Tuesday, July 7, 2026

ALAMANDA Dan MESRA MALL Semarakkan Demam Piala Dunia Dengan Pengalaman Bola Sepak Imersif dan Ganjaran Hebat Buat Pengunjung

Salam Semua,

Alamanda Shopping Centre telah melancarkan kempen Bola Bola Alamanda yang amat dinanti-nantikan secara rasmi, bermula dari 3 hingga 19 Julai 2026. Melalui pelancaran yang bertepatan dengan kehangatan Piala Dunia di peringkat global, kempen penuh bertenaga selama 17 hari ini membawakan suasana stadium yang gah secara terus kepada komuniti di Putrajaya.


Sebagai destinasi yang berpaksikan komuniti, kedua-dua pusat beli-belah ini kekal komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra dengan tumpuan kepada aktiviti sihat serta penglibatan bermakna buat seisi keluarga. Kempen tahunan ini berfungsi sebagai platform utama untuk menyatukan ibu bapa, anak-anak, dan peminat bola sepak menerusi aktiviti-aktiviti sihat yang mendorong interaksi aktif dan membina kenangan percutian yang berkekalan.


Centre Court Alamanda telah ditransformasi menjadi sebuah arena bertemakan bola sepak yang meriah, direka khas untuk menggabungkan elemen sukan, hiburan, dan ganjaran yang menarik. Para pengunjung boleh menerokai ruang kreatif yang menampilkan pengalaman interaktif fizikal dan digital, termasuklah PUMA Dribble Challenge, E-Football Arena, Shoot! Goal!, dan Bench Battle. Selain itu, ruang stan 360° Celebration Cam yang interaktif membolehkan para pengunjung merakam aksi sambutan gol terbaik mereka dalam bentuk video slow-motion yang dinamik.


Bagi menyemarakkan lagi suasana kekeluargaan yang meriah, kempen ini memberi penekanan kepada aspek mesra keluarga, terutamanya menerusi aktiviti bola sepak mini VIKids yang dikhususkan. Pengisian istimewa ini meletakkan Alamanda sebagai premis utama di mana seisi keluarga boleh menikmati musim bola sepak bersama-sama.



Menerusi Alamanda’s Shoppers Rewards Programme, pengunjung yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima satu (1) Pas "Bola Bola Experience". Bagi pengunjung yang berbelanja lebih tinggi, iaitu pembelian minimum sebanyak RM500 merentasi maksimum dua resit, mereka akan menerima dua (2) Pas "Bola Bola Experience", kelayakan menyertai Peraduan "Teka Bola Bola" untuk memenangi e-baucar, serta peluang memutar mesin Gashapon khas untuk membawa pulang jersi bola sepak atau e-Baucar Alamanda.


MESRA MALL MENYEMARAKKAN KEHANGATAN BOLA SEPAK DENGAN 'THE GOLDEN TICKET'

Sementara itu, Mesra Mall Kemaman turut menganjurkan edisi sambutan bola sepaknya yang tersendiri menerusi kempen utamanya, The Golden Ticket, di Centre Court dari 4 hingga 19 Julai 2026. Kempen selama 16 hari ini kembali dengan konsep Piala Dunia yang serbaharu dan mengujakan untuk merangsang kunjungan orang ramai serta menawarkan hiburan interaktif kepada keluarga.

Berpusatkan konsep Piala Dunia, Centre Court Mesra Mall menampilkan 40 Kotak Misteri (Mystery Boxes) yang dihiasi dengan reka bentuk bendera negara Piala Dunia sebagai gimik penebusan harian. 

Para pengunjung juga boleh menantikan kolaborasi menarik dengan Al-Ikhsan untuk cabaran Penalty Shootout Challenge yang berlangsung pada 10–11 dan 17–18 Julai 2026. Terbuka kepada semua pengunjung dan terhad kepada 100 peserta setiap hari, setiap pemain akan diberikan tiga kali percubaan sepakan penalti pada gol mudah alih. Peserta yang berjaya menjaringkan gol dalam tempoh tiga percubaan tersebut akan membawa pulang Baucar Beli- belah Al-Ikhsan bernilai RM10.

Mesra Mall's Shoppers Rewards Programme memastikan pengunjung yang berbelanja RM300 ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai terpilih, layak untuk menyertai penebusan ini. Dengan mendaftar di Concierge Counter, pengunjung boleh memilih kotak misteri untuk menentukan kategori hadiah mereka secara serta-merta. Kempen ini menawarkan hadiah harian sebanyak 40 unit terdiri daripada Tiket Biru (baucar RM30), Tiket Perak (baucar RM500), atau Tiket Emas (Golden Ticket) utama yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Beli-belah Mesra Mall. "Kempen kami berdedikasi untuk memberikan pengalaman yang bermakna, kreatif, serta kegembiraan tanpa sempadan kepada komuniti kami sepanjang musim bola sepak yang meriah ini," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd. "Sama ada melalui cabaran sukan yang aktif dan elemen VIKids yang berpaksikan keluarga di Alamanda, mahupun cabaran cabutan misteri The Golden Ticket di Mesra Mall, fokus kami kekal pada penyediaan pengalaman berorientasikan keluarga untuk para pengunjung kami."



Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini, sila layari:



Wednesday, July 1, 2026

guardian Perkenal Rangkaian Baharu mannings guardian, Tawarkan Produk Berkualiti Dipercayai dengan Nilai Terbaik untuk Keperluan Harian Rakyat Malaysia

Hi Semua,

guardian Malaysia terus mengukuhkan komitmennya sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian baharu mannings guardian, koleksi produk jenama sendiri yang menawarkan gabungan kualiti dipercayai, inovasi dan nilai terbaik untuk memenuhi keperluan harian seisi keluarga.


Pelancaran ini menggabungkan pengalaman hampir 60 tahun guardian dalam memenuhi keperluan pengguna Malaysia bersama kepakaran mannings, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka dari Hong Kong yang terkenal dengan pembangunan produk jenama sendiri bertaraf antarabangsa.

guardian dan mannings Bergabung Demi Produk Berkualiti untuk Semua

Dalam kehidupan seharian, setiap isi rumah menggunakan pelbagai produk penting seperti berus gigi, sabun mandian, pencuci tangan, aksesori kecantikan serta keperluan perjalanan. Menyedari kepentingan produk-produk ini, guardian memperkenalkan rangkaian mannings guardian yang direka khusus untuk memberikan pengalaman penjagaan diri yang lebih berkualiti tanpa membebankan pengguna.



Rangkaian ini merangkumi pelbagai kategori termasuk:
Penjagaan diri
Penjagaan mandian
Penjagaan mulut
Aksesori kecantikan
Produk keperluan isi rumah

Kelengkapan perjalanan Semua produk dibangunkan bagi memenuhi gaya hidup moden rakyat Malaysia dengan standard kualiti yang tinggi.

Kualiti Bertaraf Antarabangsa Melalui Proses Jaminan 20 Langkah

Menurut Fann Yuen, Pengarah Jenama Sendiri Kumpulan DFI, setiap produk dalam rangkaian mannings guardian melalui proses pembangunan yang sangat teliti.



Proses jaminan kualiti tersebut merangkumi 20 langkah penting, bermula daripada pemilihan pembekal, proses pembuatan, keselamatan produk, kawalan kualiti sehingga penilaian prestasi sebelum sesuatu produk dipasarkan kepada pengguna.




Selain itu, produk-produk dalam rangkaian ini turut menawarkan ciri-ciri berikut:

Diuji secara dermatologi

Mengamalkan prinsip Clean Beauty

Tidak diuji ke atas haiwan (Cruelty-Free)

Telah diuji serta diluluskan oleh pengguna sebenar 

Pendekatan ini mencerminkan komitmen guardian dalam memastikan setiap produk yang berada di rak jualan memenuhi standard keselamatan dan keberkesanan yang tinggi.

Diiktiraf di Peringkat Antarabangsa
Kualiti rangkaian mannings guardian bukan sahaja diyakini oleh pengguna, malah turut mendapat pengiktirafan daripada industri.

Rangkaian ini berjaya merangkul Anugerah Transformasi Jenama Terbaik – Malaysia di Retail Asia Awards 2026, sekali gus mengiktiraf kejayaan gabungan guardian dan mannings dalam menghasilkan produk jenama sendiri yang berkualiti tinggi.

Selain itu, beberapa produk turut menerima pengiktirafan di Monde Selection 2026 di Paris, antaranya:

Tisu Basah Cherry Blossom

Losyen Pelindung UV

Tuala Muka Lembut 

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa rangkaian mannings guardian memenuhi standard kualiti bertaraf antarabangsa.

guardian Terus Menjadi Penasihat Kesejahteraan Dipercayai Malaysia

Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Singapura dan Brunei, kepercayaan sentiasa menjadi asas kepada setiap produk yang ditawarkan guardian.

Beliau menjelaskan bahawa guardian hanya menawarkan produk yang diyakini sendiri oleh syarikat, dan melalui kerjasama bersama mannings, mereka berjaya menghasilkan rangkaian yang memenuhi jangkaan pengguna dari segi kualiti, inovasi serta nilai.

Pelancaran ini juga selari dengan aspirasi guardian untuk menjadi Penasihat Kesejahteraan Dipercayai Malaysia, bukan sekadar menjual produk kesihatan dan kecantikan, malah membantu pengguna membuat pilihan yang lebih baik demi kesejahteraan diri dan keluarga.

Direka Untuk Menyokong Kehidupan Seharian

Rangkaian mannings guardian dibangunkan bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna sepanjang hari.

Daripada rutin penjagaan diri pada waktu pagi, penjagaan kebersihan keluarga, keperluan ketika melancong sehinggalah produk harian di rumah, setiap produk direka untuk memudahkan kehidupan pengguna dengan kualiti yang boleh dipercayai.

