Thursday, May 29, 2025

TAOBAO MALAYSIA Lancar Jualan Pertengahan Tahun 618 Terhebat Dengan Muka Baharu Dalam Tiga Bahasa

Hi Korang,

Taobao Malaysia hari ini mengumumkan kemunculan semula Jualan Pertengahan Tahun 618 pada tahun ini, disertai pelancaran antara muka baharunya dalam Bahasa Melayu. Mulai sekarang, pengguna di Malaysia boleh menikmati pengalaman beli- belah dalam Bahasa Melayu, Inggeris, atau Cina, sekali gus menjadikan platform e-dagang popular ini lebih mudah diakses dan mesra pengguna. Pencapaian ini merupakan satu langkah penting dalam komitmen Taobao untuk mempertingkatkan pengalaman beli-belah dalam talian tempatan.

Taobao Malaysia launched its grand 618 Mid-Year Sale with a refreshed trilingual interface, enabling all Malaysians to enjoy a more efficient and seamless shopping experience.

Platform ini turut memperkenalkan beberapa kemas kini utama yang bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna. Antaranya termasuk Ciri Carian Imej, yang membolehkan pengguna mengambil atau memuat naik gambar untuk mencari barangan seumpama melalui pengecaman berkuasa AI; ‘Coins Cashback’, iaitu misi daftar masuk harian dan insentif pembelian di penjual terpilih yang menawarkan penghantaran percuma, di mana pengguna boleh mengumpul ganjaran ‘Coins’ dan menikmati ‘Cashback’ bagi setiap pembelian; serta Ganjaran Eksklusif Pengguna Baharu, serendah RMB 1 (bersamaan RM0.62), yang menawarkan promosi menarik khas untuk pembeli Taobao kali pertama. Usaha-usaha ini mencerminkan komitmen jenama dalam menambah baik kebolehcapaian dan kemudahan bagi setiap pembeli, dengan mengurangkan halangan bahasa serta menjadikan pengalaman beli- belah lebih menyeronokkan dan berbaloi.


Jess Lew, Pengurus negara Taobao Malaysia berkata: “Kami teruja untuk melancarkan Jualan Pertengahan Tahun 618 kali ini dengan momentum dan matlamat yang lebih besar. Di Taobao, kami menegaskan semula komitmen kami untuk menghubungkan semua rakyat Malaysia melalui sebuah platform yang bukan sahaja lebih setempat, tetapi juga lebih selamat dan berorientasikan perkhidmatan. Daripada pengenalan antara muka tiga bahasa dan sokongan logistik yang dipertingkatkan, hinggalah ke langkah keselamatan yang kukuh serta promosi yang terlalu menarik untuk dilepaskan, setiap penambahbaikan yang kami lakukan adalah untuk menawarkan pengalaman beli-belah dalam talian yang lebih lancar, lebih selamat, dan lebih berbaloi kepada pengguna di Malaysia.”

Jenama ini turut menyaksikan pelbagai kisah menginspirasikan daripada rakyat Malaysia yang merealisasikan impian keusahawanan mereka dengan menjadikan Taobao sebagai sumber mereka. Pada tahun 2020 dan 2022, Taobao telah bekerjasama dengan kerajaan negeri tempatan agensi dan institusi latihan untuk melancarkan program latihan KOL penstriman langsung LiveNOW, yang bertujuan untuk membimbing dan membangunkan pemimpin pendapat utama dalam bidang penstriman langsung, sambil memperkasakan golongan berpendapatan rendah untuk meneroka peluang baharu dalam era digital. Program ini telah berjaya melatih lebih daripada 500 penstrim langsung dan usahawan digital tempatan generasi baharu.

“Di Taobao, kami sentiasa komited untuk menyokong komuniti tempatan. Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian pelanggan di Taobao lebih cekap dan menyeronokkan dengan meningkatkan keupayaan platform serta menaiktaraf perkhidmatan-perkhidmatan secara tempatan. Pilihan kategori-kategori fesyen dan perabot kediaman yang lebih luas dengan lebih banyak tawaran harga yang berpatutan dan penghantaran sepantas lima hari melalui penghantaran udara yang akhirnya dapat meningkatkan gaya hidup mereka,” tambah Jess.

