Showing posts with label Eastin Hotel Petaling Jaya. Show all posts
Showing posts with label Eastin Hotel Petaling Jaya. Show all posts

Saturday, May 6, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | EASTIN Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum... 

Pada hari Khamis baru-baru ini, Eastin Hotel Kuala Lumpur telah memberi peluang kepada pihak CikLilyPutih untuk merasa hidangan buffet Ramadan bertemakan Warisan Tradisi Kampung D'Utara Ramadan masakan utara (terutamanya masakan Penang, Kedah dan Kelantan) di Swez Brasserie, tingkat 1. 


Penerangan dan dedikasi untuk menyajikan pelbagai jenis masakan utara telah diberikan sendiri oleh ketua Chef Swez Brasserie. Antara menu yang menjadi tarikan utama buffet Ramadan tahun ini ialah Kelapa Bakar, Sup Daging, Nasi Kandar dan Mee Laksa. Tak lupa juga menu kegemaran ramai iaitu Kambing Bakar yang dimasak sekali dengan nasi. 





Selain itu, para tetamu boleh merasa pelbagai menu unik lainnya seperti Malaysian Folder Pizza, Ink Squid Noodles, dan macam-macam lagi. Kenalah mai baru boleh tahu! He he! 

Kesemua hidangan ini boleh dinikmati dengan harga yang tertera di bawah. Booking lah awal untuk menikmati harga diskaun hamper 50% daripada harga asal. Berbaloi-baloi!


Early Bird Special 

Price: RM72 nett per person 
Validity: 29 May – 2 June 2017 

Special Buffet Price & Weekend Special 

Price: RM100nett/adult RM50/child 
Validity: 29 May – 4 June / 10 – 11 June / 17 – 18 June / 22 – 23 June 

Normal Price 

Price: RM142nett/adult RM72/child 

Booking boleh dibuat di sini : http://www.eastin.com/kuala-lumpur/


Info sampingan lainnya: 

Parking flat rate RM5 selepas pukul 6 petang 

Ruang makan yang luas dan selesa. 

Terima kasih kepada blogger Jard kerana sudi menjadi wakil untuk team CikLilyPutih ke buffet ramadhan 2017 di Eastin Hotel Petaling Jaya baru-baru ni.

Korang nak jadi wakil Cik Lily Putih tak?..
Kalau nak bagitau ek...



Wednesday, February 11, 2015

Berhujung Minggu Di EASTIN HOTEL Petaling Jaya

Hi Korang,



Cuti Wilayah hari tuh ktorang tak kemana pun

seronok plak bergambo kat cermin ni ek

Yelah orang wilayah je yang cuti panjang, orang German cam aku ni keja cam biasa kan. Tu yang ktorang tak ke mana pun. Tapi nasib baik Ms Ash dari Eastin Hotel Petaling Jaya ni ajak ktorang bermalam di sana masa cuti wilayah tuh.

Haruslah tak lepaskan peluang kan, bercuti-cuti Malaysia dalam Kuala Lumpur je.


Citer sket mengenai Eastin Hotel ni ek

We’re a 5-star business class hotel of international standards with uncompromised Malaysian hospitality. Situated at the heart of Malaysia’s pulsating commercial district, Eastin Hotel Petaling Jaya keeps you close to city conveniences, meeting the needs of today’s corporate travellers. Enjoy a wide array of leisure facilities. Feast on highly-acclaimed cuisine. Conduct groundbreaking events. Our dedication to making business a breeze has earned us the recognition “Best Business Hotel” for four consecutive years – and we’ll stop at nothing to make you feel at home, away from home.

Bila aku citer semua orang ingat Eastin ni business hotel so tak de menda nak di leisure kan pun. Ermm ternyata korang salah ek. Memacam yang ktorang buat kat sini tau.


apsal blur plak ni ek

Ktorang check in dah petang gituh dalam kul 4pm cam tu, sebab baru balik dari food review di MOZER’S Bukit Jelutong walaupun dekat tapi jalan jem uolls. Masa registration tak de banyak bunyi pun, bagi je reference no dan sekejapan diorang siapkan semua details. Yang best tuh siap ada ‘bell boy' hantarkan beg ktorang ke bilik walaupun bukan ada beg besar pun. Maybe tu dah tugas diorang, banyak sikit mesti ke hantar kan.