Pelancaran ini turut membuktikan komitmen guardian untuk menyediakan produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan agar lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

House of mannings guardian di Sunway Pyramid

Bersempena pelancaran rasmi ini, guardian turut memperkenalkan House of mannings guardian di Sunway Pyramid.


Ruang pengalaman interaktif ini direka berinspirasikan suasana sebenar kehidupan harian, membolehkan pengunjung melihat sendiri bagaimana produk-produk mannings guardian digunakan dalam rutin seisi keluarga.

Pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai produk, meneroka zon bertemakan gaya hidup serta memahami kelebihan setiap kategori produk yang ditawarkan.

Kini Boleh Didapati di Seluruh Malaysia

Rangkaian mannings guardian kini boleh didapati di semua cawangan guardian di seluruh negara serta melalui platform dalam talian guardian Malaysia.





Dengan gabungan pengalaman guardian dan kepakaran mannings, rangkaian baharu ini menawarkan penyelesaian lengkap untuk keperluan penjagaan diri, kesihatan dan kesejahteraan harian, memberikan keyakinan kepada setiap keluarga Malaysia untuk menikmati produk berkualiti tinggi pada nilai yang terbaik.


Thursday, June 11, 2026

Filem Review : KHADAM

Hi Korang,

Ye bethol, kak lily memang takut kalau nak tengok citer-citer seram ni but I tabahkan hati jugak untuk menonton filem terbaru di pawagam ni bertajuk Khadam...

Filem Seram Melayu Yang Sarat Emosi dan Misteri Filem KHADAM hadir sebagai sebuah naskhah seram psikologi tempatan yang menggabungkan elemen mistik, trauma generasi dan konflik kekeluargaan dalam latar era 1950-an yang penuh atmosfera.



Sinopsis Filem Khadam

Mengisahkan Melor, seorang ibu bisu kepada dua orang anak yang bakal mewarisi khadam keluarga — seekor saka yang diwarisi turun-temurun. Menyedari kesan gelap dan ikatan yang mustahil diputuskan, Melor nekad untuk menolak warisan tersebut.

Namun, penolakan itu membawa padah.

Saka tersebut mula mengganggu keluarganya, terutama anak perempuannya, Puteh, yang juga bakal menjadi pewaris seterusnya. Demi melindungi anak-anaknya, Melor akhirnya terpaksa menerima kehadiran entiti itu, sama seperti ibu dan neneknya sebelum ini.

Pada awalnya, saka tersebut hanya menurut perintah. Tetapi kerana Melor semakin lemah secara emosi dan mental, entiti itu perlahan-lahan mula mengambil alih kehidupannya — termasuk identiti, emosi dan peranannya sebagai isteri serta ibu.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila Manis, adik Melor, cuba memujuknya untuk memutuskan perjanjian dengan saka tersebut. Dalam masa yang sama, Awang, suami Melor yang panas baran, pulang selepas berbulan-bulan bekerja di luar kawasan.


Ketika hubungan keluarga semakin retak, Puteh dan Hitam mula menyedari kewujudan “Melor” kedua di rumah mereka. Dengan pengaruh saka yang semakin kuat dan berbahaya, Melor akhirnya perlu membuat satu pengorbanan besar sebelum dirinya hilang sepenuhnya.

Bukan Sekadar Filem Hantu Biasa

Apa yang membezakan KHADAM daripada filem seram lain ialah kekuatan emosi dan mesej yang dibawa. Filem ini menyentuh realiti tentang tekanan yang dipikul wanita dalam keluarga — daripada menjaga rumah tangga, membesarkan anak-anak hinggalah memenuhi harapan orang sekeliling sehingga kehilangan diri sendiri.

Menurut pengarah, watak Melor yang bisu memainkan peranan penting dalam menyampaikan rasa sunyi, terasing dan trauma secara visual tanpa terlalu bergantung kepada dialog.


Hubungan kompleks antara Melor, Manis dan Awang pula menambahkan lagi ketegangan emosi dalam cerita. Perasaan kecewa, cemburu dan luka dalam hubungan rumah tangga dimanipulasi oleh saka tersebut sehingga mencetuskan konflik yang semakin gelap dan menyesakkan.

Kenapa KHADAM Wajib Ditonton

KHADAM menawarkan pengalaman seram yang lebih mendalam dengan gabungan:

Elemen saka dan mistik Melayu yang dekat dengan budaya tempatan

Seram psikologi yang penuh ketegangan
Konflik keluarga dan trauma generasi
Sinematografi era 1950-an yang cantik dan menyeramkan
Watak wanita yang kuat dan emosional

Dengan visual yang haunting, jalan cerita yang penuh misteri dan emosi yang kuat, KHADAM dijangka menjadi antara filem seram Malaysia paling dinantikan tahun 2026.


Genre: Seram, Drama
Bahasa: Bahasa Malaysia
Negara: Malaysia
Durasi: 118 minit
Tarikh Tayangan: 11 Jun 2026

Jangan lepaskan peluang menyaksikan KHADAM di pawagam seluruh negara bermula 11 Jun 2026.