Saturday, October 16, 2021

Jemu Dengan Pizza Biasa Dan Nipis? Dapatkan Pizza HAND-CRAFTED Baharu Secara PERCUMA!

Hi Korang,

Bersempena kejayaan pelancaran Hand-Crafted San Francisco Style Pizza, Pizza Hut sekali lagi tampil memberi penghargaan dan kepelbagaian kepada rakyat Malaysia dengan satu lagi kempen istimewa. Untuk semua penggemar piza yang sudah jemu dengan menu pizza yang hambar, mereka kini boleh menikmati menu Hand-Crafted dari Pizza Hut dengan hanya menukarnya menggunakan kupon atau baucar diskaun yang mereka perolehi dari mana-mana restoran atau jenama piza.


Dengan menggunakan kupon / baucar diskaun ini, rakyat Malaysia kini dapat menikmati piza Hand-Crafted terbaharu secara percuma tanpa perlu membelinya.

Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu kongsikan gambar kupon / baucar diskaun dari mana-mana jenama piza di media sosial dan tag dua (2) orang rakan anda dengan tanda pagar #PizzaHutMalaysia dan #NewHandcraftedPizza.
 



Dua ratus (200) penyertaan terawal setiap hari akan menerima pizza Hand-Crafted secara percuma. Kempen ini akan berlangsung dari Selasa, 12 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia berkata, “Inisiatif kempen istimewa ini adalah salah satu cara kami dalam mempelbagaikan menu pilihan citarasa piza yang sedia ada sekaligus memberi kelainan dan menarik minat dan membuka selera pelanggan kami.”

“Jika sebelum ini, anda hanya terbiasa dengan citarasa piza kerak jenis nipis, pastinya anda tidak mengetahui keenakkan kerak piza jenis baru. Kini, adalah masanya untuk mencuba pengalaman citarasa piza baru yang unik dan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini - Rasai melalui multisensori anda citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam,” ujarnya

"Kami percaya bahawa semua penggemar piza berhak mendapat yang terbaik, mempunyai pilihan dan tidak hanya merasai satu jenis menu piza , sedangkan mereka boleh membuat pilihan dan menikmati piza baharu kami ini secara percuma. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menukar kupon / baucar diskaun ini, mereka masih boleh mencuba pizza ini dengan diskaun sebanyak 50% sehingga 31 Oktober 2021,” kata Emily lagi.


Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418 cawangan Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat bawa pulang dari www.pizzahut.com.my

Aplikasi Pizza Hut, GrabFood, Food Panda atau anda juga boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in atau bawa pulang. Kerak inovatif ini boleh didapati dengan semua topping kegemaran anda, sama ada hidangan kombo atau ala carte. Pesan promo ini di www.pizzahut.com.my/order/promos


Friday, October 15, 2021

Sudio T2 | Earbud Teknologi Audio Terkini Dari Sudio

Hi Korang,

Kak lily memang peminat tegar jenama Sudio nieh hehehehe..

Kerana ape ??

Kerana kualiti produknya bergitu bermutu tinggi, sound systemnya yang hebat.


Kali ini Sudio memperkenalkan produk terbarunya iaitu Sudio T2 yang rekaannya begitu estetik namun tampak simple.

Terbaru Sudio telah memperkenalkan siri terbarunya iaitu Sudio T2 dengan 4 warna menarik. Antara warnanya seperti hitam, putih. sand dan juga jade.

Bagi kak lily sendiri, semua warnanya memang cantik sesuai untuk kegunaan samada untuk lelaki mahupun wamita.

So BLACK is BEAUTY!!!


Kak lily pilih warna hitam sebab ianya tampak elegan

Sudio bukan sahaja popular kerana teknologi audionya yang terbaik. Bahkan Sudio juga memberi komitmen berterusan dalam menyokong kelestarian alam, salah satu caranya ialah dengan merekabentuk semula pembungkusannya iaitu 100% bebas bahan plastik. Ini kerana matlamat utama Sudio adalah untuk mencipta audio yang luar biasa dan pada masa yang sama menyokong alam persekitaran.


Menariknya mengenai Sudio T2 ini, kita dapat gunakan pada tempoh yang agak lama dan tidak perlu di cas selalu sekalipun melancong ataupun pulang ke kampung. Ini kerana ianya bertahan sehingga 35 jam jangka hayat biarpun baterinya hanya memerlukan 7.5 jam tempoh pengecasan sahaja. 

Prestasi Sudio T2 kini juga telah ditambah baik berbanding dengan siri Sudio sebelum ini dengan memperkenalkan teknologi pembatalan bunyi aktif ke pengecasan pantas yang meningkatkan keupayaan kepada mikrofon beamforming.


Sudah tentu chargernya yang agak comel dan tidak terlalu panjang cable nya, sedondon dengan warna Sudio T2 yang kak lily pilih, ianya mengambil kira keselesaan dan kesesuaian penggunaan mengikut persekitaran. Sekaligus memberikan pengalaman yang hebat kepada penggunanya.

Seharusnya kak lily gunakan ketika berehat mahupun waktu bersenam dan kadang-kala ketika menonton filem di smartphone. Langsung tak de rasa sakit telinga ataupun terganggu dengan dek bunyi bising persekitaran.


Earbud Sudio T2 turut menawarkan keseimbangan dan keselesaan yang sempurna untuk apa sahaja saiz telinga bermula dari XS hingga L. Oleh yang demikian, kita tidak akan ada masalah untuk mendengar pada tempoh yang lama kerana ianya benar-benar memberikan keselesaan.


