Showing posts with label Over Nature makeup range. Show all posts
Showing posts with label Over Nature makeup range. Show all posts

Friday, May 23, 2014

AVON Beauty Day Out, Belajar Makeup Jadi Cantik

Hi Korang,


Sabtu lepas memang horror betul, dengan hujan lebat plak pepagi yang hening di tambah plak jem teruk lepas toll Sg Besi but still I managed to come ke AVON Beauty Day Out di Royale Chulan Damansara Hotel walaupun lambat 20 minit. 


Nasib baik dah call Rachel siap-siap bagitau lambat sket.. hehehehe nampak ada usaha work smart di situ.


Ini kira first time aku dapat jemputan ke event AVON ni. Terima kasih kat blogger Ruby.My coz offer peluang ni. Nasib baik weekend tu tak de ape nak buat kan.


Rupanya AVON Bloggers Day Out ni merupakan beauty workshop yang rasanya pertama kali di adakan untuk bloggers. Team AVON nak memperkenalkan produk rangkaian penjagaan wajah mereka iaitu Avon Anew 360° White dan Over Nature Collection Make Up. Ermm best ni, selalu dengar je orang cakap best tapi aku belum pernah cuba lagi.

Ok beauty workshop ni terbahagi kepada 2 sessi iaitu tips penjagaan muka dan cara solekan muka.


Avon Anew 36o° White dipercayai dapat memberi pencerahan pada wajah secara berpanjangan dan kenapa 360°? Maksudnya keseluruhan luar dan dalam dan memberi tindakan 360° pada kulit kita.

Aku memang buat cara menjaga kulit muka ni tapi kekadang tu terskip plak coz malas, ishk mana boleh kan.




Walaupun aku datang dengan tak pakai makeup but still kena jugak bersihkan muka. Yelah ko dengan daki-daki jalan raya lagi, melekat kan.




Meh gunakan Makeup Remover, titikkan sebesar syling 50 sen kat kapas dan sapukan dimuka secara lembut dan elakkan kawasan bawah mata, tapi kalau guna mascara dan eyeshadow sapu jugak ye.. Kat bibir pun sapu gak untuk buang lipstick.

360° White Illuminating Cleanser 125g – RM32.90 (S&S RM37.85)

Baru basuh muka dengan Cleanser, tapi berskill ye. Gunakan jari telunjuk dan manis je untuk menyapu cleanser ni, secara lembut gak. Disebab tak de sinki diorang sediakan mangkuk berisi air dan span lembut untuk bersihkan muka lepas tu.

360° White Illuminating Toner 100ml – RM36.90 (S&S RM42.45)

Sapukan toner plak pada muka kita yang dah bersih tuh. Selembut mungkin ye, dari bawah ke atas so boleh tutup-tutup pori yang dah terbuka tadi kan. Toner ni tak tajam pun, kiranya sesuai dengan muka aku la ni.


360° White Dual Sheet Mask - RM 89.90 ( Sabah & Sarawak RM 1o3.40)
- Full Face Mask (20g x 5pcs)
- De-Spot Mask (5g x 5pcs)




Its mask time. Ktorang dapat rasa pakai ANew 360 White Mask ni. Memang selesa. Sejuk yang amat sangat ! Rasa macam nak tidur dan tidur je. 


Mask dipakai selama 15-20 minit. Yang best tuh, ada lebihan cecair mask tersebut boleh disapu di belakang tapak tangan bagi menghalang kulit tangan daripada berkedut. Ini satu lagi tips yang aku baru tahu ni.


ANEW 360° WHITE Dual Sheet Mask adalah masker 2-langkah yang tidak sekadar mentransformasi kulit menjadi lebih putih dan cerah, ia turut memudar tompokan di kawasan pipi. Satu masker terdiri daripada sekeping ‘full-face mask’ dan sekeping ‘de-spot mask’ yang diperkaya dengan ramuan pencerahan intensif yang menentang ketidaksekataan tona dan bebintik di pipi.


360° White Intensive Serum 30g - RM 89.90 (Sabah & Sarawak RM 103.40)

360° White Ultra UV Shield SPA 50/PA++ 30g - RM 55.90 ( Sabah & Sarawak RM 64.30)


360° White Day Cream SPF20/PA++ 30g – RM63.90 (S&S RM73.50)

360° White Night Cream 30g – RM63.90 (S&S RM73.50)



Abis bermasker, kita sambung plak dengan serum, moisturizer. Teknik sapuan semua sama dari bawah ke atas. Cuma untuk moisturizer atau pelembap muka tuh Cuma sapu kat pipi dan dahi je. Kawasan hidung tak yah coz kalau kulit berminyak makin banyak plak minyak keluar dari kawasan hidung tu ek.


Ok ini hasil testimoni pengguna Avon ANEW 360° White Skincare ni

Hasil Yang Terbukti: Kulit Lebih Cerah Berseri dalam 3 hari*

1. Sehingga 69% pengeluaran melanin akibat pancaran sinar mentari dihentikan *
2. Pigmentasi diatasi**
3. Selepas 8 minggu, 100% ahli panel menunjukkan perubahan positif dalam masalah pigmentasi bertompok*


Serious sangat banyak proses untuk menjaga kulit muka kita. Memula memang rasa cam lama sangat tapi kalau dah biasa sekejap je. Janji ingat step by step barang apa yang patut pakai dulu mengikut urutan dan keperluan.

Ok its make up time.



Ktorang ni bertuah sebab dapat belajar makeup dengan most talented makeup artist Najeeb Azami. Sangat –sangat best. Memula tuh, aku buat sekali dengan Najeeb teknik solekan yang dia buat kat model Nurul tuh. Tapi disebabkan kulit muka tak sama, so tekniknya lain sket. Aku cuba buat sendiri dengan bantuan Najeeb dan assitantnya Chuki yang baik dan senantiasa menolong ktorang.













Hah itulah dia aktiviti ktorang mencantikkan diri dengan produk Avon kan. Memang seronok sangat, totally enjoyed it!. 




Selain dapat main make-up, dapat jugak makan yang sedap-sedap tapi sayang tak de gambo ek sebab kelaparan yang amat time tuh hehehehehhe


Terima kasih Avon for this special invite, terharu iolls tau. Lain kali kalau event best-best jangan lupa jemput aku ye…




Untuk maklumat lanjut layari :

Follow Instagram : @avonmy

Jom main makeup makeup lagi nak!