Hi Korang,
Aku memang suka pi event yang berkaitan dengan BEAUTY ni.
Bukan apa, seronok dapat belajar sesuatu yang baru dalam diri kita ni. Daripada workshop sebegini kita lagi lebih berilmu dalam memilih sesuatua produk untuk kulit kita.
Macam hari tu aku ke pelancaran produk kecantikkan ‘NEESYA’ di Swensen Subang Parade. Pi plak dengan YanaYassin, nasib baik ada geng. Sampai sana rupanya ramai beauty bloggers yang aku kenal pun ada.
Jenama ‘NEESYA’ ni merupakan produk keluaran Skinsworkz Sdn Bhd, syarikat yang 100% milik anak tempatan yang merupakan perintis pakar produk penjagaan kulit lutsinar. Ianya menjanjikan bantuan kepada para pengguna mencapai darjah terbaru dalam pencerahan kulit serta tona yang lebih menyerlah dan sihat.
Teknologi Neesya LumiScience°™, yang merupakan formulasi “trademark” syarikat tersebut, menggunakan pendekatan 360 darjah dengan menggabungkan faktor fisiologi kulit, faktor pencerahan kulit, dengan penggunaan bahan pencerah, hidrasi serta anti oksidan yang dirumus khas.
Rumusan produk penjagaan kulit Neesya adalah dijamin halal. Selain itu, harga produk juga dipastikan berpatutan dalam lingkungan RM29-RM79 dan menepati bajet kebanyakan pengguna yang menginginkan produk berkualiti antarabangsa.
Rangkaian produk Neesya adalah dirumus berdasarkan 3 prinsip :
MENCERAH, MELINDUNG, MEMPERBAHARUI
Setiap satu produk Neesya apabila digabung dalam penggunaannya, membantu dalam memberikan kesan yangefektif untuk menda patkan kulit yang tampak sihat dan berseri secara semulajadi, bak kilauan berlian.
Ni kat bawah ni ada 11 jenis produk NEESYA ni untuk semua jenis kulit
LumiScience° ™ Illuminating Essence
Lumi° ™ Brightening Toner
LumiScience° ™ Hydrating Serum
Lumi° ™ Brightening Enzymatic Refiner
LumiScience° ™ Brightening Eye Gel
Lumi° ™ Brightening Day Cream SPF20
Lumi° ™ Brightening Milk (akan datang)
Lumi° ™ Brightening Night Rejuvenator
Lumi° ™ Brightening Gel Cleanser (Soap Free)
Lumi° ™ Brightening Overnight Mask
Skin Essentials Eye & Lip Make-‐up Remover
Lepas abis presentation tuh, dapatlah ktorang mencuba sendiri produk NEESYA ni. Yang best tuh, aku plak yang dipanggil menjadi model untuk diorang test kat tangan kan. Alah jadi model tangan pun tak per, janji dapat mencuba benda baru ni kan.
Memang boleh rasa perbezaannya walaupun tak nampak dengan mata kasar but aku boleh rasa bezanya tu kat tangan. Lembut, halus dan rasa segar.
Ok ok sudah tu, jom kita enjoy makan aiskrim kat Swensen ni. Sedap ooo. Coklatnya masyuk.
Kemudian, ktorg pi ke flagship NEESYA store ni. Alah dalam Subang Parade gak, kat situ boleh test semua produk. Kecil tapi simple dan very bright. Aku suka kedai cam ni, boleh nampak semua kan. Borak-borak kejap dengan ladies bloggers ni tukar-tukar citer pasal ek mana boleh cakap rahsia..
Anyway thank you NEESYA for this very informative briefing pasal skincare product ni. Kalau serasi dengan kulit muka aku, haruslah beli kan. Dengan harga cam tu, mana korang boleh dapat kat luar sana.
Untuk lebih lanjut korang nak tau pasal NEESYA ni , korang boleh klik ke Facebook : NEESYA dan check it out Website : NEESYA ye..
Tak sabo nak cubalah...
4 comments :
untuk muka berseri raya nanti :)
memang seronok belajar sesuatu yang baru
mantop awek yang jaga produk tu.. eheheheheee
Hi sis.. dah nak seminggu pakai kan? how's the feedback..ok? I tengok mcm elok je nak lagi harga murah..
Post a Comment