Tuesday, November 2, 2021

GUARDIAN Bongkar Dunia Kecantikan Global Terkini Untuk Korang Menampilkan Lebih 60 Jenama, 7000 Produk

Hi Korang,

Sesuai dengan reputasinya sebagai destinasi kecantikan, Guardian Malaysia sekali lagi bakal menganjurkan ekstravaganza Beauty Around The World (BATW), menampilkan trend terkini dari 60 jenama terkemuka dari seluruh negara termasuk Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Taiwan dan banyak lagi.


Lebih 7,000 produk akan ditawarkan dalam kempen ini menunjukkan komitmen Guardian dalam membawakan jenama kecantikan terkini kepada pelanggannya sekaligus trend kecantikan terbaru dari segi ramuan dan tekonologi pada nilai terbaik kepada pelanggan.

Kempen selama sebulan tahun ini yang akan berlangsung dari sekarang sehingga 23 November akan memberi tumpuan kepada tema-tema berikut:

▪ Timur Bertemu Barat (East Meets West)

Solekan harian semulajadi orang Jepun

Seri bak embunan Korea

Solekan gaya barat terkini

▪ Serlahkan Kecantikan dan Kedamaian

Mengapa anda memerlukan penjagaan yang wajar untuk kesejahteraan anda

▪ Minda, Badan & Jiwa

Dapatkan produk-produk terbaik untuk meningkatkan kebersihan mulut, rambut dan badan anda

▪ Segala keperluan kecergasan anda

Selain daripada bersenam secara rutin, pengambilan vitamin dan makanan tambahan boleh membantu meningkatkan kesejahteraan anda. Terokai apa yang anda perlukan untuk gaya hidup yang aktif.




Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei berkata “Kami menghargai kepercayaan pelanggan kami dalam memastikan bahawa kami membawa jenama-jenama global terbaik kepada mereka pada nilai yang hebat, maka kami mengkaji dan menyelidik trend kepenggunaan dan kecantikan yang sedang berkembang di seluruh dunia untuk membawa masuk jenama-jenama yang paling memberi impak.

“Sebagai contoh, kami mempunyai jenama dari Jerman yang mewakili teknologi penjagaan kulit terkini dalam mencegah penuaan kulit pra-matang, jenama dari Amerika Syarikat yang menyediakan penyelesaian penjagaan rambut dirumah terbaik, penjagaan kulit dengan Vitamin C yang terbaru dari Perancis - satu trend yang popular sekarang, teknologi topeng muka terkini dari jenama topeng muka nombor satu Korea dan banyak lagi.”

“Selain itu, pada 10 November 2021 @ 8 malam, Guardian Live Market akan diadakan dimana banyak hadiah menarik bernilai lebih RM5,800 untuk dimenangi termasuk TIGA Hadiah Utama berupa OGAWA Snazzy Touch Rechargeable Hand Held Massager bernilai RM440 setiap satu. Dan pada 13 November 2021, kami akan mengadakan ‘Pesta Beauty Around The World’ yang akan disiarkan SECARA LANGSUNG di Facebook Guardian mulai jam 2.00 petang. Pelanggan kami boleh menyertai sekumpulan pakar kecantikan dan dalam industri untuk mengetahui trend-trend terkini, tutorial kecantikan dan mendapatkan petua dan tip kecantikan dengan segmen yang melibatkan tutorial solekan, rejim penjagaan kulit dan penjagaan rambut DIY,” tambah Angela.



Selain daripada rangkaian luas jenama dan produk yang ditawarkan, diskaun sehingga 50% akan ditawarkan sepanjang tempoh ini untuk pilihan jenama kecantikan terkemuka, termasuk produk kecantikan semulajadi terbaik dan jenama-jenama termasuk beberapa jenama tempatan dan banyak lagi promosi lain.

Sorotan lain dari Guardian Beauty Around The World adalah;

· Syampu Kundal baru dan eksklusif dengan kantung comel dan bergaya BT21 PERCUMA dengan syampu

· Rangkaian BARU Nivea Vitamin Nutrients dan Skin Foods dan peraduan Beli & Menang dengan dua Hadiah Utama berupa pengering rambut berjenama bernilai RM1,899.00

· Cintai Alam Sekitar dengan mendapatkan Beg Mesra Alam Guardian hanya dengan RM1

· Peraduan Guardian x MyDebit Shop Wave & Menang dengan hadiah bernilai RM520,000 untuk dimenangi termasuk Hadiah Utama sebuah kerusi urut OGAWA Smart Jazz Urban dan 15 Kepingan Emas bernilai RM10,000 setiap satu.

“Kami percaya pelanggan kami tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk membeli malah menyimpan stok produk kecantikan terkini dan barangan keperluan harian. Ini adalah peluang yang TIDAK PATUT DILEPASKAN. Tambahan pula, Guardian sentiasa memberikan kualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terhebat,” akhiri Angela.

Untuk maklumat lanjut tentang produk kegemaran anda pada potongan harga menakjubkan sepanjang Jualan Beauty Around The World ini, sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy.

