Tuesday, August 10, 2021

Kediaman Impian Bayu Sutera Bandar Sri Sendayan

Hi Korang,

Bagi mereka yang inginkan kediaman ekslusif namun masih berbaloi untuk di miliki saya syorkan kediaman impian Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan.

Diberikan nama Bayu Sutera amat bertepatan sekali untuk di gambarkan suatu lokasi yang begitu nyaman, tenaga bak sutera. Lengkap dengan kemudahan yang bakal memenuhi kehendak para penghuninya.

Sangat-sangatlah kak lily tertarik dengan kawasan perumahan Bayu Sutera, di Bandar Sri Sendayan yang baru-baru ini kak lily tengok di Facebook Matrix Concepts.


Bayu Sutera ini merupakan projek pembangunan perumahan terbaru di bawah kelolalan pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd dan terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban. Kak lily tak gusar pun dengan lokasinya kerana ianya terletak di tengah-tengah jaringan pelbagai jenis lebuhraya yang mudah bagi korang bergerak kemana sahaja tidak kiralah mahu ke selatan mahupun ke utara segalanya mudah.



Fasa ini akan di lancarkan pada Ogos 2021 dan di jangka siap pada November 2022, wah memang agak cepat jangkaannya berikutan dengan kejayaan fasa-fasa terdahulu sebelum ini.


Ia mempunyai lebih 200 unit rumah teres 2 tingkat. Keluasan Bayu Sutera dari 2,142 kaki persegi dan pada harga bermula RM529,999 ermm rasanya berbaloi kan?

Yang best tuh, dari segi pinjaman pula Bayu Sutera menawarkan kadar faedah gadai janji yang rendah. Bayaran tempahan hanya RM1,000 dan ansuran bulanan hanya dari RM1.9k++ memang ianya menepati golongan yang berpendapatan sederhana.

Kiranya kalau korang membayar sewa bulanan rumah sehingga beribu ringgit yang memang bukan jadi hakmilik korang, kini tidak lagi. Wang ansuran yang selebihnya korang boleh asingkan untuk membuat pengubahsuaian seperti memasang grill, mengecat dinding, memikirkan konsep rumah dan memacam lagi.

Tak gituh??!!


Meh kak lily perkenalkan 2 jenis rekaan bentuk rumah di Bayu Sutera ini iaitu rumah 2 tingkat link Celyn Type A/A1 dan Celyn Type B/B1.

Celyn Type A/A1 2-Storey Link Homes



Lot bersaiz 20’ x 70’ dan berkeluasan dari 2,142 kaki persegi, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air bagi lot tengah dan lot tepi, namun bagi corner pula terdapat 4 bilik tidur dan 4 bilik air

Celyn Type B/B1 2-Storey Link Homes


Lot bersaiz 20’ x 70’ dan berkeluasan dari 2,142 kaki persegi, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air bagi lot tengah dan lot tepi, namun bagi corner pula terdapat 4 bilik tidur dan 4 bilik air

Keahlian d’Tempat Country Club Secara Percuma

Kalau korang nak tau di perumahan Bayu Sutera ini, terdapat kelab persendirian yang d’Tempat Country Club khas untuk penduduknya.


Mempunyai keluasan 380,000 kaki persegi, ianya mempunyai kolam renang bersaiz olimpik, beberapa jenis dewan banquet dan persidangan serta kemudahan-kemudahan lain untuk kegunaan untuk beriadah ataupun menjamu selera.


Sebagai kawasan kejiranan yang ideal untuk keluarga, Bayu Sutera juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Pusat Komersial Hab, Food Bazaar, stesen minyak dan pelbagai lagi. Bukan itu saja, sekolah, bank, shopping mall juga tersedia untuk anda nikmati.



Bagi mereka yang ingin dapatkan info lanjut mengenai kediaman impian Bayu Sutera ini boleh layari ke https://bayusutera.com atau hubungi 1-800-88-2688



#BAYUSUTERA 
#BandarSriSendayan 
#ModernHomes 
#OwnHome 
#FirstHomeOwner 
#DreamHome 
#NewHome 
#Freehold 
#LandedProperty 
#SelfSustainingCity 
#PropertyforInvestment 
#PropertyforSale 
#PropertyMarket 
#NegeriSembilan 
#BSSDevelopment

Monday, August 9, 2021

PEN GEL FABER-CASTELL - FAST GEL Z, Sedia Mengangkat Penulisan Ke Mercu Baru

Hi Korang,

Faber-Castell Malaysia telah melancarkan Fast Gel Z, pen gel boleh retrak yang menghasilkan pengalaman penulisan yang sempurna, menjadikannya pen gel paling lancar dalam pasaran.


Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled inovatif dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan 1 rendah bagi menghasilkan penulisan yang sempurna. Gabungan yang inovatif ini pen Fast Gel Z memberikan pengalaman penulisan yang tiada pada pen lain di pasaran.


Teknologi mata pen baharu ini mengurangkan geseran antara kertas dan pen, menghasilkan hasil tulisan yang rata. Dalam ujian perbandingan geseran, Fast Gel Z menunjukkan tahap geseran yang paling rendah berbanding pen gel pesaing lain.

Faber-Castell sentiasa berusaha menghasilkan produk inovatif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar serta dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya sewaktu menulis untuk jangka waktu yang lama, menyebabkan para pengguna tidak berpuas hati. Ini telah mendorong kami untuk menginovasi pen Fast Gel Z yang membawa pengalaman penulisan ke mercu yang berbeza kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.


Dengan membawa teknologi terkini seperti teknologi mata pen yang sempurna dan ciri dakwat ultra licin, pelanggan dapat menikmati kepuasan penulisan sejati menggunakan Pen Fast Gel Z kerana ia menjamin penulisan yang mudah, terang dan garisan yang jelas, tanpa tersekat-sekat, dan tidak comot tambah Andrew.

Menurut Andrew lagi, pen gel merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber- Castell Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kantar, sebuah syarikat penyedia data dan perunding terkemuka dunia, pasaran bagi pen gel di Malaysia pada 2019 sudah mencecah RM43 juta.



Menurut laporan oleh Persistence Market Research pada 2020, pasaran alat tulis sedunia dijangka akan berkembang sebanyak 1.5 kali ganda pada 2030. Para pelajar merupakan penyumbang terbesar pasaran sebagai pengguna alat tulis, dan pasaran sedang menuju perkembangan di CAGR sebanyak lima peratus menjelang 2030. Dalam kesemua jenis alat tulis, pen merupakan segmen yang besar dengan pegangan sebanyak 60 peratus dalam pasaran alat tulis secara global.

Pen Fast Gel Z mempunyai ciri-ciri yang berikut:
· Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan
· Dakwat cepat kering dan tidak comot
· Dakwat yang pekat dan terang
· Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis
· Boleh diisi semula



Jangan lepaskan peluang untuk merasa kesempurnaan Fast Gel Z sekarang! Pen gel ini datang dalam dua varian - 0.5mm dan 0.7mm, kedua-duanya boleh didapati dengan dakwat hitam, biru dan merah.

Pen Fast Gel Z dijual pada harga RM5 setiap satu sementara dakwat isi semula pada harga RM3.50. Boleh didapati di mana-mana kedai alat tulis dan pasar raya di seluruh negara dan juga eShop Faber-Castell di https://shop.faber-castell.com.my



Wednesday, August 4, 2021

Mangiamo! Jom Makan-Makan Menu Marrybrown Eatalian, Boleh Rasa Macam Kat Itali Dah

Hi Korang,

Muak makan nasi, makan ayam, makan daging, makan ikan musim PKP nieh??

Ayuh kiter bertukar selera plak ekkk

Kali ini Marrybrown membawakan menu kedua terbaik antarabangsa untuk rakyat Malaysia iaitu mamamia menu dari negara pasta iaitu Itali.


Selama 40 tahun yang lalu, Marrybrown terkenal menghidangkan ayam rangup, nasi lemak wangi dan menghangatkan hati, pelbagai kebaikan Malaysia dan yang paling penting, selalu memperkenalkan "sesuatu yang berbeza" dalam setiap hidangan. Kali ini mereka memperkenalkan kelazatan terbaru mereka, pesta Itali yang bahkan dapat membuat Godfather yang hebat, Don Vito tersenyum untuk kita sesama rakyat Malaysia untuk menggali dan menikmati.

