Showing posts with label kopi xoxo. Show all posts
Showing posts with label kopi xoxo. Show all posts

Thursday, February 2, 2017

Supper Di Kopi & XOXO, Bandar Baru Bangi

Hi Korang,


Untuk perhatian blogger AZUERIENA kita belum selimm lagi ek, itu hanya ilusi mata je hahahahaha (ada dia cakap aku dah kurus ishkk mana ada)

Sebenarnya bukan aku tak nak citer pasal aku pi makan di cafe Nora Danish ni tapi sebab aku tak puas hati dengan kualiti gambar yang aku amik tuh. Yelah suasana dalam cafe tu agak malap-malap sket dan lagipun seat yang aku duduk memang gelap bebenau dan sesuai untuk orang baru bercinta je table tuh hehehe.. aku datang nak makan je kan..

Ok mintak maaf sengsiang dulu ek!!

Langsung tak terfikir nak pi makan kat situ pun, dah kul 10 lebih Mr Big sibuk cakap dia lapar plak. Bila aku tanya lepas maghrib nak makan apa-apa tak, ewah dia jual mahal plak cakap tak lapar. Eh belum tengah malam dah lapar kan so pi lah kitaorang merayap kat area Bangi Sentral ini cari makan.


Tup-tup ternampak plak Kopi & XOXO cafe ni.

Ok masuklah..


Memang cozy sebab tu gelap, orang punyalah ramai. Kena tunggu sekejap untuk dapatkan meja, ada rezeki orang bangun pulak so dapatlah meja ek. Tapi meja orang bercinta, walaupun tepi pintu masuk tapi kelam-kelam je lampunya. Alah tak perlah janji ada meja nak makan. 


Oh ye kat sini semua self service ye.

Ada menu kat atas meja, then lepas fikir apa nak makan terus pi kaunter tuh. Hah order apa yang korang nak makan. 

Kitaorang order

Bubur Betty 


Walaupun mahal sket aku rasa tapi condimentnya ada macam-macam, sampai Mr Big cakap boleh kenyang sampai esok tengahari ni hahahaha

Lemon Chicken Rice

Ini untuk Mr Big gak sebenar tapi disebabkan bubur betty tuh kemain banyak maka aku yang kena habiskan nasi ni, sedap. Lemon dengan chicken blend each other

The Gorpis El Plato 

Aku memang nak makan goreng pisang ni dari cafe Nora Danish ni kat Bangsar sampai dah tutup dah sekarang baru dapat rasa. Aku amik yang mix flavor punye, so memacam perisa ada. Licin sepinggan aku makan sorang, Mr Big rasa sekeping je.


Total kerugian ermm aku pun tak ingat sebab pakai bayar je rasa je tak sampai RM60 kot termasuk ari sekali. Kira oklah bagi kitaorang kan, boleh pi makan lagi. Cuma kena cari meja yang terang lah so barulah cantik ambil gambar. 

Jom singgah ke 

Kopi XOXO Bangi
D-08-G Paragon Point 2,
Jln Medan PB5 Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi.



Waktu Operasi:

Tue-Thu > 12:30 - 11:00 pm
Fri & Sat > 12:30 - 1:00 am
Sun > 12:30 - 11:00 pm

Close on Monday

Instagram: @kopi.xoxo

Kalau korang rasa jauh nak pi ke Bangi, korang boleh pi ke outlet TTDI kat sana pun ada jugak

Selamat menjamu selera korang!...