Showing posts with label Mamil. Show all posts
Showing posts with label Mamil. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

“MAMIL® MOMME SATURDAYS” Workshop About Motherhood Journey

Hi Korang,


Aku memang malas sebenarnya nak ke event parenting ni sebab aku bukannya ada anak pun, yang ada #DakUban seekor tu je buah hati pengarang jantung kan. Since Janet PR banyak kali ajak, asyik aku tolak je so kali ni rajinkan kaki ke motherhood workshop ni. Untung-untung dapatlah ilmu baru kan.


So pepagi sabtu tu dah keluar rumah ke Talent Lounge, nasib baik sampai on time event baru nak mula. Sempatlah berselfie dulu kan hehehhehe


boleh cuba sample susu ek, aku pun minum jugak hehehe

Mamil® melancarkan siri bengkel “Mamil® MomMe Saturdays” untuk meraikan kebesaran para ibu, golongan wira yang tidak didendang dalam sesebuah keluarga, demi membantu mereka mengharungi cabaran keibuan. Siri bengkel yang bermula pada bulan April akan memberi tumpuan untuk membantu para ibu menangi isu-isu lazim yang berkaitan nutrisi kanak-kanak.


“Sebagai pakar dalam pemakanan kanak-kanak, kami di Mamil® sentiasa ingin meraikan para ibu dan menyokong mereka untuk mencapai potensi tertinggi dalam penjagaan anak-anak mereka. Siri bengkel ‘Mamil® MomMe Saturdays’ adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada para ibu yang memberi sokongan berterusan terhadap Mamil®. Ibu-ibu bukan sahaja menikmati sesi memanjakan diri yang ditawarkan tetapi juga dapat mempelajari perkara yang bakal membawa manfaat dalam kehidupan harian,” kata Caroline Yap, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

ada ice-breaking game, seronok game ni

sessi soal-jawab mengenai anak-anak, aku dengar sajor

Peserta-peserta yang menghadiri pada bulan April berpeluang berjumpa dengan Jacki Siew, seorang jururawat dan bidan berdaftar (Britain) dengan pengalaman selama 15 tahun memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani masalah kanak-kanak yang lazim seperti demam dan selsema.




Berdasarkan hasil kajian Mamil® yang dianjurkan baru-baru ini, topik-topik tersebut merupakan masalah utama kepada kebanyakan ibu. Dengan peningkatan kes denggi di sekitar Lembah Klang, Jacki turut menasihatkan ibu-ibu mengenai kepentingan mendapatkan diagnosis yang betul daripada doktor, mengetahui perbezaan di antara demam dengan demam denggi, serta cara-cara ibu boleh melegakan gejala yang anak-anak mereka hadapi. 

with Aishah Sinclair, kurusnya dia. Comel je aku tengok

ada tak muka yang korang kenal

dengan blogger Baizura, lama betul tak jumpa dia

Acara MomMe Saturday Mamil® yang diadakan pada julung kalinya dihadiri oleh 30 ibu. Para ibu yang bertuah telah mendapat peluang berbual mesra dengan Aishah Sinclair, DJ MIX FM serta pengacara sesi tersebut.


Untuk pertama kali ni, memang banyak ilmu yang aku dapat tahu mengenai anak-anak ni. Eventho belum ada anak lagi, at least workshop sebegini memang sangat-sangat membantu aku untuk bersedia ke peringkat seterusnya. 

Insyallah hopefully…

Untuk maklumat lanjut berkenaan sesi bengkel Mamil® MomMe Saturdays atau Mamil®, sila layari laman sesawang www.mamil.com.my, www.facebook.com/DumexMamil atau hubungi Talian Pelanggan Mamil® di 1800 38 1038.

Cik Lily Terfikir : ermm bestnya kalau ada anak kan..