Hi Korang,
Semua orang tau yang aku ni sememangnya hantu kopi yang taksub dengan kopi, bukan apa kopi tuh bagai penenang jiwa.
Teh?
Eh aku minum jugak tapi mengikut mood tertentu. Kalau rasa badan banyak angin minum teh halia, kalau nak buang lemak minum green tea, kalau nak minum teh berperisa errmm teh perisa buah-buahan pun ada jugak aku minum.
Itu sejarah aku dengan teh...
Boleh minum tapi occasionally la kan hehehhe
Tapi
Bila dah rasa event Tea Tasting baru-baru ni bersama Tea Tasting Master dan juga Tetley Tea terus rasa tersuka pulak lah
Bila dah rasa event Tea Tasting baru-baru ni bersama Tea Tasting Master dan juga Tetley Tea terus rasa tersuka pulak lah
Bagi korang yang tak kenal jenama Tetle Tea tuh meh akak Lily perkenalkan sket
Sebagai salah satu jenama teh terbesar di dunia yang terdapat di lebih 40 negara, Tetley yang berasal dari Britain telah membawakan kombinasi kepakaran dan warisan kegemilangan British selama lebih 175 tahun ke Malaysia. Setiap cawan teh Tetley pasti memberikan kenikmatan, kehangatan dan keseronokan dari tegukan pertama, membolehkan keluarga dan kawan-kawan berkongsi saat-saat indah sambil menikmati secawan teh.
Sebelum Tea Tasting bermula, meh dengar sket ucapan ringkas dari Mr Rajat Kumar, Ketua Global - Pembangunan Perniagaan, Tata Global Beverages, yang memiliki jenama Tetley, berkata, "Di Tetley, kami percaya bahawa segala yang baik bermula dengan secawan teh, sama ada hari yang ceria, perbualan yang mesra, mahupun detik yang indah. ltu sebabnya kami benar-benar memastikan kesempurnaan teh kami, setiap langkah dari peringkat tanaman hingga bancuhan teh yang dituang ke dalam cawan. Setelah menjalankan perniagaan teh sejak 1837, kami kini teruja untuk memberikan pengalaman minum teh kami di Malaysia, dan kami berharap untuk memperkenalkan lebih banyak produk menarik kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang."
Yeah inilah masanya untuk Tea Tasting...
Ada 7 jenis mangkuk yang mengandungi 7 jenis daun teh yang di datangkan dari pelbagai negara. Haruslah akak Lily cuba satu per satu kan. Ada rasa yang unik dan rasa yang pelik serta rasa sedap pun ada. Daun Teh Hitam Tetley diadun khas oleh Pakar Pengadun Tetley untuk menghasilkan Teh Tarik kegemaran rakyat Malaysia.
Korang juga boleh menambah sentuhan kelainan ke dalam rutin harian dengan perisa English Breakfast, Earl Grey atau Chai Spice daripada Tetley. Kesegaran dan aroma Tetley Green Tea (Teh Hijau Tetley), Green Mint Tea (Teh Pudina Hijau) atau Jasmine Green Tea (Teh Hijau Melur) pasti diminati oleh penggemar teh, manakala teh Camomile Tetley memberikan sentuhan kelembutan dan ketenangan untuk berehat selepas seharian bekerja.
Kemudian kami bloggers dapat belajar cara blend teh mengikut citarasa sendiri. Bila Tea Master akak Lily punya dia cakap lemon dah overpower rasa tea tuh hehehehe memang kelakar betul tapi still boleh minum lagi tau. Sedappp
Korang juga boleh menambah sentuhan kelainan ke dalam rutin harian dengan perisa English Breakfast, Earl Grey atau Chai Spice daripada Tetley. Kesegaran dan aroma Tetley Green Tea (Teh Hijau Tetley), Green Mint Tea (Teh Pudina Hijau) atau Jasmine Green Tea (Teh Hijau Melur) pasti diminati oleh penggemar teh, manakala teh Camomile Tetley memberikan sentuhan kelembutan dan ketenangan untuk berehat selepas seharian bekerja.
Kemudian kami bloggers dapat belajar cara blend teh mengikut citarasa sendiri. Bila Tea Master akak Lily punya dia cakap lemon dah overpower rasa tea tuh hehehehe memang kelakar betul tapi still boleh minum lagi tau. Sedappp
Produk Tetley boleh didapati dalam pelbagai bentuk pembungkusan tersendiri, termasuk uncang teh bertali String dan Tag, uncang teh bulat, uncang teko teh dan daun teh, dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia. Uncang teh String dan Tag dan uncang teh dalam balang masing masing berharga RM11.90 dan RM8.90. Uncang teh, uncang teko teh dan daun teh pula masing-masing berharga daripada RM6.50, RM8.OO dan RM8.90. Teh Tetley disahkan Halal.
Sebagai jenama teh pertama di dunia yang memperkenalkan uncang teh bulat dan uncang teh bertali, Tetley terkenal sebagai pemimpin inovasi, dengan warisan gilang-gemilang dan kehadiran di merata dunia. Teh Tetley dinikmati di seluruh dunia dan lebih 45 juta cawan diminum setiap hari. Sebagai ahli Ethical Tea Partnership (Pakatan Teh Beretika), Tetley komited untuk memastikan proses penanaman, penyumberan, pembelian dan pengadunan tehnya dilakukan sepenuhnya dengan cara lestari. Untuk maklumat lanjut, sila ke Iaman www.tetley.com.
Tetley diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia yang merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.
Hah aku dah cuba, sebab tu aku tau tahap kesedapannya cam ne kan
Untuk info lanjut, korang boleh check it out di
Facebook Page : Tetley Malaysia
Twitter: TetleyMalaysia
Instagram: TetleyMalaysia
2 comments :
buat kaki teh kat luar sana kalau dapat peluang macam ni memang best sangat..harga pun not bad..boleh cuba ni ;)
uih...haruslah nak dapatkan jugak...
Post a Comment