Harga yang ditawarkan untuk Sudio T2 adalah RM549/129USD. Dan kini telah dibuka untuk jualan pre-order di laman web www.sudio.com/my . Untuk dapatkan diskaun 15% boleh masukkan kod CIKLILYT2.

Sekarang ini turut diperkenalkan kaedah bayaran melalui GRAB PAY dan PAYLATER di laman web Sudio tau.


Korang yang dah lama tercari-cari earbuds yang menarik hati lagi mejimatkan masa untuk mengecasnya, pilihlah Sudio T2

Untuk maklumat lanjut atau belian online boleh terus ke :-

Website :

Instagram :

Facebook :


Apalagi jom kita membeli belah di Sudio!!

#sudio
#sudiomy
#shapingsound
#sudioT2


Thursday, October 14, 2021

Memperkenalkan LOCOA® (ESFLURBIPROFEN), Rawatan Terkini Bagi Pengurusan OSTEOARTHRITIS Oleh TAISHO PHARMACEUTICAL

Hi Korang,

Taisho Pharmaceutical telah melancarkan LOCOA® (Esflurbiprofen), patch transdermal, yang dihasilkan bagi membantu pesakit osteoarthritis meredakan kesakitan yang menjejaskan pergerakan dan aktiviti harian mereka.



Osteoarthritis merupakan sejenis penyakit sendi yang kerap dihidapi dan merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam kekurangupayaan global. “Apabila seseorang diagnose dengan penyakit osteoarthritis, berkemungkinan sakit rasa akan muncul dengan lebih kerap, justerunya langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil walaupun tiada penawar bagi penyakit ini, namun kita dapat memperhatikan tahap rawatan telah dipertingkatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan manfaat telah diperolehi apabila memulakan rawatan di peringkat awal”, kata Ketua Pegawai Operasi HOE Pharmaceuticals, anak syarikat Taisho Pharmaceutical Group, Encik Tomoyuki Katsuta.

LOCOA® yang dihasilkan di Jepun telah diluluskan sejak 2016 bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pesakit osteoarthritis dalam mengurangkan kesakitan secara lebih efektif.




Penyakit ini kerap dihidapi dalam golongan lelaki sebelum usia 45 tahun dan wanita selepas usia 45 tahun[1]. Antara simptom yang biasa dialami oleh pesakit osteoarthritis termasuk sakit sendi, kekejangan sendi-sendi, bengkak, kehilangan fungsi, perubahan kepada rupa sendi, kekuatan sendi berkurangan, lutut berbunyi atau sakit apabila sekeliling sendi ditekan[2].

Matlamat utama rawatan osteoarthritis adalah untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi dan menjaga fungsi sendi. Patch LOCOA® mengandungi perencat COX, ia sering digunakan dalam rawatan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh osteoarthritis.

LOCOA® mempunyai penyerapan transdermal yang tinggi[3]. LOCOA® terbukti memberi peningkatan analgesik yang tinggi[4].



Kini, pesakit osteoarthritis boleh memilih LOCOA® dalam membantu meredakan kesakitan selain daripada berehat, meregangkan badan, mengurangkan berat badan, terapi fizikal, terapi carakerja atau menggunakan alat sokongan mekanikal seperti pendakap lutut.

LOCOA® juga terbukti selamat berdasarkan kajian keselamatan rawatan jangka panjang yang dijalankan selama 52 minggu dan mempunyai Kesan Sampingan (ADR) yang minima[5]. Pengguna LOCOA® hanya memerlukan satu patch harian kerana kesannya yang kekal sepanjang 24 jam[6].

Encik Tomoyuki Katsuta turut menambah, “Kami berharap agar pesakit yang menggunakan LOCOA® dapat meneruskan hidupan harian secara normal tanpa perlu menanggung banyak kesakitan”. Beliau juga menekankan pelancaran LOCOA® di Kuala Lumpur pada hari ini amat bersesuaian kerana Hari Arthritis Sedunia 2021 yang bakal disambut pada hari 12 Oktober 2021.



Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dr. Suhail Sureh, Pakar Ortopedik dari Sunway Medical Centre dan turut disaksikan oleh Encik Tomoyuki Katsuta. LOCOA® kini boleh didapati di semua farmasi, klinik dan fasiliti kesihatan berdekatan anda.

Selain itu, pemilihan Malaysia oleh Taisho Pharmaceutical sebagai negara pertama di luar Jepun bagi memperkenalkan LOCOA® adalah merupakan langkah yang wajar. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas telah meningkat sejak tahun 1970an[7]. Melihat kepada peningkatan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kesihatan, Taisho Pharmaceutical yakin LOCOA® dapat memberi manfaat khususnya kepada populasi warga tua di Malaysia.

KKLIU 2358/2021


[1] National Institute of Aging, Osteoarthritis (2017)

[2] National Health Service UK, Overview: Osteoarthritis (2019)

[3] Plasma pharmacokinetics and synovial concentrations of S-flurbiprofen plaster in humans. European Journal of Clinical Pharmacology (2015)

[4] Efficacy of S-flurbiprofen plaster in knee osteoarthritis treatment: Results from a phase III, randomized, active-controlled, adequate, and well-controlled trial, Modern Rheumatology (2017)

[5] The Long-Term Safety of S-Flurbiprofen Plaster for Osteoarthrithis Patients: An Open-Label, 52-Week Study, Clin Drug Investig (2016)

[6] LOCOA® Approved Package Insert

[7] Department of Statistics Malaysia Newsletter, Ageing, (2017)