Showing posts with label PKP. Show all posts
Showing posts with label PKP. Show all posts

Sunday, June 7, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Boleh Rentas Negeri

Hi Korang,

Dah berapa banyak fasa PKP yang kita dah lalui ek?

Dari PKP 1 hingga kita dah nak masuk ke fasa pemulihan bagi PKP untuk Pandemik Covid 19 ini, Seriously kak lily senantiasa berdoa untuk cepat-cepat pulih keadaan di negera kita ni kan.


Jadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir Selasa ini.

Negara kita kini memasuki fasa pemulihan dan PKPP adalah sebahagian daripada strategi keluar PKP yang dilaksanakan bermula 18 Mac dan PKPB sejak 4 Mei yang lalu

Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.

Pelaksanaan PKPP berteraskan tujuh strategi:

Pengukuhan kesihatan awam
Perundangan dan penguatkuasaan.
Pengukuhan kawalan sempadan
Pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi
Pemerkasaan tanggungjawab komuniti; dan
Perlindungan golongan berisiko



Berikut antara inti pati PKPP:

1. Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD.
Yeah boleh balik kampung, jawabnya kena ambil cuti nieh

2. Buka hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan ekonomi.
Dapatlah masuk mall, pi minum kopi kan

3. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazar ria, medan selera, pusat penjaja, trak makanan dan gerai makan boleh beroperasi.
Of courselah ni yang kak lily suka gak boleh pi pasar tani setiap ahad pagi cam biasa, bawang-bawang cantik kat pasar tani dan pasar malam tau

4. Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, kolam pancing komersil dan penggambaran filem dibenarkan.
Nak masuk cadar ke comforter cepat kering dah boleh dah

5. Aktiviti sukan tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah, menembak berbasikal dan konvoi motosikal dibenarkan.
Kalau dah boleh ride, bolehlah pi Lemang Toki makan lemang Raub ek

6. Renang, ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki tidak dibenarkan.
Ishkk tak yah lah ni, still bahaya lagi

7. Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.
Mari bercuti ke pantai untuk release tension tak pun pi mandi sungai dengan geng #kaupondan hehehehe

8. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan.
Eh mesti kena balik kampung ni, ganti balik raya Aidilfitri 

9. Pembukaan sekolah akan dilakukan secara berperingkat.
Itulah bagus ni, kesian anak-anak bosan duduk dirumah

10. Pub, kelab malam, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema masih tidak boleh beroperasi.
Tak pelah kita karaoke dalam kereta, urut kaki suruh Mr Big yang buat.

11. Perarakan keagamaan, kenduri dan rumah terbuka masih dilarang
Ermm tak perlah janjilah sket duit kan


Ermm maknanya aper....

Marilah kita siap-siap kemas beg dan pulang ke kampung minggu ni. For sure highway kan jem kaw-kaw sebab semua orang balik ke kampung kan.

Maka standbylah fizikal dan emosi untuk mengharungi jem hebat ni ekk


sumber : Bernama dan Google


Saturday, April 11, 2020

Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah

Hi Korang,

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah, durian. 

Korang berani untuk mencuba? 


Domino’s Pizza memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu, Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar D24. Nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri. 

Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, “Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!” 

Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata, “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.” 

Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April. 

Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan. 


Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact. 

Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/