Hi Korang,
Kita cuba ingat yang polis, bomba, askar, tentera adalah hero negara kita.
Tapi bagaimana pulak dengan peladang, penternak dan nelayan?
Itulah kita semua tak nampak, tanpa mereka-mereka ni rasanya mati kebuluran kita semua kan. Yelah dengan tak de beras, sayur-sayuran, ikan, ayam, itik bagai ek.
Bagi meraikan mereka-mereka yang berjasa kepada negara kita ni Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengadakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK) yang bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Serdang Selangor.
Sebenarnya dah tiap-tiap tahun ada sambutan hari HPPNK ni cuma tahun ni je kak lily berkesempatan untuk kemari. Disebabkan pi hari jumaat ni so orang belum berapa ramai lagi sebab call time kami kul 8.00pagi. Kemain memasing ek, punctual dan semuanya sampai right on time.
HPPNK 2017 ni tak delah sebesar MAHA 2016 so tak de rasa penat sangat berjalan kerana majority booth-booth pameran dan jualan terletak berhampiran dengan kawasan dewan utama iaitu Hall A, B, C dan D cuma jualan buah-buahan dan anak-anak pokok di sebelah bawah sebelum naik ke dewan utama so tak delah penat berjalan.
Selain daripada HPPNK 2017 ada juga program terbaru iaitu Malaysia Food Festival 2017 (MFF2017) untuk menarik minat para pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi sambutan.
Udang sanggul
chuross
ABC tak tau apa nama hehehe
Mee kolok Sarawak, errmm sedap tuh
Wah kita dan makanan memang tak boleh di pisahkan lebih-lebih lagi akak lily, pantang ada benda makan yang best haruslah nak dicuba. Jadi di MFF2017 ni akan memperlihatkan kepelbagaian jenis makanan yang terdapat di Malaysia. Tak silap lebih 401 jenis makanan yang disediakan dan juga nak bagitau ni bahawa satu dewan utama di MAEPS Serdang akan dijadikan bagai sebuah restoran terbesar penuh dengan pelbagai jenis makanan yang dibahagikan kepada 4 kategori iaitu fresh water catch, seafood galore, western delight dan authentic malay buffet.
Kami lepak di Food Empire je
Tak dapat kak lily nak cuba sebab buffet ni hanya pada hari Sabtu dan Ahad ni jelah hhuhuhuhu tpai kak lily dengar ramai yang dah menempah buffet-buffet ini tau. Ermm apa pun dapat lepak di Food Empire pun dah cukup best dah sebab kat bawah ni juga terdapat pelbagai jenis makanan berkonsepkan food truck. Memang rambang mata ooo yelah pusing kiri makanan, pusing kanan makanan kan hahahaha.
Kemudian kitaorang ke dewan utama di Hall A.
Rupanya di sinilah bahan-bahan pameran mengenai produk perladangan, penternakan dan perikanan di pamerkan di sini. Rasanya nak singgah ke semua booth satu per satu tapi apakan daya memang tak boleh habis, nak kena datang lagi nampaknya.
Kami singgah di booth Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ni, rupanya masa tuh ada demonstrasi masakan so dapatlah merasa Kuro Prawn yang fames tuh. Eh not bad sedap jugak tau. Ada juga hidangan Fish Churros, rasa cam kepok lekor tapi cara presentationnya upskill sungguh.
Selepas tuh kami ke Pavilion Negeri Sembilan eh dalam dewan yang sama gak, nama je canggih sket hehehe. Kami singgah di Jus Bob Nanas, hah pekena jus nanaslah tambahan pulak time panas-panas ni ermm hilang dahaga seketika.
Kami berkesempatan juga singgah di booth NAFAS, Mardi, Agro Bazaar dan Jabatan Perikanan Malaysia.
cantiknya orkid
kemain besau cili hijau ni
cuba teka berape ulas dalam perut saye hehe
comey tak penyu kecik tuh
kopi sarang burung
jagung yang dikeringkan untuk di jadikan makanan haiwan ternakan
malu kelulut dalam bentuk pearl
sate tuna di Jabatan Perikanan, sedap gak wei
sup burung walit
Dapat ilmu pengetahuan serba sedikit mengenai produk-produk keluaran tempatan kan hehehhe
Kemudiannya kami ke kawasan di bahagian bawah Hall A tuh, ada terdapat Petting Zoo, Laman Ternakan, Fruits dan Flower Kingdom dan KenDURIAN.
Ni kat Petting Zoo
Ni kat Petting Zoo
Best kan best kann!!!
Memang seronoklah kalau bawa family berjalan-jalan di HPPNK 2017 ni, segalanya ada di sini. Boleh kenalkan anak-anak pada haiwan-haiwan ternakan, buah-buahan tempatan dan memacam lagi.
Pasal parking korang jangan lah bimbang, lebih 5,000 petak parking untuk pengunjung yang hadir dan di sediakan tram sekali untuk ke dewan utama. Ada jugak perkhidmatan bas di sediakan di Terminal Serdang, IOI City Mall dan Putrajaya Sentral untuk memudahkan orang ramai yang ingin hadir tapi tiada kenderaan.
Memang tak puas jalan di HPPNK 2017 ni, rasanya cam nak repeat lagi lah.
Nak dapatkan maklumat lanjut dan promosi lagi boleh layari laman Facebook, Instagram dan Twitter HPPNK seperti di bawah.
Layari media social HPPNK 2017 untuk dapatkan info lanjut :-
Facebook :
Instagram :
Twitter :
Alah lembu sado tak sempat nak singgah, ishkk ruginya
Hashtag :
#HPPNK2017
#MFF2017
#MOA
#OurFoodOurFuture
5 comments :
uiii bestnye hari peladang peternak ni
kalau ada kat penang..confirm nak pi
Uisy! Wajib pergi ni~ menggoda betul lah :D
Bestnya nengok Cik Lily dan makanan tu
ya ampun !! bestnye kak lily.. em.. tak de rezeki nak menyinggah shopping kat HPPNK2017.. kite tunggu 2018 la plak.. mana tau.. hahahaha~
Tak bleh tahan wooo tgok smeua tu termasuk udang sanggul tu...haih..kenapa a SA x berpeluang join....sedey....
Post a Comment