Lucky draw winners celebrate the launch of Taobao’s Bahasa Malaysia interface, excited to explore the new language option, making shopping on Taobao even easier.

Meraikan Peristiwa Penting yang Bersejarah Ini dengan Promosi yang Tidak Boleh Dilepaskan Untuk menandakan detik yang mengujakan ini, Taobao Malaysia meningkatkan lagi kemeriahan sambutan dengan Jualan Pertengahan Tahun 618 terbesar setakat ini, yang berlangsung dari 28 Mei jam 20:00 hingga 20 Jun jam 23:29, 2025. Para pembeli di seluruh Malaysia kini boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan bersifat setempat, dengan pilihan bahasa untuk semua dan keriangan membeli-belah tanpa had.

Pelbagai tawaran eksklusif dan ganjaran menanti*, untuk masa terhad sahaja:

· Penghantaran laluan laut percuma untuk pesanan melebihi ¥199 (bersamaan RM116) dengan Coins Cashback

· Belanja dan Menang Tiket Penerbangan ke Seoul dengan kerjasama RHB Bank

· Potongan sehingga RM68 bagi diskaun pembayaran serta-merta

· Nikmati diskaun sehingga 50% dengan kod promosi

· Jualan pelbagai produk sehingga 15% diskaun


Taobao 618 mempersembahkan peluang yang tepat pada masanya untuk semua pembeli di Malaysia berjimat sambil mendapatkan barangan yang menambah baik kehidupan harian mereka.

Aplikasi Taobao tersedia untuk dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Raya Taobao Malaysia, sila ikuti kemas kini di saluran media sosial rasmi Taobao Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok, atau layari aplikasi Taobao.



* Terma dan syarat dikenakan, sila kunjungi aplikasi TaoBao untuk maklumat lanjut.

Wednesday, May 28, 2025

Konsert JessC meriah, berjaya ‘pukau’ 5,000 penonton di Arena of Stars, Genting Highlands

Hi Korang,

PENYANYI JessC berjaya memukau 5,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan konsert Jessie Chung World Tour 2025 yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland pada malam Selasa.


Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu menyajikan sebanyak 33 buah persembahan keseluruhannya. Bukan sahaja menyanyi lagu dalam bahasa Melayu, malah JessC turut tampil dengan lagu bahasa Inggeris dan Mandarin.



Tidak hanya itu, JessC turut mencuri tumpuan apabila menyanyi sambil bermain alat muzik seperti piano, keyboard, dan gitar di atas pentas sekaligus menunjukkan kemahiran muziknya yang luar biasa.



Kehadiran tiga artis undangan seperti Lee An Sheng, Fauziah Latiff, dan Lee An Tian sememangnya menggamatkan lagi suasana konsert pada malam berkenaan.

Berterima kasih atas sokongan padu peminat, JessC, berkata, perkara itu membuatkan dirinya berasa sangat terharu.


Jelasnya, sokongan yang diberikan amat bermakna dan ia menjadi pemangkin buat JessC untuk berusaha lebih gigih bagi mencipta karya-karya yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

“Terima kasih banyak atas sokongan anda malam ini!

“Kehadiran anda semua benar-benar buatkan saya rasa terharu!

“Tenaga, sorakan dan cinta anda, semuanya amat bermakna buat saya,” katanya.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh JessC adalah My Style, One Chance, Satu Suara Raya, Dekati, Sinaran, Forever Young dan Expose.

Dalam pada itu, kehadiran suami JessC yang naik ke pentas dan memberikan bunga serta ciuman mesra, disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan penonton.


Detik tersebut menjadi salah satu sorotan paling hangat pada malam itu.

Selain bergelar penyanyi, JessC juga merupakan Certified Therapeutic Musician, dengan kelayakan diploma dalam muzik terapi dari United Kingdom dan Sepanyol.

