Wednesday, October 24, 2018

Majlis Penyampaian Hadiah Sempena 2nd Anniversary Shop & Win Serta Promosi Hebat Deepavali Di Lulu Hypermarket

Hi Korang, 


Dah lama betul tak ke Lulu ek!! 

Eh bukan apa, jarang lalu ke sana so tak delah singgah so tup-tup last weekend ada kerja kat sana so singgahlah shopping kan hehehehe 

Rupa-rupanya Lulu Hypermarket and Department Store sudah 2 tahun beroperasi di Malaysia sebagai sebuah pasaraya pilihan ramai. Seriously kak lily memang gemar membeli belah kat sini kerana semua keperluan ada di sini dari keperluan diri hingga ke barangan rumah. 


Kalau korang nak tau yang Lulu Hypermarket ni beribupejabat di Abu Dhabi dan mempunyai 45,000 pekerja di 154 cawangan serata dunia termasuklah di Malaysia. 

Inilah cawangan pertama di Malaysia iaitu di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. 

Kak lily dengar cerita tahun depan Lulu akan buka lebih banyak cawangan di 1 Shamelin, Setia City Mall, Bangi Gateway dan Perling Mall Johor Bahru. Jadi lepas ni lebih meriah nak shopping banyak-banyak di Lulu. Ermm Bangi Gateway, hebatlah tuh ek setiap minggulah kak lily ke sana nanti. 

Acara Penyampaian Hadiah Shop and Win 2nd Anniversary Contest. 

Kak lily sempat ke majlis penyampaian hadiah peraduan Shop & Win 2nd Anniversary sebelum membeli belah hari tuh. 


Peraduan yang telah dianjurkan sejak 4 May tahun ini telah berakhir pada 31 Ogos lalu memperolehi penyertaan lebih daripada 200,000 kupon cabutan daripada pelanggan setia. Cara penyertaan mudah jer mereka perlu bebelanja di Lulu Hypermarket RM50 dalam satu resit dan layak untuk menyertainya. 

Kenapalah kak lily tak join contest ni ek, senang je nak menang… 

Mr Asif Moidu Ahamed Pengarah Serantau Lulu Hypermarket and Department Store 

Datin Hajjah Foziah Gous Pengasas FGWalet 

Hadiah yang ditawarkan juga hebat-hebat iaitu hadiah utama 2 buah kereta Myvi, manakala 4 buah motorsikal Yamaha Lagenda 115z dan juga 10 buah telefon pintar Huawei P10. 

Pemenang hadiah utama 2 buah kereta Myvi

Pemenang kedua, 4 buah motorsikal Yamaha Lagenda 115z

Pemenang tempat ketiga, telefon pintar Huawei P10

Tahniah kepada semua pemenang kalau korang nak tahu senarai pemenang boleh ker laman web mereka. 



Majlis penyampaian hadiah dimeriahkan dengan persembahan beberapa tarian tradisional kaum-kaum di Malaysia dan juga kehadiaran pelakon yang hebat iaitu Datin Hajjah Foziah Gous yang merupakan pengasas produk FGWalet yang boleh dibeli di Lulu tau yang sekarang ni pun tengah ada promosi lagi.


sedaplah kak lily dah rasa dah

Siap ada cabutan bertuah tau bagi para pelanggan Lulu petangnya, hadiah sumbangan FGWalet lagi ek. Ini pun kak lily tak sempat nak join gak… 

Potongan Sehingga 70% Sempena Deepavali 

Kalau korang ke pasaraya Lulu ini, untung wei sebab Lulu Hypermarket sedang mengadakan promosi untuk sambutan perayaan Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi. 


Bermula 19 Oktober hingga 6 November 2018 terdapat tawaran hebat pada semua barang keperluan perayaan seperti pakaian, kasut, beg wanita, Churidars dan Sarees sehingga 70% diskaun


Kalau korang naik tingkat 2 di bahagian Lulu CELEBRATE memang banyak sangat pilihan pakaian untuk perayaan cahaya ini. Cantik-cantik dan terkini dengan harga sangat murah. 







kemain ko kak, nak melaram je


Saree sangat cantik-cantik wei, sempat jugak kak lily mencuba wokeh. 

Ini tidak termasuk jualan murah pada item promosi dari produk harian, barangan runcit, produk kesihatan / kecantikan, rumah tangga dan kelengkapan rumah serta IT / Mobile dan barang elektrik. Itulah kena check it out selalu Facebook Page Lulu Hypermarket ni tau. 







Terdapat promosi terpilih dengan potongan sehingga 50% diskaun dari kategori lain termasuk bahagian barangan segar, kedai roti, makanan runcit, keperluan peribadi, isi rumah, perabot rumah, elektrik, mainan, bagasi dan alat tulis. Sudah tentu, ini adalah cara yang sempurna untuk meraikan kedatangan Deepavali yang disambut seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan bangsa. 


