Hi Korang,
Untuk adik-adik peminat K-POP yang sampai terikut-ikut dengan perkembangan artis Korea terkini, mesti teringin nau nak kulit muka halus mulus cam diaorang kan
Jangan risau... SYAHIRAH, ada penyelesaianya!
Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH –rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi baharu buat semua pencinta produk kecantikan Korea. Menurut pengurus pemasaran SYAHIRAH, Shariza Hazni“Kajian yang kami lakukan mendapati kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea, namunbimbang jika bahan-bahan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH membawakan sebuah rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan”.
Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!
SYAHIRAH membawakan kepada pengguna 2 rangkaian penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN SECRETS. Nikmati lebih pilihan untuk kulit wajah cantik mulus sekata dan jelita cerah berseri sepanjang hari. Rangkaian Hydra Soft ataupun White Glow, kedua-duanya pasti membuatkanmu persis gadis Korea!
Dia si gadis Korea yang cantik mulus sekata
Memperkenalkan, SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Softrangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekatayang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi. SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata.Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Softpasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu!
Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets Hydra Soft:
1) Skrub Muka:Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.
2) Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.
3) Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
4) Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.
5) Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.
Dia si gadis Korea yang jelita cerah berseri
Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glowyang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit.Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS WHITE GLOW mengandungi 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi rejim kecantikan untuk kulit cerah berseri. Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow.Kini, berlari dan menari bagai artis K-pop di bawah sinaran mentari bukan lagi masalah buatmu!
Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets White Glow:
1) Gel Pembersih Muka Anti-jerawat: Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
2) Gel Pembersih Muka:Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.
3) Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
4) Krim Siang SPF 20:Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.
5) Krim Malam: Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.
6) Krim Kecantikan SPF 15: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB
Tetapkan pilihanmu dan dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea!
Aku dah cuba krim pelembap Hydra Soft ni, memang lembut je bila di sapu kat muka. Tak berminyak dan rasa segar je kulit muka
Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasarraya besar dan pasarraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai SYAHIRAH sila layari halaman SYAHIRAH Facebook, https://www.facebook.com/pg/Syahirah-Malaysia dan Instagram SYAHIRAH @ syahirahmalaysia.
30 comments :
cutenya
as salam.. hi dear blogger just want to share this, smlm sya bru beli syahirah yang white glow pnya. sebelum ni pkai tati muka memamg cntik putih brsih tp once stop guna tati muka jadi sangat-sangat teruk jerawat xyah ckp la. take months untuk sembuhkan smpai skrg jerawat ada lg cuma da kurng tp parut still ada lg. lepas stop pkai tati sya guna pncuci muka safi yang wrna biru tu then sapu aloevera. Memang bgus jerawat kecut especially guna aloevera tu tp da berbulan pakai pncuci muka safi kesan dia tak banyak berubah pun. so back to syahirah white glow, bru semalam pakai ofcourse cant say this thing bring so much difference but! pkai syahirah white glow ni muka rasa supple sangat langsung tak rasa pedih tak gatal takde redness langsung around my face. bangun tidur pagi tadi muka tak oily like it used to be. so nak tau pasal result yang betul whether it works for me or not then it will have to wait for couple of weeks. heee panjang sangat komen ni nt sya bagitau lg kesan syahirah white glow ni ye (^^)
sy pun stop pkai tati..yg sbelum ni tak pnh ad jrawat skrg ni jrawat byk sgt kluar..tggal parut hitam..smlm bru beli set syahirah white glow..boleh tau skrg mcm mne awk pkai syahirah ni?
sy pun alami mnde yg sme..sbelum ni muke xde jrawat..lpas stop pkai tati..jrawat naik byk..smpai parut hitam..bru smlm beli korean scret glow white ni..cbe utk pulih muka balik..myesal nk cntik..😭awk pkai mcm mn skrg? o.k x?
Ok ke resultnya?
Syahirah korea nie ade jual secara satu set tak? Kt mana ade jual?
boleh beli one by one... ada di watson
Mydin
Sama la. Saya pun bru stop tati and guna syahirah white glow..
so macam mana kulit awak skrg pakai ni? ok x?
kenapa saya pkai timbul ruam ruam dekat muka hmmmm 😓
Produk ni okay, saya dah beli semalam,
Umur brpa sesuai pkai syahirah ni.. Ke utk gadis remaja aje.
Baru kedua hari saya pakai syahirah tiba tiba pula rasa gatal gatal.. .
Baru kedua hari saya pakai syahirah tiba tiba pula rasa gatal gatal.. .
Sy pkai syahirah muka sy jd makin kusam dan gelap. ..Dan naik bintik hitam... Mcm makin truk muka. . Last skali sy stop. .Mgkin iaxserasi dgn kulit wajah saya kot. .. Dgn org lain ok kot
Sy pkai syahirah muka sy jd makin kusam dan gelap. ..Dan naik bintik hitam... Mcm makin truk muka. . Last skali sy stop. .Mgkin iaxserasi dgn kulit wajah saya kot. .. Dgn org lain ok kot
Sama la..naik jerawat muka jdi mcm gelap pun ada...
Dah try sebulan yg lepas..ok laa..
Dulu sy pakai gel pembersih muka anti-jerawat, okeylah.. Kalau nk dapat result cepat tu baik jangan pakai nah.. Produk elok kena ambek masa sikit.. Sy pernah pakai half year jugaklah, result dia memuaskan.. But now, sy pakai Himalaya gel cleanser sbb sy rasa kulit sy lebih elok pakai Himalaya.. Masuk ni dh 2 tahun pakai Himalaya, so korang rasa dh berapa botol sy kumpul buat collection hahahah.. Tapi sy still pakai cream day dan cream night White glow Shahirah sangat best! Rasa selesa pakai cream night masa tidur dan cream day white glow sy pakai utk base makeup.. Perkongsian sy setakat ini.. Sekian :)
Saya pakai toner dan night cream muka naik gatal gatal sedap garu,tapi pakai day cream yg ade spf tu okey plak x de gatal2.. jd yg toner dan cream xsesuwei dgn saya yg spf day cream sesuwei plak.. hihi
hi,sy bru start kmrin guna syahirah ni..okla muka xkusam xkering mcm sblm ni..sblm ni sy guna garnier muka ada bintik2 hitam plak..harap2la produk syahirah ni ok dgn kulit sy..😊
Serum pakai selepas tona ke
Dulu saya pernah pakai syahirah white glow, kakak saya tanya ko pakai ape kulit muka jadi cerah, saya ckp pakai pembersih muka syahirah n toner jer.
Sy dh try pncuci muka yg white glow dlm 2 bln dh guna tp xde kesan utk memutih lngusng!!
Hai, nak tnya krim kecantikan yg kotak biru & kotak putih ni dia punya warna sama ka atau berbeza ye...
nak tye sye pkai syahirah korean nie yg wrne biru 1 set tp pkai hbis ruam 1 muke...so xssuai ke cmne klo jd mcmtu
Alahai..aku bru nk cuba day cream shahirah tu..tengok komen2 ada suai ada x suai..yg x suai lbih ramai pulak..maknanya cream shahirah ni org2 tertentu yg boleh guna pakai..hemmm mcm risau la pulak..sbb kulit nnti jdi x elok dah susah nk clear kn balek..dh la kulit aku ni sensitif..x yah cube laaa...
Yes. After toner pakai moisturiser
BEST SIAK PRODUKK NI OK LH WAJAH JADI GLOWINHGG😍
Post a Comment