Penyanyi itu turut memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Perubatan Klinikal Integratif Cina dan Barat dari Guangzhou University of Chinese Medicine (China), PhD dalam Sains Kesihatan dari Charisma University, serta merupakan Naturopathic Doctor yang diperakui oleh American Naturopathic Medical Certification Board (ANMCB) di Amerika Syarikat.


Dengan latar belakang perubatan serta kepakaran dalam Naturopatik dan terapi muzik, JessC mendedikasikan dirinya untuk menggunakan muzik sebagai alat pemulihan fizikal, emosi, dan rohani.

Melalui melodi yang menyembuhkan hati, lirik yang menjernihkan minda, dan vokal yang meniupkan harapan ke dalam jiwa, karya JessC telah menyentuh ramai pendengar yang sedang bergelut dengan penyakit, kemurungan, kebimbangan, dan detik-detik tergelap dalam hidup.


Tuesday, May 27, 2025

MR D.I.Y. meraikan kecemerlangan dalam pertandingan seni bertemakan “Identiti dan Kepelbagaian”

Hi Korang,

Dua karya seni yang menyentuh emosi dan menyelami tema kenangan, budaya dan ketabahan telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama Pertandingan Seni MR D.I.Y 2025, sejajar dengan tema pertandingan tahun ini, “Identiti dan Kepelbagaian”.

Karya-karya pemenang tersebut – salah satunya menggunakan gabungan foto lama dan media campuran bagi meneroka warisan dan pemeliharaan budaya, manakala satu lagi mengisahkan perjalanan peribadi dan negara semasa pandemik COVID-19 – menonjol dalam kalangan lebih 1,000 penyertaan yang diterima dari seluruh negara.

MR D.I.Y. Group, Yayasan MR. D.I.Y.  and panel judges with the Grand Prize winners Mohd Al-Khuzairie Ali (left) and Nasrin Nadhirah Suhaidi (right)

Kini memasuki tahun keempat penganjurannya, pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, dengan kerjasama cabang amalnya, Yayasan MR D.I.Y. Hasil karya 41 karyawan tempatan telah diiktiraf dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung hari ini di KEN Gallery, Menara KEN TTDI. Lebih RM200,000 hadiah wang tunai telah disampaikan, termasuk RM30,000 dan RM10,000, masing-masing untuk pemenang Hadiah Utama dalam kategori Awam dan Institusi Pendidikan.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, “Pertandingan Seni MR D.I.Y. meraikan keupayaan seni untuk mencetuskan pemikiran, menghubungkan komuniti dan menginspirasi perubahan. Tema tahun ini, ‘Identiti dan Kepelbagaian,’ menggalakkan karyawan untuk meneroka identiti peribadi dan kolektif dalam masyarakat global masa kini. Kami berharap karya-karya ini mampu menginspirasi rakyat Malaysia untuk meraikan perbezaan, menghargai kisah yang dikongsi bersama, dan memandang dunia dengan empati yang lebih mendalam.”

Beliau turut menambah bahawa sebagai peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. berbangga dapat menyokong bakat tempatan dengan menyediakan platform yang bermakna untuk mereka berkongsi idea, kisah dan kreativiti masing-masing.

Tahun ini juga menyaksikan perluasan pertandingan tersebut ke peringkat serantau buat pertama kalinya. Pemenang peringkat kebangsaan yang diumumkan hari ini akan mewakili Malaysia di pentas serantau, menawarkan platform yang lebih besar dan pendedahan di peringkat antarabangsa.

“Kami amat teruja untuk mengorak langkah ini kerana ia membolehkan para karyawan kita menyerlah dan menerima penghargaan di peringkat serantau,” kata Ong. “Peluang ini amat besar ertinya kepada para karyawan di seluruh Asia dan merupakan salah satu cara kami menambah nilai kepada komuniti di mana kami beroperasi.”