Nampak inilah hasilnya kalau kitaorang berbelanja kat sini, mesti troli penuh dengan barang-barang melimpah ruah kan 

Jom kita membeli belah di Lulu Hypermarket ek 

LuLu Hypermarket, 
Lot 159, 
Persiaran CapSquare, 
Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur 


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

19 comments :

adianiez AIDA said...

x pernah gi ni. kat melaka takde lagi.
nanti ada kat bangi gateaway, boleh la survey cuci mata.
sari. aida sgt suka sari tau.
mahal sebab seni sari tu sendiri.mcm songket kita la, lily.
pernah belikan anak dara aida memasing segenggam gelang bollywood tau dulu kala :) aksesori hari raya giteww...

Ezna Khalili said...

Tak pernah pun gi sini Lily. Heboh org kata murah. Maybe sebab lokasi kot. Kalau dekat dah lama terjah. Banyaknya diskaun tu ek?.

Rohani Md tahir said...

Seronoknya shooping kak lily? Lagi2 bila tiba apa2 pun perayaan sebab masa tu semua cantik2 dan byk pilihan sampai rambang mata lah. Bagusnya Lulu supermarket tawarkan hadiah yg sangat lumayan, memang tk rugi lah sambil shooping sambil "menyelam" dapatkan hadiah2 menarik lagi tertarik.

Nadia Johari said...

Nad tak pernah pergi lagi ke lulu hypermarket ni..lalu je selalu..tak pernah singgah..hhahhaa..ntah bila nak pergi..bila dapat tau ada promosi ni rasa nak pergi je..hehe..tahniah kepada pemenang

Rini Ismail said...

Oh, baru tau Lulu Hypermarket ni beribu pejabat di Abu Dhabi. Maksudnya memang besar la ye, dengan jumlah pekerja 45k. Tak pernah singgah lagi ke Lulu, ada rezeki boleh pi usha..

Emi said...

emi tak pernah pun shopping kat lulu hypermarket ni. selalu jugak lalu situ tapi tak pernah membeli di situ. tengok la nnt bebila nk try singgah beli kat situ.

Rodiah Amir said...

Ya ampun meriahnya ye troli. Seronok men shopping. Contest tu kalau menang hp pun dah ok sangat, tapi kalau menang MyVi pun apa salahnya. tapi masalah Diah kalau join tak pernah menang. Saguhati pun susah sangkut. Apa pun memang suka ke Lulu sebab shopping coklat dia. besttt

Bonde Zaidalifah said...

Teringgin nak pergi Lulu Hypermarket ni, pernah terbaca mengenai Lulu hypermarket macam-macam ada dekat situ. Cantiklah Sari pilihan Kak Lily tu.. Suka warna tu.. Nak borong sari jugakla nnt

AyuArjuna BiGoshh said...

Bestkan belanja kat sini. Macam-macam ada dan paling penting murah jugakkan. Jimat banyak terutama time promosi

Qaseh Dalia said...

Wowwww sumpah best hadiah kereta , uwaaa bila nak menang kereta gak nih hihihi lulu hypermarket tak pernah pergi lg

Mahamahu said...

Saya ada pembeli tegar kat Lulu Hypermarket ni hehehehe memang setiap bulan akan datang beli kat sini barang banyak dan juga harga sangat berpatutan tambah kalau datang time promosi macam ni memang murah beli satu troli memang tak sagka lagi murah...

Lia Hasty said...

Bila lah dapat pergi Lulu Hypermarket ni. Tengok ramai blogger update macam menarik je. Wow hadiah lumayan yer semua. Untung siapa yang menang

Cik Min said...

Wahhhh bestnyaaaa dapat kete tu kak.. kte kan kak sekali je pernah gi Lulu market ni hahha kte tgg lulu market yg x lama lg nak buka kat setia alam ni ekekek

khai artzfar said...

amboi sakan shopping! seronok kan shopping dekat lulu? segala-galanya ada dekat sana dah lah murah

Admin said...

tak pernah sampai lagi kat sini. tunggu bukak dulu kat n9 baru ada peluang sampai.. hehee

Syafiera Yamin said...

i dah pernah pergi Lulu ni memang murah hehehhe memang sesuai lah untuk buyers nak dapatkan barangan murah kat situ... bestnya menang sebuah kereta tak payah nak hutang hutang beli kereta tau tahniah pemenang !

Betty's Journey said...

Really fun shop at Lulu Hypermarket and Department stores I enjoy the Deepavali sales as you get the great . I can wait to shop again at Lulu Hypermarket.

dr-Life said...

wah.... deepavali coming soon!!!! i plan to buy one sari for my friend so now i can go lulu to buy it!!!

Unknown said...

dalam byk byk gambar, i paling tertarik dgn saree tu. oh myyyy. cantik sgt sgt. nk kena pg sana jugak la mcmni. hehehe