Showing posts with label melindung. Show all posts
Showing posts with label melindung. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

NEESYA Untuk Kulit Yang Menyerlah Dari Dalam

Hi Korang,

Aku memang suka pi event yang berkaitan dengan BEAUTY ni.

Bukan apa, seronok dapat belajar sesuatu yang baru dalam diri kita ni. Daripada  workshop sebegini kita lagi lebih berilmu dalam memilih sesuatua produk untuk kulit kita.


Macam hari tu aku ke pelancaran produk kecantikkan ‘NEESYA’ di Swensen Subang Parade. Pi plak dengan YanaYassin, nasib baik ada geng. Sampai sana rupanya ramai beauty bloggers yang aku kenal pun ada.


Jenama ‘NEESYA’ ni merupakan produk keluaran Skinsworkz Sdn Bhd, syarikat yang 100% milik anak tempatan yang merupakan perintis pakar produk penjagaan kulit lutsinar. Ianya menjanjikan bantuan kepada para pengguna mencapai darjah terbaru dalam pencerahan kulit serta tona yang lebih menyerlah dan sihat.



Teknologi Neesya LumiScience°™, yang merupakan    formulasi “trademark” syarikat tersebut, menggunakan    pendekatan 360 darjah dengan menggabungkan faktor fisiologi kulit, faktor pencerahan kulit, dengan  penggunaan bahan pencerah, hidrasi serta anti oksidan yang dirumus    khas.   



Rumusan  produk    penjagaan    kulit    Neesya    adalah dijamin    halal.    Selain    itu,    harga    produk    juga    dipastikan    berpatutan dalam lingkungan RM29-RM79    dan    menepati    bajet    kebanyakan    pengguna    yang    menginginkan produk    berkualiti    antarabangsa.


    
Rangkaian  produk    Neesya    adalah    dirumus    berdasarkan    3    prinsip    :   

MENCERAH,    MELINDUNG,    MEMPERBAHARUI    

Setiap satu produk Neesya apabila digabung dalam    penggunaannya, membantu dalam memberikan kesan    yangefektif untuk menda patkan kulit yang tampak    sihat    dan berseri secara semulajadi, bak kilauan berlian.  
  
Ni kat bawah ni ada 11 jenis produk NEESYA ni untuk semua jenis kulit


LumiScience°  ™    Illuminating    Essence
                
Lumi°  ™    Brightening    Toner
    
LumiScience°    ™    Hydrating    Serum
                           
Lumi°  ™    Brightening    Enzymatic    Refiner

LumiScience°    ™    Brightening    Eye    Gel
               
Lumi°  ™    Brightening    Day    Cream    SPF20
    
Lumi°    ™    Brightening    Milk    (akan    datang)
              
Lumi°  ™    Brightening    Night    Rejuvenator
    
Lumi°    ™    Brightening    Gel    Cleanser    (Soap    Free)
    
Lumi°    ™    Brightening    Overnight Mask
    
Skin    Essentials    Eye    &    Lip    Make-­‐up    Remover    



Lepas abis presentation tuh, dapatlah ktorang mencuba sendiri produk NEESYA ni. Yang best tuh, aku plak yang dipanggil menjadi model untuk diorang test kat tangan kan. Alah jadi model tangan pun tak per, janji dapat mencuba benda baru ni kan.

Memang boleh rasa perbezaannya walaupun tak nampak dengan mata kasar but aku boleh rasa bezanya tu kat tangan. Lembut, halus dan rasa segar.



Ok ok sudah tu, jom kita enjoy makan aiskrim kat Swensen ni. Sedap ooo. Coklatnya masyuk.






Kemudian, ktorg pi ke flagship NEESYA store ni. Alah dalam Subang Parade gak, kat situ boleh test semua produk. Kecil tapi simple dan very bright. Aku suka kedai cam ni, boleh nampak semua kan. Borak-borak kejap dengan ladies bloggers ni tukar-tukar citer pasal ek mana boleh cakap rahsia..



Anyway thank you NEESYA for this very informative briefing pasal skincare product ni. Kalau serasi dengan kulit muka aku, haruslah beli kan. Dengan harga cam tu, mana korang boleh dapat kat luar sana.

Untuk lebih lanjut korang nak tau pasal NEESYA ni , korang boleh klik ke Facebook : NEESYA dan check it out Website : NEESYA ye..


Tak sabo nak cubalah...