Comey tak bilik ktorang no 929.

king bed, master bedroom

hah luas kan

bilik kedua, 2 single bed

Ini bilik Family Deluxe. Ada 2 bilik. 1 bilik yang katilnya king size dan 1 bilik lagi ada 2 single bed. Memang sangat-sangat besar. Harga dalam RM530++ untuk walk in guest tapi kalau korang book guna Agoda of courselah lagi murah daripada harga ni.

ade compliment fruits dan coklat lah dari Eastin

jom makan coklat sambil amik gambo






Dengan bilik air siap bath tub, tempat shower lagi. Lepas tu ada plak bilik air satu lagi kat hall area. Kira tak ganggu lah tuan punye bilik air kalau ada guest datang kan. Ewah dah macam rumah plak.

 bilik closet kecik, just nice je


alo alo..

nak buat air panas, semuanya ada

Di sebabkan adik ipar aku malas nak join ktorang untuk weekend gateaway ni, ermm mentang-mentang dalam KL malas ko nak ikut kan, so aku pun ajak blogger nannie bersama anak-anaknya. Dia je yang available time tu, so terus bagitau dia yang ktorang dah ada kat sini.




malas nak mandi, bergambo jelah dulu


Petang tu ktorang tak kemana pun, lepas abis je tengok running man,  just lepak kat swimming pool je. Itu pun sekejap je coz hujan renyai-renyai plak dah

memula lepak kat sofa dulu, kemudian terus tertido

Melayan kerenah anak-anak si nannie ni, Mr Big bantai lepak dalam bilik. Katanya bantal dan tilam tu empuk sangat sampai nak bangun pun malas. Selesa betul, kena plak ada tv dalam bilik, lagi lah dia malas nak ktorang ktorang pi swimming kan.


Malam plak, ingatkan nak dinner kat bawah je tapi Mr Big pi ajak makan kat Damansara Uptown. So keluar jugak lah, alah dekat je pun. Memacam pilihan makanan ada, makan duk lepak borak-borak then terus balik.

Lupa plak nak cuba service shuttle diorang ni. Rupanya pihak Eastin Hotel Petaling Jaya ada sediakan shuttle service untuk guest yang menginap di sini. 


Di antara tempat yang diaorang boleh hantar dan jemput ada 1 Utama, Mid Valley, Bangsar, KL Sentral. Senang kan!










Esoknya, pepagi dah bangun ni coz nak pi breakfast kat Swez Brasserrie. Lama benau tak breakfast kat hotel kan. International Buffet tuh, of courselah kena makan tak henggat.








Memacam ada, alah korang layan jelah gegambar ni. Tak ucap dengan kata-kata betapa seronoknya dapat makan memacam di pagi-pagi hari. Rezeki tu kan.

view dari bilik, hah tak de orang jom terjun




sejuknye air, nak mandi ke tak ek

Naik bilik tukar baju then sambung swimming lagi. Of courselah bebudak kan, itu jelah kerja diorang. Eleh aku pun sama gak. Memula lepak-lepak tepi kolam lepas tu terjun tiruk terus hahahaha. Orang pulak tak ramai so lama lah berendam kan.







Sementara nak tunggu bebudak ni, naik atas aku sempat singgah ke gym di tingkat 3 dalam hotel Eastin ni. Ermm tak de orang pun nak guna kan, so aku pun masuklah

Mehlah bersenam sekejap kan. Walaupun guna mesin exercise yang macam kayuh basikal tuh, nampak duduk je tapi penat oo mengayuh. Sambil tengok tv sambil mengayuh, adalah dalam 1 jam duduk dalam bilik gym tuh kan.

tilam dan bantal hotel empuk kemain wei

tido lagi plak ko ni kan..

Ermm rasa sedih plak nak tinggalkan bilik 929 ni ek. Packing beg baju slow je, dah siap kemas tuh sambung balik tengok tv kan. Dalam kul 2 lebih cam tu baru check out then terus balik rumah.

view bilik ktorang, cantik kan

banyak rumah orang kaya kat belakang nie


Sebenarnya kalau nak merehatkan badan dan minda tu memana pun boleh, tak yah nak keluar KL sangat pun untuk weekeend gateaway. Banyak je tempat-tempat yang boleh kita lawati dan berehat contohnya macam Eastin Hotel ni lah.


Eastin Hotel Petaling Jaya
13, Jalan 16/11 
Pusat Dagang Seksyen 16, 
Petaling Jaya 46350, Malaysia

Next time aku nak datang ke sini lagi untuk mencuba japanese cuisine diorang ni. Dengar-dengar ramai yang cakap sedap sushinya.

cheers everyone..