Showing posts with label Shell Select. Show all posts
Showing posts with label Shell Select. Show all posts

Friday, November 18, 2016

Guna Kad BONUSLINK Shell Untuk Redeem Hadiah Best Best

Hi Korang,

Macam aku ni jenis orang yang tuang minyak jalan, tuang minyak jalan.

Tak de aku nak kisah pasal royalty programme ni, sebab aku ni memang pelupa nak monitor expired points bila kan, sebab tuh aku tak pernah join memang programme pun.
 

Tapi bila tengok BONUSLINK Programme yang Shell punye ni nampak cam best pulak. 

Lagipun pekerja Bangladesh kat petrol pump tuh asyik cakap “akak banyak rugi ooo you tarak itu Bonuslink kad”, sibuk benau suruh aku duk apply ek

Macam aku cakap tadi, Shell mewujudkan Bonuslink ni sebagai tanda menyatakan terima kasih kepada para pelanggannya yang setia, aku la tuh kan hahahahhaa… Dengan kad Bonuslink ni korang boleh menukarkan points korang yang dah kumpulkan tuh kepada promosi minuman dan snacks di kedai Shell Select serendah dari 100 Bonuslink points tau. Kalau points korang banyak ermm redeem minyak kereta pun boleh derrr


Bayangkan on the way nak balik rumah dan duit korang tinggal seringgit dua akibat purse tertinggal kat opis sebab nak balik cepat dan minyak kereta pulak berkelip-kelip dah kering so di sini kad Bonuslink main peranan ek. Korang pi check dulu berapa points korang yang ada dan kalau mencukupi apalagi kasi redeemlah minyak kereta dan air botol satuh untuk hilangkan dahaga sebelum pulang ke rumah. 

Ermm mudah je..

Di antara produk-produk serendah 100 Bonuslink points yang korang boleh redeem adalah:-




Okla tuh time sesak-sesak boleh jugak guna untuk hilangkan dahaga dan kenyangkan perut. Selain daripada redeem makanan dan minuman, kita boleh redeem minyak petrol jugak tau. hauhauahuahaua 😆😆😆😆😆...


Bagi bonus special untuk Bonuslink points minyak kenderaan pulak camni,
  • 1 litre Shell fuels = 1 Point
  • RM1 = 1 Point (untuk semua minyak)
  • 25% bonus points with Shell V-Power Racing

Nak bagi korang paham pasal bonus collection ni, korang refer kat chart bawah ni.


Maknanya lagi banyak korang isi minyak lagi banyak points yang korang boleh collect ek hehehehe

Bagi korang yang suka sangat mengumpul points tuh dengan harapan nak redeem barang yang best-best jangan bimbang, Bonuslink sediakan jugak tau. 

Ok bukak dulu website Bonuslink ek https://www.bonuslink.com.my





Selain dari boleh redeem di Shell Select Shop untuk item yang kecik-kecik, Bonuslink juga bekerjasama dengan beberapa merchant iaitu Parkson, Firefly, Caring Pharmacy, Ambank Group, Focus Point dan memacam lagi yang mana korang boleh redeem barangan yang best-best seperti barangan keperluan rumah, barangan elektrik, tiket kapalterbang, cermin mata dan banyak lagi. 


La betul lah, korang boleh check it out kat website Bonuslink untuk info lanjut https://www.bonuslink.com.my

La apa tunggu lagi, apply lekassss.....


Tuesday, September 13, 2016

Botol Edisi Istimewa Water2go Direka Khas Oleh Artis Cheeming Boey Sempena Sambutan Shell 125 Tahun

Hi Korang.

Lama tak pi event Shell ni ek!

Ni ada kesempatan eloklah pi untuk memenuhi jemputan. 

Bersempena dengan ulang tahun ke 125, Shell telah melancarkan siri edisi terhad botol air mineral water2go. 


Apa yang menarik botol air mineral ini secara esklusifnya telah direka khas oleh artis Malaysia iaitu Cheeming Boey.

Untuk pengetahuan korang, setiap rekaan botol menggambarkan sepanjang pencapaian syarikat Shell dari dulu sehingga kini. Sebanyak 5000 karton dikeluarkan dan edisi terhad air mineral water2go ini dijual pada harga RM1.70 setiap satu. Dan ianya boleh didapati di semua stesen Shell terpilih di Semenanjung Malaysia.

Shell sememangnya telah mempelopori industri minyak dan das di negara ini untuk 125 tahun lamanya. Rentetan sepanjang 125 tahun lamanya tidak dinafikan Shell antara syarikat generasi yang sama-sama telah menyumbangkan kemajuan yang besar kepada negara. 

Cheeming Boey (left) and Shairan Huzani Husain (right) at the launch of limited edition Select water2go

Boey telah menghasilkan 6 rekaan menarik mencerminkan perjalanan Shell sepanjang 125 tahun, antaranya seperti:-

i. telaga minyak pertama di negara ini iaitu Grand Old Lady of Miri pada tahun 1910

ii. Permainan Shell Trafik yang dilancarkan pada tahun 1957, yang telah mula diperkenalkan lima dekad limanya tentang pendidikan keselamatan jalan raya

iii. salah satu stesen pengisian pertama di negara ini iaitu di Klang

iv. pelancaran Malaysia Shell V-Power pada tahun 2000

v pelancaran Selamat datang ke Shell pada 2015

vi. penyelidikan dan pemuliharaan Lembah Danum.

Setiap reka bentuk juga menampilkan watak-watak dari siri buku Boey, WHEN I WAS A KID


“To commemorate our 125 th anniversary in Malaysia, we wanted to share our history and achievements with Malaysians. Boey’s art narrates our past achievements in a fun and relatable way, allowing Malaysians to take home a little part of our history. We hope this initiative will improve accessibility to art, and engage our customers on a more personal level. But more importantly, we aim to inspire Malaysians to continuously improve, and always keep that pioneering spirit burning,” kata Shairan Huzani Husain, Pengurus Besar Shell Retail Malaysia / Brunei.



Boey juga telah bekerjasama dengan Shell dalam projek seni yang bertemakan "Meraikan 125 Tahun", dengan melukis dua mural yang menggambarkan warisan budaya Malaysia. Early T.V., merupakan mural pertamanya, bertempat di Kelantan yang menggambarkan 'wayang kulit' (wayang kulit teater), manakala mural kedua adalah Three-Wheeled ‘Car’ di Johor yang menggambarkan sebuah beca di usia tua.

Shell juga telah bekerjasama dengan kedai buku MPH untuk peraduan eksklusif, yang mana setiap pelanggan yang membeli mana-mana hasil karya Boey ini WHEN I WAS A KID di kedai-kedai Shell Select terpilih akan berpeluang memenangi beg tote edisi terhad.


Beg ini adalah direka secara eksklusif dan telah ditandatangan oleh artis Boey ini sendiri. 

Nampak ni?



Sempat jugak mintak tandatangan daripada Boey sendiri tau, siap ada lukis-lukis lagi comeyyy...

Untuk menyertai peraduan ini, apa yang perlu dilakukan adalah - menulis nama dan nombor telefon pembeli di belakang resit pembelian mereka, dan seterusnya masukkannya dalam kotak peraduan yang terletak di kedai Shell. Peraduan ini berlangsung diantara 1 September sehingga 30 November 2016.


Untuk senarai kedai Shell Select yang menawarkan peraduan eksklusif ini, sila layari www.shell.com.my/water2go

Untuk maklumat lanjut mengenai ulang tahun Shell ke-125, bolehlah layari www.shell.com.my/