Monday, November 26, 2012

Join Yuna On Samsung GALAXY Wonderland


Hi Korang,

Apa plak GALAXY Wonderland ni ek ?


Ramai yang fikir ni mesti smartphone baru keluaran Samsung kan. Ermm tidak sama sekali ye. Salah tu jangkaan korang.


Will Quah as a host untuk event ni yang aku minat sejak dulu lagi, tapi nampak dia cam dah tua sket kan.. tak per I like him!

GALAXY Wonderland ni merupakan satu project khas di antara penyanyi YUNA Zarai dan Samsung untuk menghasilkan muzik video yang akan dengan menggunakan Samsung GALAXY Note II. Alah sama macam SPARKLE Project yang dulu tuh.


Sekali lagi Yuna akan bekerjasama dengan Samsung dan juga orang-orang yang talented serta para peminatnya yang kreatif dalam menghasilkan video klip berkisar kisah hidup orang kita.


“We are very excited to collaborate with Yuna once again. She is a unique srtist who embodies the unique and inspirational stories we wanted to showcase on GALAXY Wonderland. Samsung is committed to provide people with enriching experiences and creating this beautiful collection of inspiring personal stories with everyday Malaysian is yet another avenue for us to do so” said Vincent Chong, Head of Mobile Phone Division at Samsung Malaysia Electronics.


Sambil tunggu nak interview sket dengan Yuna, sempat gak aku amik  a few shot dalam Renoma CafĂ© Gallery ni, cantik sungguh interiornya. Rasa macam la kat galeri perabut yang unik.


Yuna sempat perform lagi tau, nyanyi lagu Terukir Di Bintang secara akustik. Rilek je rasa bila dengar.

Kurus + gemuk = ktorg memang comey ehhehe

So apa lagi korang pun boleh submit segala inspirasi korang di GALAXY Wonderland’s online portal galaxywonderland.my so Yuna boleh gunakan segala inspirasi korang ni sebagai idea untuk menulis lagu baru nanti.

Best kan, glamer lah korang nanti ek.


Perjalanan kisah seni Yuna ni korang boleh tonton secara berseries di Astro Ria tau. Nanti dia citer lah apa yang menarik untuk dalam kisah di Wonderland tu ek.


Tengok aku pun dah di Galaxy Wonderland kan. Comelnya gambo aku di edit dengan Samsung GALAXY Note II.


Untuk lebih info pasal GALAXY Wonderland dan juga Samsung GALAXY Note II, korang rajin-rajinlah ke galaxywonderland.my atau ke Facebook (FB) Samsung Mobile Malaysia https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia

p/s : Some photos by SONY a300. Cantik gak ek.



Sunday, November 25, 2012

My COWAY Hi-Tea Party Yang Awesome!

Hi Korang,

Quick update.


Terima kasih yang bersusah-payah hadir ke majlis COWAY Hi-Tea Party petang semalam.

Korang memang awesome!

Nak tau citer, nanti kan ye....


Friday, November 23, 2012

Jiran, WiFi Pun Mahu Cilok Ke?

Hi Korang,

Ni kisah 2 hari lepas
.
Balik-balik keje petang tuh, Mr Big terus je cari aku sampai ke dapur. Aku plak tengah terhengeh-hengeh baru nak masak kan.

Mr Big : Dear, masa dalam lift tadi si------- tanya nama betul u sape?

CLP : La kenapa plak, U bagitau ke?

Mr Big : I tanya kenape. Rupanya dia nak double check betul ke nama yang ada kat WiFi list bila dia detect dalam laptop nama U?

CLP : Then U citer lah ek

Mr Big : I tanya lagi, kalau betul nama dia dalam list tu, kenapa plak? Then dia jawab apa nak mintak password boleh, nak surfing.

CLP : U bagi ke? (hidung dah kembang-kuncup, tahan marah)

Mr Big : I cakap dengan dia, kalau nak mintak sendiri dengan U la, sebab U yang bayar bukan I. Terus minah tu senyap je sampai dia kuar lift.

CLP : aik, umah bukan main cantik, air-cond sampai 3 sekali pasang, ada maid takkan tak mampu.. ini dah kes teruk nie. Haruslah I tak akan bagi. Berkira benau..

Mr Big : Itulah jiran U hakahakhakahakhkahaka

Bengong sungguh!


Bukan nak berkira tapi kalau dah hidup mewah tak kan nak pasang WiFi pun tak boleh. Janganlah nak berangan amik UNIFI kalau tak mampu, amik STREAMYX biasa cam aku ni dah ler. Kalau tak pun pakai je broadband lagi murah. P1 punya broadband tu RM39 je sebulan.

Tak paham aku orang zaman sekarang ni, makin kaya makin kedekut sebab tu lah rezeki susah nak dapat kan.