Hi Korang,
Lama tak publish citer pi travel ek.
So hari ni, aku nak citer pasal trip ke Langkawi ktorang 3 bulan lepas. Ishk memang dasar pemalas betul kan..
So hari ni, aku nak citer pasal trip ke Langkawi ktorang 3 bulan lepas. Ishk memang dasar pemalas betul kan..
Biasalah aku kan suka #throwback kan.
Ni aku nak citer pengalaman mandi laut bersama ikan-ikan comel termasuk ikan nemo dan baby shark di Pulau Payar Langkawi ni.
Ni aku nak citer pengalaman mandi laut bersama ikan-ikan comel termasuk ikan nemo dan baby shark di Pulau Payar Langkawi ni.
Sebenarnya pakej ni, ktorang punye agent yang cadangkan. Selalunya asyik pi snorkelling dekat-dekat je kan, why not tukar angin snorkeling pulau tak de orang duduk ni. Pulau Payar ni kira macam pulau yang di wartakan untuk tempat pelancongan so memang tak de apa pun kat sini kecuali pulau yang cantik.
Van shuttle amik ktorang dari hotel dan terus ke Jeti Kuah sebab kena naik feri dari Jeti Kuah ke Pulau Payar yang ambil masa dalam 1 jam gituh. Ntah aku lupa la plak, naik ferry je terus tertidur. Celik mata dah sampai pun.
Rupanya ada 2 pakej untuk bersnorkeling di sini.
Untuk pakej yang boleh lepak kat pontoon tengah laut yang siap ada buffet lunch bagai tuh, harganya dalam RM300 seorang. Untuk pakej snorkeling biasa dalam RM200 seorang tapi lepak tepi pantai dan di siapkan makan sekali but dah siap pack gituh lah. Tapi korang baik adjust baik punye, dapatlah harga murah yang kat pantai tuh.
Bagi orang yang hado-hado cam ktorang berdua ni haruslah amik pakej yang murah tuh hehhehehhe. Setakat buffet lunch je pun kan, aku bawak makanan penuh sebeg ni beli coklat kat depan hotel tuh.
Sesampai je kat tepi pantai tu, ada safety briefing daripada penganjur apa yang boleh dan apa yang tidak. Tapi aku bukan dengar pun, sebab mata dan hati dah tertumpu pada laut yang jernih tu kan. Ishkk memang tak sabar time tuh. Sebelum tuh collect google set dulu, siap semua di sediakan sekali dalam pakej.
Once dia kata dah boleh mandi, terus je aku terjun masuk laut kan.
Hahahahaha perangai cam bebudak kata Mr Big
Merebut-rebut dengan bebudak kecik yang sibuk nak tangkap ikan nemo tapi tak kesampaian kan hahahha. Sangat sangat sangat keindahan bila kita snorkeling dalam laut, padahal tepi pantai je tuh. Ikan memang bersepah-sepah lalu-lalang sebelah ktorang. Siap kene gigit manja dengan ikan pun ada gak.
Haruslah bertapa dalam laut selama mungkin, sampai diorang panggil naik makan pun aku cam buat dek je.
So Mr Big yang jaga beg sekejap, tukang ambik gambar, collect makanan semuanya dia buat. Aku duduk je dalam laut tuh main air.
So Mr Big yang jaga beg sekejap, tukang ambik gambar, collect makanan semuanya dia buat. Aku duduk je dalam laut tuh main air.
Sedar tak sedar dah petang pun, ermm kemas-kemas untuk balik. Last shot bergambar semua kan. Jumpa kawan baru, jatuh tergelincir kat jeti sebelum naik feri hah itu aku lah kan.
Boleh hujan plak masa ktorang balik tu, of courselah laut bergelora. Berdetap detup jugak jantung on the way nak balik ke Kuah tuh, tapi sampai jugak ktorang dengan selamatnya.
Boleh hujan plak masa ktorang balik tu, of courselah laut bergelora. Berdetap detup jugak jantung on the way nak balik ke Kuah tuh, tapi sampai jugak ktorang dengan selamatnya.
Sampai je bilik hotel, mandi-mandi bersiap terus keluar pi cari makan kan sebab baru teringat perut tu lapo hehehhehe
hitam legam muke memasing dek berjemur tengah panas kan
Sesungguh memang sangat seronok dan berbaloi dengan apa yang dibayar. Satu pengalaman yang yang mengasyikkan yang betul-betul release tension bagi ktorang yang sukakan laut.
Perasan tak dalam entry ni tak de gambo ikan satu pun?
hah itulah sebabnya terlupa nak snap masa snorkeling hari tuh hahahaha.. leka duk tengok ikan berenang ke sana ke mari..
Perasan tak dalam entry ni tak de gambo ikan satu pun?
hah itulah sebabnya terlupa nak snap masa snorkeling hari tuh hahahaha.. leka duk tengok ikan berenang ke sana ke mari..
8 comments :
Wah...bolwh honeymoon kat sini ni kan...
Dapat peluang pergi kat tempat cenggini memang boleh hilang stress dan rasa tenang je fikiran kan
cantiknya pntai dia..jernih...
Okaylah nak pergi juga berenang renang , padahal snorkel pun tak tau. Jangan lemas udah ler. :D
cerita 3bln lepas? baby shark tu mesti dah besar kan skang ni haha
Akak orang Perlis tapi P.Langkawi ni rasanya 14 tahun lebih dah tak pergi... Suka laut yang jernih tu...
rindu nak tengok nemooo..huhu
Bestnye!!!
comel gmbr berdua last skali tu. muke puas hati beremdam kan :)
haah.. gigih membaca sampai ayat last xde gmbr nemo punnnnn :P
Post a Comment