Friday, July 11, 2014

Buka Puasa Di SOI23 Pacific Regency Hotel Suites

Hi Korang,

Kali ketiga buka kat KL dalam bulan puasa ni.


Nasib baik hari tuh aku dengan Mr Big cuti coz ada hal family matters, kalau tak mesti sampai lambat punyalah. Nak-nak pulak location tempat ni di tengah-tengah KL kan.

Ktorang sampai agak awal ke Pacific Regency nie, tak de nak bua tapa terus nak ke tingkat 23 dan tunggu je terus dalam restoran. Nak menunggu orang lain, main jelah gadget memasing.


Untuk bulan puasa ni, Soi23 menghidangkan buffet bertemakan ‘Resipi Ibunda’. Di antara yang special adalah Rendang Daging Hiris Daun Kunyit, Siakap Goreng Berempah, Sambal Goreng Udang Petai, Ayam Penyet dan Soi Kambing Kuzi berserta ulam-ulaman dan kerabu yang authentic.



Sementara nak tunggu azan, ktorang beramai-ramai pi serang buffet dish tu coz nak amik gambar. Korang tengok jelah gegambar ni.


















Ok dessert plak,





Ermm mengancamnya..

Haruslah terbuka selera kan sekarang ni walaupun lama lagi time berbuka.





Untuk buffet ‘Resipi Ibunda’ ni, ianya bermula dari 1hb Julai 2014 hingga 27hb Julai 2014.

Harga buffet ramadhan di Soi23 Restaurant ni adalah

RM88++ untuk dewasa
RM44++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)


Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2332 7777 ext 6807 atau email ke fnbadmin@pacific-regency.com

Jom kita ke


Pacific Regency Hotel Suites,
KH Tower,
Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee
Kuala Lumpur

Tel : 03-2332 7777


Mentang-mentang ktorang ni ramai, di berinya tempat yang istimewa. Hah ko, duk borak sambil nak abis waktu buffet kan..

6 comments :

sitirohaida said...

makan sampai lebam la jawabnya...best nya..

Rizziela said...

tahun ni mcm x ada harapan nak berbuka kat hotel

Hazmin Hamudin said...

fuh.. asyik makan buffet je eh. meriah betul

Suria Amanda said...

Wah...bestnya...semuanya menarik la....nak2 kambing tu,..pilihan hati SA memang kambing....sedapnyaaaa....

maszull said...

assalamualaikum CLP...semua makanan kat sini nampak sedapnya...:)

hazman fadzil said...

wow.... tang sambal udang petai tu memang best beb sebab udang dah siap kopek , tinggal nak ngap je la kan...