10 Pax RM75 Seorang ( Dalam 1 Resit Rm750 Sahaja)



* Percuma Kepada Sesiapa Yang Hari Lahirnya Jatuh Pada Hari Tersebut. (Sila Tunjukan Kad Pengenalan Ketika Pendaftaran)


Untuk tempahan buffet ramadhan Puchong 2024 di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda, anda boleh ke link ini : https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanmbsj2024 , atau sila hubungi

Zuraini - 0163111074

Liana - 016-4318434

Shaidatul - 0166700473

Kak Lin – 017-2345297



Website



Hashtag :
#buffetramadhan #iftarramadhan 
#bukapuasa 
#ramadhan 
#buffetramadhan 
#buffetramadhan2024 
#buffetlugardelaboda 
#ramadhantiba
#buffetramadan 
#buffetramadhanpuchong 
#buffetramadhanhanana 
#iftarramadhan 
#iftar 
#ramadhanditiktokshopping 
#ramadhantiba

Saturday, March 9, 2024

Buffet Ramadan 2024 | Kampunglicious Di Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio

Hi Everyone,

After a much awaited return, we are pleased to present the Kampunglicious Buffet once again at the reimagined Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio.


When you return to Palm Garden Hotel, be bowled over at the utter transformation into pseudo-lux modernity. When you return to the Kampunglicious Buffet, be enthralled by the same amazing village (kampong) flavours in a classy new setting brought to you by our culinary team.

Kampunglicious Buffet will be served as usual at the stately Rafflesia Ballroom and the Adenium/Begonia Event Halls. As you dine be entertained by Mahligai Ghazal once again serenading you through a pleasant and gastronomic dining experience.

The Menu

What is a great dining event without the charming stalls serving all sorts of Ikan Bakar (Grilled fish) and Goreng Goreng (fragrant deep fried pandan chicken, pedal ayam, telur ikan, crab claw etc). 











The Mamak Counter is ever ready to dish out roti canai/boom/telur, mini murtabak and also hearty servings of Pasembor. Chicken meat with tikka marinate is available at the Shawarma counter alongside with Roti John. The Middle East stall is probably the main favorite highlight with the Barbecue Lamb roasted to perfection with spices and herbs and served with babaganoush, hummus, yoghurt, mint and more appealing condiments. Of course there is the freshly grilled satay at the Satay corner. 

Shawal counter serves us Lemang, Nasi Impit, Ketupat and Bubur Lambuk, more must haves for breaking fast. For a more oriental feel, the Chef is ever ready to cook the Fried Kuey Teow and Fried Noodle at the Live Noodle stall. There is also the Palms Sweet Stall with bubur pulut durian, types of bubur, ice cream potong , ice kacang and more . Besides the main stalls, there are also the Kids stall, Juice stall, House of Dates and Fruit Counter. 













Besides all the lovely food mentioned, there are rotational daily main dishes as well with Chefs bringing you specialties such as Tenggiri Assam Pedas, Kam Heong Prawn, Lemak Putih Pucuk Manis dengan Labu, Daging Kandar, Stir fried Bamboo Clam with Salted Black Bean with Chili Padi, Lamb Varuval, Fried Prawn with Tom Yam Paste, Daging Dendeng and the list goes on. In all there are over 80 choices of cuisine for you to break fast.

Early Bird – Catch the Early bird vouchers from now until 12 March 2024

RM138 nett per adult
RM69 nett per child

Normal Pricing – 12 March – 9 April 2024

RM178 nett per adult
RM89 nett per child

Buka Puasa Events РRather have your own Buka puasa event? With a minimum of 100 persons, you can have your own private event at the beautifully renovated Palms Caf̩ with indoor and outdoor seating. This special private event is priced at RM188.00net per person. Please inquire with our Sales Team at 603 89432233 or email - kulpt.sales@marriott.com for more information.

Palm Garden Hotel, Putrajaya participates in Marriott Bonvoy – the award-winning travel program from Marriott International – allowing members to earn and redeem points for their stay at the new hotel, and at other hotels and resorts across Marriott Bonvoy’s extraordinary portfolio of brands. With the Marriott Bonvoy app, members enjoy a level of personalization and a contactless experience that allows them to travel with peace of mind.