Hi Korang,
Sempena dengan bulan kemerdekaan pada bulan ini, ye sekaligus kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Putrajaya Marriot mengadakan promosi hawker streets food di Summer Palace iaitu salah satu restoran di sini.
Wow pasal makan sedap memang harus jangan dilepaskan ek.
Di antara makanan yang menjadi tarikan di promosi ini adalah Assam Laksa, Curry Laksa, Chicken & Duck Rice, Penang Kuay Teow, Radish Cake, Oyster Omelette, Chee Cheong Fun Yong Tau Foo, Rojak, Popiah, Prawn Mee, Fish Ball Noodle, Nasi Lemak Kukus, Laksa Sarawak, Pan Mee, Cendol dan banyak lagi.
Ermm tempting ek
Promosi ini berlangsung setiap hari dari 11 am hingga 9 pm dari 29 August ke 16 September 2016, yang berharga RM15 nett untuk satu pakej makanan (1 food item + 1 dessert or 1 drink of your choice).
Di samping itu juga ada pameran ‘Merdeka Gallery’ anjuran NSTP bagi mengenang kembali zaman kemerdekaan kita yang dahulu iaitu pada 31hb Ogos 1957.
Terdapat pelbagai jenis gambar-gambar kenangan daripada arkib NSTP untuk tatapan umum yang bertujuan untuk memberi gambaran zaman kita hendak merdeka dahulu.
Putrajaya Marriott juga menawarkan aktiviti menarik khususnya untuk kepada guru-guru dan murid sekolah iaitu ‘Teachers and Students’ Co-curriculum Deal’, iaitu RM15 nett setiap orang termasuk 1 pakej makanan pilihan dan complimentary Putrajaya Marriott bus pick up* untuk melawat pameran Merdeka Gallery ini.
* Minimum 20 persons (must include at least 1 teacher), subject to availability at the point of request, minimum 48 hours’ reservation notice to 603-8949 8888 (Cik Azela marcom officer).
Sini aku kongsikan sedikit beberapa menu yang sempat aku cuba hari tuh
Penang Char Kuay Teow
Yam Cake
Pasembor
Oyster Omelette
Chicken and Duck Rice
3 layer tea and coffee
Yong Tau Foo
Laksa Sarawak
Sotong Kangkung
Prawn Mee
Nasi Lemak Kukus
Sedap kan semua, ermm haruslah
Jom kita ke:
Putrajaya Marriott Hotel
IOI Resort City
Sepang Utara,
62502 Malaysia
Phone: +60 3 89498888
Fax: +60 3 89498999
Sales: 603-8949 8888 ext 1332