Hi Korang,
Alah kalau setakat berus gigi tuh, semua orang memang buat kan. Tapi kita tak sure keupayaan berus gigi tu boleh ke sampai kat celah-celah bedah dalam mulut korang tuh.Betul tak?
Betul lah, nak-nak lagi orang cam aku ni. Yang taunya janji berus je gigi waktu pagi dan malam sebelum tidur, ye lain aku bukannya kisah sangat.
Disebabkan kita-kita tak berapa budak dan tua ni sangat, Listerine mengadakan kempenyang dikenali sebagai Cabaran 21 Hari Listerine® ini mencabar orang dewasa Malaysia untuk menambahbaikkan kesihatan mulut korang dengan menggunakan cecair kumur Listerine® dua kali sehari selama 21 hari berturut-turut, dengan jaminan pemulangan wang* bagi sesiapa yang tidak merasakan apa-apa perbezaan pada penghujung 21 hari.
Wow menarik tuh, rasa tercabat plak di buatnya
Sungguh ni!
Menurut Eunice Tan, Pengarah Komersial Johnson & Johnson Consumer Malaysia dan Singapura, majoriti orang dewasa Malaysia masih tidak mengamalkan berkumur dengan cecair kumur dalam rutin harian kesihatan mulut mereka. Ini mendedahkan mereka kepada isu-isu kesihatan mulut yang biasa seperti nafas berbau, kerosakan gigi dan gusi berdarah.
“Memberus gigi hanya membersihkan 23% bahagian mulut. Berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik sangat penting untuk menghapuskan bakteria di kawasan mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi. Malangnya, kajian menunjukkan hanya 23.6% rakyat Malaysia yang mengamal membersihkan mulut dengan cecair kumur dengan kerap,” Tan menjelaskan dalam ucapannya sewaktu pelancaran kempen.
Kenapakah 21 hari?
Menurut Tan, para pakar bersetuju bahawa 21 hari merupakan tempoh yang diperlukan untuk sesuatu amalan itu dapat ditanam dalam kehidupan seseorang.
Kempen ini disertai oleh 21 orang selebriti tempatan termasuk para pelakon, hos radio dan TV, penyanyi serta personaliti sukan, yang menyahut cabaran menggunakan cecair kumur mulut Listerine dalam rutin kebersihan mulut harian mereka. Mereka menjadi contoh terbaik untuk kesihatan mulut kerana mereka sering berinteraksi dengan orang ramai dan selalu mendapat perhatian orang awam. Oleh yang demikian, mengekalkan tahap kebersihan mulut yang tinggi bermakna mereka dapat meningkatkan tahap sosial atau populariti mereka.
21 orang tuh. Di antarannya Scha Al Yahya, Awal Ashari, Dynas Mokhtar, Atilia, Jay Menon, Abbas Saad dan ramai lagi lah. Aku pun sampai tak kenal dibuatnya.
Korang pun nak join gak?
Boleh, jom lah sekali dengan aku ek. Dapat kita jaga kebersihan mulut ni sepanjang hayat. Cantik je gigi korang gak nanti.
Nak boleh gak tengok video cam ne selebriti-selebriti mengekalkan tahap sosial mereka yang tinggi dengan Listerine® menerusi video mereka di www.facebook.com/ ListerineMalaysia.
Nak dapat kan Listerine?
Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® kini terdapat dalam sembilan jenis varian berbeza dan boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan farmasi terkemuka di seluruh negara.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut akan Cabaran 21 Hari Listerine®, sila layari www.listerine.com.my atau hubungi 03-7787 3106 (Isnin hingga Khamis, 9 pagi – 5 petang; Jumaat, 9 pagi – 3 petang).
Itu je, jom cer cepat join ek