Monday, November 1, 2021

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 5 NGO di Klang Valley

Hi Korang,

Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.



Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.

Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.

Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 172 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Hajjah Fatimah Abdullah, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa, Persatuan Rumah Sayangan, Persatuan Rumah Kanak - Kanak Di Sayangi, dan Lighthouse Children Welfare Home Assoc.


Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.

“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).” ujar Cik Chin.

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.


“Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.


Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.

“Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.



Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.

“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Puan Norhayati of Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.

“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.



Sunday, October 31, 2021

Pelbagai Tawaran Terhebat Menanti Pelanggan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-7 Go Shop Menerusi Kempen “Happy Together”

Hi Korang,

Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia hari ini melancarkan kempen sambutan ulangtahunnya yang ketujuh menerusi “Happy Together Live Party” yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (30 & 31 Oktober). 

Datin Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Linda Onn, Raianna

Program istimewa yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan ramai selebriti tersohor tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.

Majlis sambutan terbesar Go Shop ini menawarkan RM3.5 juta hadiah percuma dengan promosi “Beli 1, Percuma 1” dan pelbagai hadiah eksklusif. Banyak produk menarik menanti penonton termasuklah barangan terlaris Go Shop seperti produk-produk peralatan rumah termasuklah perkakasan dapur dan makan, fesyen, kecantikan, dan produk digital. Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung “Birthday Live Party” dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Astro Saluran 118. Pelanggan juga boleh strim menerusi aplikasi Go Shop atau layari www.goshop.com.my. Pelancaran siaran “Happy Together Live Party” ini, ia menandakan permulaan sambutan ulangtahun Go Shop yang akan berlangsung selama sebulan sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif di semua platform Go Shop.

Christinne Lim, CEO of Go Shop

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim, berkata: “Go Shop pada hari ini telah berjaya melebarkan sayapnya menjadi peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular di Malaysia, justeru jutaan penghargaan diucapkan kepada para pelanggan kami khususnya, dan rakan-rakan perniagaan dan vendor / pembekal atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang tujuh tahun perjalanan kami ini. Mengangkat tema “Happy Together” untuk sambutan ulangtahun pada tahun ini, kami di Go Shop sentiasa teruja untuk membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan kami di luar sana. Kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat, dan yang paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli belah terunggul dari kami.”

Mandy Chen, Hai Chyi, Datuk Aznil, Christinne Lim

“Lanjutan tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini secara tidak langsung telah menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakan trend pembelian secara atas talian. Di Go Shop sendiri, kami dapat lihat platform digital kami terus kukuh dan merekodkan peningkatan jualan yang begitu memberansangkan, dicetuskan dari pembelian di atas talian. Tambahan lagi, dengan peningkatan popularity rangkaian produk kesihatan, kecergasan, fesyen dan barangan riadah sepanjang musim PKP, kami berjaya menambahkan banyak lagi jenama-jenama terkemuka untuk kategori-kategori ini. Kolaborasi ini telah menghasilkan/menjayakan lebih banyak program-program menarik yang mengutamakan topik kecergasan dan kesihatan.”

“Go Shop merupakan sebuah platform membeli belah dari rumah yang terkenal dengan sajian produk berkualiti dan sentiasa menawarkan pelanggan dengan pelbagai jenama yang dipercayai ramai, dari produk-produk peralatan rumah ke perkakasan dapur dan makan, demi menepati permintaan ramai yang menginginkan sesuatu yang lebih segar dan moden – kemas, memudahkan, hadir dengan fungsi yang pelbagai dan pada masa yang sama mampu mengekalkan kehidupan yang sihat sejahtera. Menariknya lagi, kami di Go Shop akan sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak produk-produk menarik dan menawarkan pilihan penuh variasi demi menepati kehendak setiap pelanggan. Pada tahun ini, buat julung kalinya, kami telah melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tiduri - Royal Field and La Belle; jenama eksklusif Go Shop, untuk memberikan lebih banyak pilihan produk berkualiti kepada pelanggan,” jelas Christinne lagi.




Kempen sambutan ulangtahun ketujuh Go Shop, “Happy Together” ini menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain dari diskaun sehingga 80% dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November ini hingga 30 November 2021. Pelanggan boleh nantikan banyak pelancaran produk-produk terhebat sepanjang November ini. Tawaran-tawaran menarik ini termasuklah dari produk-produk peralatan memasak yang moden dan terkini, barangan perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi produk menarik tersedia khas buat pelanggan khususnya untuk menyambut tahun baru tidak lama lagi!

Sepanjang berlangsungnya kempen istimewa ini kelak, pelanggan boleh nikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. Selain dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan “Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000! Anda juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Saluran Go Shop di Astro pada setiap hari - Go Shop RUUMA Saluran 118, GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120, untuk nikmati pelbagai tawaran terhebat sempena sambutan ulangtahun Go Shop. Layari laman sesawang rasmi Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Go Shop app di Google Play dan App Store.