Hadiah Utama Kategori Awam telah dimenangi oleh Mohd Al-Khuzairie Ali, 41, menerusi karyanya yang bertajuk “In the Mood of Love, Time and Memory”. Dengan menggunakan media campuran dan foto vintaj, Al-Khuzairie meneroka kaitan antara masa, memori dan identiti. Karya ini meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sambil menekankan kepentingan pemeliharaan warisan dalam dunia yang sentiasa berubah. Para juri memuji karya seni tersebut kerana kedalaman emosi, lapisan tekstur, dan naratif visualnya yang kuat.

The winners of the MR D.I.Y. Art Competition 2025! 

Bagi Kategori Institusi Pendidikan, Nasrin Nadhirah Suhaidi, 21, pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak, memenangi hadiah utama menerusi karya yang berjudul “Harapan”. Lukisan ini menggambarkan pengalaman peribadi beliau menghadapi kehilangan semasa pandemik, termasuk pemergian ibunya, sambil memberi penghormatan kepada ketabahan dan kekuatan kolektif rakyat Malaysia. Juri menyifatkan karya ini sebagai “sangat menyentuh hati dan penuh harapan dalam kesunyian.”

Kedua-dua pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000 (kategori awam) dan RM10,000 (kategori institusi pendidikan). Mereka akan mara ke peringkat akhir serantau bersama pemenang Anugerah CEO dan pemenang Anugerah Pilihan Pengasas.

Barisan panel juri bagi edisi 2025 terdiri daripada artis tersohor tempatan iaitu Encik Bingley Sim, Cik Leong Mei Yin, Encik Yap Sau Bin, dan Encik Ivan Gabriel, bersama-sama Pengasas dan Penasihat Kumpulan MR D.I.Y., Encik Tan Yu Yeh serta Ketua Pegawai Eksekutif, Adrian Ong.



Orang ramai dijemput untuk mengunjungi pameran karya seni pemenang di Galeri KEN, Menara KEN TTDI, bermula 23 hingga 28 Mei 2025.

Dilancarkan pada tahun 2022, Pertandingan Seni MR D.I.Y. bertujuan untuk memupuk bakat seni tempatan dan menyemarakkan ekosistem kreatif yang inklusif dan dinamik di Malaysia. Menerusi platform ini, MR D.I.Y. dan Yayasan MR D.I.Y. terus memperjuangkan seni dan budaya sebagai pemacu utama dalam membina komuniti, identiti dan hubungan sosial yang bermakna.

Untuk senarai penuh pemenang edisi 2025 dan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Seni MR D.I.Y., sila layari laman web mrdiy.com, dan media sosial di Facebook, Instagram, dan TikTok.


















Mengenai Kumpulan MR D.I.Y dan Yayasan MR D.I.Y.

MR D.I.Y. Group (M) Berhad ialah peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 1,400 cawangan di seluruh negara dan di Brunei, merangkumi pelbagai jenama termasuk MR. D.I.Y., MR. DOLLAR dan MR. TOY. Syarikat ini juga merupakan pemegang francais induk untuk jenama EMTOP di Malaysia. Dengan kira-kira 17,000 produk merentasi lima kategori utama, Kumpulan ini komited untuk menawarkan kemudahan, nilai terbaik, dan janji “Always Low Prices” di kedai fizikal dan dalam talian.

Yayasan MR D.I.Y., cabang amal Kumpulan ini, ditubuhkan pada tahun 2023. Yayasan ini memberi tumpuan kepada inisiatif masyarakat dalam bidang pendidikan, kelestarian alam sekitar, serta seni dan budaya. Pada tahun 2024, Yayasan ini telah melaburkan sebanyak RM1.2 juta dalam pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada lebih 95,000 penerima, sejajar dengan misinya untuk memperkasa komuniti dan menghasilkan impak yang berkekalan.



Wakil untuk Pertanyaan Media:




Zuhair Zarudin (Mr)

PR Manager

ROOTS PR

zuhair@rootsasia.com

+6017 398 0387

Siti Aisyah Rosli (Ms)

Assistant Manager (Advertising & Promotion)

MR D.I.Y.

siti.aisyah@mrdiy.com

+6012 346 7744