Dalam meraikan ulang tahun ke-40nya, Marrybrown (rantaian makanan segera Halal terbesar di negara ini) telah meningkatkan prestasi dengan memastikan bahawa mereka tetap setia pada misi mereka ketika menyediakan sesuatu yang berbeza. Menyemarakkan semangat petualang di Malaysia dengan makanan bertema Around the World terbaru mereka, Marrybrown membawa rasa menggoda bagi penduduk tempatan kita yang digabungkan dengan perasaan yang berada di luar dunia tetapi dekat dengan rumah dengan setiap gigitan.


“Malaysians are truly unique when it comes to our identity, culture, traditions and our never-ending love to open our minds and taste buds. When it comes to going on an adventure to discover new gastronomic wonders, we are definitely up for it - which is why Marrybrown always want to ensure that our meals are always something that Malaysians find joy and comfort in indulging” kata Dato’ Joshua Liew, Chief Executive Officer of Marrybrown.

“Similar to the feeling we get when we travel – the sense of voyage hyping our spirit when we dive into new experiences and food, we want our fellow Malaysians to relish in that kind of adventure again. Although we are unable to travel yet, let us at Marrybrown re-create this adventure for our fellow Malaysians with meals that bring us around the world from the comfort of our safe place,” tambah Dato’ Joshua lagi.




Dengan Spaghetti Marrybrown yang dimasak dengan sempurna, peminat dapat menikmati makanan yang enak disajikan dengan sos bolognese ayam yang sangat kaya dengan aromanya, dihiasi dengan ramuan dan keju terbaik. Korang dapat menikmati spageti secara ala-carte ataupun kombo MB Spaghetti yang di sesuaikan dengan Crispy Chicken dan secawan Coca-Cola yang menyegarkan bermula dari RM19.90.



Tetapi tentu saja, tidak ada makanan Itali yang lengkap dengan spageti sahaja. Untuk memastikan korang rakyat Malaysia tercinta menikmati makanan sepenuhnya, Marrybrown memperkenalkan MB Cheesy Rice Bites MB yang dijamin akan menjadikan korang menjadi "MMMMM" hanya dengan satu gigitan! Dengan meletakkan sentuhan tempatan pada risotto yang enak, korang dapat merasakan kehangatan dan kegembiraan di bahagian dalam MB Italian Cheesy Rice Bites yang dimasak hingga coklat keemasan di luar. 


Selain itu, korang dapat menikmati Sup Cendawan yang sangat sesuai bagi mereka yang mencari starter untuk memulakan selera mereka atau bagi mereka yang ingin menikmati sesudu sup halus dan lembut pada hari yang selesa. Penggemar boleh pilih untuk menambah apa-apa ini ke menu yang ada dari RM2.50 atau nikmati sendiri dari RM3.80.


Bagi korang yang ingin menikmati pengalaman Eatalian secara keseluruhan atau untuk berkongsi dengan orang yang tersayang, MB Italian Box Meal sangat sesuai! Korang bukan sahaja dapat menikmati Spaghetti MB yang enak, ia juga dilengkapi dengan Crispy Chicken, MB Italian Cheesy Rice Bites, Chicken Burger dan secawan Coca-Cola untuk menghilangkan dahaga semasa cuaca panas ini dari RM27.90.

“Our ‘first trip’ to Korea was a success and we hope to continue lifting the spirit of fellow Malaysians by introducing innovative meals through our second destination and more to come! We hope that during this time, our meals can keep Malaysians at home comfortably as we go through this difficult period of time” kata-kata akhir dari Dato’ Joshua.

Harga-harga menu bagi Marrybrown Eatalian adalah seperti berikut :

MB Spaghetti 

→ MB Spaghetti Ala carte – harga dari RM13.90
→ MB Spaghetti Combo – harga dari RM19.90
→ MB Italian Box Meal – harga dari RM27.90

MB Italian Cheesy Rice Bites

→ Add-on – harga dari RM3.50
→ Single - harga dari RM4.40

Mushroom Soup

→ Add-on – harga dari RM2.50
→ Single - harga dari RM3.80


Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan di lebih dari 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan korang yang sempurna.

For more information on Marrybrown, promotions and delivery services, please visit:

Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV




#MBEatalian
#Marrybrown
#MarrybrownMY
#SomethingDifferent
#MB40thAnniversary
#MBAroundTheWorld