Hi Korang,
Citer pasal makan-makan lagi yeah! I like!
Biasalah kalau dah lapo memang tak fikir apa pun, janji nampak kedai makan best terus je singgah. Malas nak pilih-pilih sangatlah, takut salah pilih langsung tak lalu nak makan.
Ktorg ke Restoran Steamboat Antarabangsa kat area Bangi ni. Restoran yang menghidangkan steamboat dan grill sekali, lebih kurang macam Red Wok Restaurant. Mak ok ok je but Mr Big suka main masak-masak ni, boleh tunjuk skill katanya.
Menunya haruslah bahan-bahan untuk steamboat dan grill. Ada ayam, daging, kambing, unta (tipu je lah), segala mak neka seafood, sayur-sayuran untuk kesihatan, pelbagai jenis mee kering, buah-buahan dan tak ketinggalan ais-krim pun ada tau.
Berkonsepkan ‘Eat All You Can’ so bolehla makan mengikut selera tekak memasing tapi jangan sampai membazir ye sebab setiap 100gm makanan membazir akan discharge RM10.00. Hah cuak kan, dah berhenti sebelum perut meletup tau.
Bahan-bahan steamboat, amik sket je takut tak abis plak nanti.
lokan grill
eee lemak sedapnya....
sotong grill
Tukang masak setia aku, akan tunjukkan skill bakar membakar ni ye
Hangus-hangus dapur dibuatnya
Mee Maggie aku ni, memula macam tak selera nak makan kan coz cendawan tu nampak buruk sangat tapi bila dah siap masak. Wallah.. sedap sangat.
Licin semuanya, yang tinggal kulit-kulit lokan dan pinggan mangkuk kosong je.
Kalau teringin, mehla ke sini :-
Restoran Steamboat Antarabangsa
10G-1 Jln Medan Pusat Bandar 4A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
4 Petang - 12 Malam
GPS : 2.960356,101.755901
Harga tak de lah mahal sangat. RM25 seorang dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Tapi aku tak sure plak harga sekarang ni, naik ke dah turun ye. Alah kalau dah kaki makan, mana ada kisah soal harga kann, janji sedap dan kenyang.
Selamat makan korang!
14 comments :
wah, sedapnya. konsep dia macam seoul garden ye? tapi macam lagi murah je tempat ni.
Puas hati makan kat sini kann...x pernah try lagi yg kat bangi nie punyaa
nampak best je.. seb baik singgah blog clp bile dah kenyang gile..x la rase mengidam melampau.. hoho
Korang,
memang pun. murah dan sedap tau
kat seksyen 9 yea...cuma air tu free flow ataupun kira lain...
ini memang puas hati makan rasanya. hehe..
cer try boh topi chef atas kepala cik abe....mmg ada tokoh jd chef....hehehe....mmg nampak sedap seafood2 itewwww...
boleh cube ni.. thanx for the review...
slalu tk de idea nk mkn mana with family ... last last tapau nasi goreng...
ohh tidak... sungguh sedap nampaknya mee magee itu.. hehehe
wah... menariknya...saya pun dah lama tak pekena steamboat ni...
assalamualaikum cik lily...sedapnya...;)
dah pernah makan kat sini....sedap. asyik grill je...duduk sampai 2 jam.
sedapnye.. available lagi ke restoren ni.. ketam ade x sis..
ade lagi ke restoren ni.. nak cubalah.. ketam ade x sis
Post a Comment