Hi Korang,
Memang setiap minggu kalau ke pasar, daging adalah salah satu bahan yang kak lily akan beli untuk di jadikan menu masakan. Biasanya kak lily akan beli daging tempatan bahagian batang pinang kerana ianya lebih lembut dan cepat untuk di masak.
Tapi kalau ke supermarket memang daging Australia ni yang kak lily pilih ianya sudah pun di potong mengikut saiz-saiz untuk pelbagai jenis masakan.
Kalau korang nak tau yang daging lembu Australia merupakan daging premium yang berkualiti dan sedap dipromosikan dibawah True Aussie Beef di pasaran antarabangsa sememangnya sentiasa menjadi pilihan buat peminat-peminat daging. Bukan sahaja teksturnya yang terbaik, bahkan cara penyediaannya juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Tidak kira samada kita sememangnya cekap dan berpengalaman memasak. Bahagian daging lembu seperti Wagyu dan Angus boleh dinikmati dalam kepelbagaian potongan berbeza dan gaya memasak
Sememangnya daging lembu memberi banyak manfaat dari segi nutrisi pemakanan. Makanan yang dapat menjadi sebahagian diet sihat untuk keluarga. Daging merah selain daripada sedap ia juga merupakan sumber protein, zat besi, zink dan nutrien penting yang lain.
Untuk pengetahuan korang daging lembu Australia adalah dari lembu yang dijaga khusus makan rumput sihat, diberikan juga bijirin organik dan perkembangan pembiakan dipantau. Sebilangan besar lembu Australia adalah dibesarkan di padang rumput terbuka dan diberikan makan rumput Australia secara semula jadi. Ini menjadikan daging lembu mereka rendah dalam lemak dan kolesterol, selain daripada menawarkan tahap asid lemak Omega 3 yang lebih tinggi.
Industri daging merah Australia mempunyai reputasi global sebagai pembekal produk yang bersih, selamat dan semula jadi, disokong sepenuhnya dengan disease-free status dan sistem keselamatan dan integriti makanan yang maju.
Menurut Pengarah Urusan Meat & Livestock Australia (MLA), Jason Strong, industri daging merah (Australia’s red meat industry) Australia merupakan antara yang mempunyai sistem pengeluaran daging terkemuka di dunia. Bukan sahaja dapat memenuhi kehendak separuh tanah besar penduduk Australia bahkan masyarakat dunia
MLA baru-baru ini telah melancarkan “Red Meat, Green Facts” bersempena kempen Beef Australia 2021. Di mana telah disediakan pocket guided “fakta pantas” dan penyediaan sumber dalam talian maklumat penting mengenai pengeluaran lembu, biri-biri dan kambing di Australia. Dengan memberi fokus khusus pada kesejahteraan haiwan, melindungi persekitaran dan kesihatan serta pemakanan.
Selain itu MLA juga terlibat didalam projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) keselamatan makanan rantaian bagi menyokong akses pasaran untuk industri daging merah Australia dengan meningkatkan integriti produk. Tidak dinafikan daging lembu memainkan peranan penting sebagai salah satu sumber makanan di Malaysia, terutama di kalangan pengguna orang Islam. Daging lembu Australia yang diimport ke Malaysia sememangnya mematuhi undang-undang, mengikuti standard ketat yang diperlukan untuk menghasilkan daging dan produk daging yang halal, dengan penglibatan dan kepakaran organisasi Islam dalam menyelia dan memperakui proses pengeluaran.
Australia adalah pembekal daging lembu kedua terbesar ke Malaysia, dengan bahagian pasaran sebanyak lebih kurang 12%. Ia juga merupakan pembekal daging lembu sejuk terbesar, menyumbang hampir 90% import daging lembu sejuk kepada negara. Beef Australia ada ditawarkan di pasar raya besar di seluruh negara. Kita boleh dapatkan daging premium ini dengan memastikan terdapatnya logo True Aussie Beef di atasnya.
Menurut MLA Global Consumer Tracker Malaysia, 2020, permintaan daging lembu per kapita agak tinggi di Malaysia iaitu sekitar 7kg setiap orang setahun, berbanding dengan purata 5.4kg di rantau lain. Daging lembu Australia adalah daging kegemaran bagi banyak keluarga Malaysia, terutama di kalangan mereka yang berpendapatan sederhana hingga tinggi.
Promosi Great Aussie Beef Escape
Daging lembu Australia juga dipercayai menawarkan stik berkualiti tinggi dan tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia menjadikannya sebagai pilihan pertama dalam pembelian daging lembu. Menerusi Kempen True Aussie Beef Up dimana akan dikongsikan resipi berkhasiat dan praktikal menggunakan daging lembu Australia.
Pengguna bukan sahaja dapat menikmati stik daging lembu dan hidangan yang dibuat dari daging lembu Australia dari restoran yang mengambil bahagian. Bahkan pengguna juga boleh membeli daging lembu Australia dan memasaknya di rumah sekaligus boleh menyertai peraduan memasak bersempena dengan Promosi Great Aussie Beef Escape.
Peraduan ini akan diadakan dari pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos 2021.
Webinar Beef Up Yang Sangat Berinformatif
Oh yer kak lily juga sempat menyertai Webinar Beef Up yang dianjurkan minggu lepas.
Banyak informasi yang telah dikongsi terutama dalam memahami kebaikan daging lembu dari Australia. Antaranya adalah dari Mr. Sanjay Boothalingam (Australian Agriculture Counsellor, Australian High Commission), Madam Mary Easaw (Pakar Perunding Diet) dan Chef Victor Chow.
Sanjay Boothalingam berkongsi bagaimana daging lembu dan kambing Australia menjaga kualiti, dan mematuhi garis panduan halal. Manakala Madam Mary Easaw membincangkan mengenai pemakanan daging lembu, menekankan kualiti dan kebaikan daging dari sudut kesihatan, mengapa kita memerlukan daging merah dan bagaimana ia memberi manfaat kepada kita.
Chef Victor Chow pula berkongsi idea resepi dan petua memasak daging lembu yang ringkas dan praktikal. Chef juga ada membuat demonstrasi masakan terutama cara mengendalikan daging lembu untuk mengekalkan khasiatnya. Ini terutama bagaimana cara memasak daging lembu dengan betul.
Di antaranya resipinyer :
Daging adalah sumber zat besi yang baik. Untuk mendapatkan jumlah zat besi yang sama dengan 100g daging lembu yang dimasak, anda perlu makan setengah kg bayam. Menurut sumber dari Nutrition Australia, zat besi dari daging mudah diserap. Begitu juga dengan khasiat Zink dari daging juga mudah diserap badan dan penting untuk perkembangan tulang yang sihat, kesuburan serta ketahanan badan.
Selain itu, daging merah juga adalah sumber omega-3 yang baik terutama daging lembu dari Australia. Sumber protein ini secara semula jadi kaya dengan protein dan mempunyai 12 vitamin dan mineral penting - zat besi, zink, omega-3, magnesium, selenium, niasin, kalium, fosforus, Vitamin B5, B6 dan B12. Ini penting untuk fungsi otak, perkembangan otot, imuniti dan tenaga.
Daging merah tanpa lemak mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah daripada ayam. Daging lembu mempunyai purata 2.7g lemak per 100g berat mentah sementara ayam tanpa kulit adalah 3.5g.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari:-
2 comments :
Psst dah ready nak masak ke tu? Kalau dah, kita nak singgah rasa ye kelak
Sedap betul Aussie Beef and Lamb ni.. boleh try la.. drooling tengok ni bah..
Post a Comment