Hi Korang,
Dari awal tahun sampailah sekarang ni, hujung minggu kak lily sangat-sangat penuh. Bayangkan sampai pertengahan March 2019 weekend dah plan aktiviti ye, sangat-sangat hectic hidup seorang yang bernama Cik Lily Putih.
Dah ler siang malam kerja di tambah lagi dengan hujung minggu yang penuh so dimana masa berehatnyer?? Nan hado lah kan, berehatnya cam ni lah outing dengan kengkawan, dengar khabar kengkawan, lepak minum kopi dengan kengkawan so itu jelah masa yang ada.
Kebetulan sabtu minggu kedua tuh ada keje sket kat area Ukay Perdana ni, so kitorang ambil kesempatan untuk abiskan masa kat KL ye. Itulah duduk hujung dunia lagi jadi masa ni lah nak buang masa jalan-jalan. Nak tau lepak kat mane?? Ermm KLCC boleh hahhahahhaha poyo ek. Padahal KLCC depan opis Mr Big je dan kak lily manjang ada event kat sana but still tak dapat jugak nak berjalan-jalan sepenuhnya cuci mata kan.
Abis tawaf satu KLCC dan duit pun dah bertaburan di sini, ktorang minum petang di Menara Polo.
Sebenarnya ada makan-makan dengan kengkawan sekolah Mr Big dan kebetulan ktorang pun tak de apa plan mohlah terjah ke sana. Tak de bawak apa pun, Mr Big just pi beli Garret Popcorn tuh 2 beg udah ler. Kiranya ada jugak membawak makanan kan hehehhe
La Menara Polo ni betul-betul tengah town ye dalam area Kg Pandan hah belakang G-Village ni, barulah tau. Memang sekelilingnya condo je kira boleh sesatlah kalau diorang tak share location.
memasing dah 40 dah hah... dah masuk kategori remaja purba hehehehe
nampak, makan tak henggat. Semua nak di makannya sekaligus hahaha
Kira macam small gathering cam tu lah, alah sekadar jumpa-jumpa makan-makan borak-borak kat rumah one of his friend ni. Alah lepak kat tepi pool jelah, sembang-sembang kosong tanya khabar dan plan untuk buat next reunion kan.
Of courselah kak lily datang nak makan je sebab manalah tau hal diorang sekolah-sekolah dulu kan. Tup-tup kak lily terus kena jadi one of the AJK untuk next reunion sebab bagi suggestion untuk next location hahahha alah tak per dah biasa dah organize event ni kan so tak de hal brooo!!
tuan rumah yang tudung biru yang depan sekali tuh, TQ KB..
Kira-kira lepas maghrib cam tuh baru ktorang semua balik dari Menara Polo tuh, tqlah tuan rumah coz sudi menaja lokasi makan-makan dan siapkan makanan jugak tau hehehhe
Until jumpa next session ye..
Hah itulah kisahnya menda-menda reunion ni kalau tak plan betul-betul memang tak jadikk..
2 comments :
mmg bz la ko...tp mkn2 syok..cumanya penat la sbb weekend pn byk aktiviti kan hehe
Wow menarik dapat jumpa kawan-kawan lama tu. Tahniah jadi AJK untuk next reunion
Post a Comment