Hi Korang,
Sebut pasal makan memang semua orang gemarkan lebih-lebih lagi makan di hotel.
Enaknya lain macam sekali, walaupun sekadar makan biasa tapi cara persembahan tuh yang memukau hati orang yang makan kann heehehe
Kebetulan kak lily mendapat jemputan makan-makan di Micasa All Suite Hotel baru-baru ini untuk merasaikan beberapa menu ala-ala yang sesuai di makan tak kira pada bila-bila masa sahaja.
Tapas Bistro & Bar telah menyediakan hidangan terbaru yang bakal menambat hati para pelanggannya. Menu-menu ini di ubaha setelah mengambil kira permintaan citarasa para pelanggannya yang mana kesemua menu ni dari Chef de Cuisine Chef Adrian Lai Nyiap Len bersama pasukannya.
Dilahirkan di Tenom, Sabah, Chef Adrian berkata memasak selalu menjadi semangatnya. Cintanya untuk memasak telah mendorongnya untuk menjadi seorang tukang masak dan suatu hari untuk memiliki kafe atau restoran baratnya sendiri.
Chef Adrian yang memegang sijil Asas Memasak di dalam seni kulinari memulakan perjalanan kulinarinya 25 tahun lalu di Lafite Restaurant di Shangri-la Hotel Kuala Lumpur, Kitchen Western Banquet di Legend Hotel dan kini di Tapas Bistro dan Bar di MiCasa.
So pada malam itu kami berkesempatan merasai beberapa hidangan menu ala carte yang menjadi menu utama di Tapas Bistro & Bar.
Roasted Pumpkin Soup
Sesuai untuk vegetarian, rasa labunya tidak terlau kuat. Enak di hirup begitu sahaja.
Oxtail Soup
Merupakan hidangan ''signature'' di sini. Tidak terlalu berminyak dan isinya lembut.
Spinach and Mushroom Quich
Merupakan hidangan ''signature'' di sini, kalau tengokkan nampak macam sedikit kering tapi bila dah makan tuh sangat-sangat creamy ye
Pan Fried Halibut Fish
Nampak macam kecil sahaja portionnya tapi tidak yer, isinya lembut dan kulit ikannya crispy dan side dishnya juga enak
Mutton Masala
Sedikit pedas bagi kak lily, enak di makan bersama nasi putih panas-panas ataupun bersama roti
Lamp Chops
Merupakan hidangan ''signature'' di sini, dagingnya juicy dan tender.
Pappardelle Mushroom and Pesto (SG)
Merupakan hidangan ''signature'' di sini, simple dan enak di makan begitu sahaja, kalau sesiapa yang diet boleh order menu ni.
Tapas memperkenalkan menu pinggan kecil yang termasuk hidangan seperti Balsamic Honey smoked itik, Salmon Prawn Ceviche dan Prawns Aglio Olio.
Balsamic Honey Smoked Duck
Salmon Prawn Caviche
Prawns 'Aglio Olio'
Hidangan pemanis mulut juga menambat hati kak lily pada malam tuh, iaitu :
Raspberry Chocholate Mouse
New York Cheese Cake
Mango Crepe with Pistachio
Hidangan ini merupakan gambaran sebenar pengalaman Chef Adrian dalam bidang masakan. Unik dan lain daripada yang lain rasanya.
Tapas Bistro & Bar ini terletak di tingkat bawah di Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur ini, beroperasi dari 6.30 pagi hingga 1 pagi setiap hari yang menawarkan hidangan menu makandari pelbagai jenis kategori untuk memenuhi kehendak para pelanggannya.
Jom kita ke :
MiCasa All Suite Hotel KL
368-B Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Email: infokul@micasahotel.com
General Line: +603 2179 8000
Fax: +603 2161 1186
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website :
Facebook Page :
Instagram Page :