Tuesday, June 13, 2017

Mini Bazaar Ramadan Di FamilyMart, Macam-Macam Ada

Hi Korang,


Apmacam puasa?

Dah hari ke 17 ni, ok ke tak or masih lagi tercungap-cungap hehehhehe

Eh jangan cam tuh dah separuh bulan kita berpuasa kan should be dah stable dah perut dan minda kan.

Cuba satu je masalah suri rumah tangga macam aku ni, dilema nak buka ape ? nak masak apa ? nak sahur apa ? hah itulah bila dah hari-hari masak sampai tak tau nak masak apa lagi. Sudahnya buka makan kuih je sahur makan roti hahahah itu aku lah orang lain taklah kot.


Pernah dengar FamilyMart ?

Dengar tak pernah tapi nampak selalu kan, hah itulah. 

FamilyMart ni ala-ala kedai serba ada, cakap je nak apa semua ada kat sini. Kira macam convenient store. Meh aku tunjuk sket apa yang mereka ada jual di FamilyMart ni ek

 

Itu baru barang-barang kan.







Eh nak bagitau juga FamilyMart ni ada jual makanan yang dah siap masak tau. Macam pilih je apa nak makan, ambil, bayar dan makan kat sini jugak boleh sebab ada disediakan tempat makan yang selesa untuk para pelanggan. Seronok lah. Kira orang balik kerja tak sempat nak masak ke malas nak masak ke boleh ke singgah ke FamilyMart nil ah untuk beli makanan. Balik rumah panaskan je guna microwave then makanlah. Yang penting Halal tuh mesti ada.

ada tempat makan lagi di hadapan kedai

Kebetulan minggu lepas aku berkesempatan untuk berbuka puasa di FamilyMart Nu Sentral ni, eh of courselah dengan kengkawan blogger biasalah tuh. Mr Big dia tak nak ikut sebab malas so buka puasa sendiri la ye sayang.



Kitaorang dapat cuba hidangan menu Buka Puasa Combo yang boleh di dapati di section ‘Mini Bazaar Ramadan’ di FamilyMart ni. 

Di antaranya:-

NASI PUTIH (RM2.20 each / RM2.65 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Nasi putih yang wangi dan gebu, enak dinikmati bersama mana-mana hidangan sampingan yang ada.


NASI PULUT KUNING (RM3.50 each / RM4.20 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Nasi Pulut Kuning adalah beras pulut yang dimasak dengan santan dan kunyit. Mengikut tradisi, ia dihidangkan semasa musim perayaan sebagai symbol tuah, kemakmuran, kekayaan dan kehormatan.

NASI IMPIT (RM3.50 each / RM4.20 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Nasi lmpit adalah salah satu makanan tradisional Melayu, yang biasanya dijual semasa Hari Raya. Ia selalunya dihidangkan dengan kuah kacang, rendang atau sate.


LEMANG (RM4.00 each / RM4.80 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Lemang adalah item makanan yang wajib ada pada bulan Ramadan. Ia diperbuat daripada beras pulut, santan dan garam, dan biasanya dihidangkan bersama rendang.


KARI AYAM (RM5.90 each / RM7.10 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Satu /agi kegemaran semua dengan campuran rempahnya yang wangi, bersama dengan ketulan ubi kentang. Hidangan ini tentu mengingatkan anda tentang masakan enak dari dapur emak!


AYAM KAPITAN (RM5.90 each / RM7.10 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Salah satu hidangan tempatan kegemarann dengan kuahnya yang harum dan pekat. Paling enak dijamu bersama pe/bagai hidangan nasi.


AYAM MASAK MERAH (RM5.90 each / RM7.10 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Salah satu hidangan tempatan kegemarann dengan kuahnya yang harum dan pekat. Paling enak dijamu bersama pe/bagai hidangan nasi.


RENDANG AYAM (RM5.90 each / RM7.10 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Memang susah untuk menahan diri dari rendang yang enak dengan gabungan rempahnya yang wangi dan kuahnya yang enak. Paling sesuai dinikmati bersama lemang!


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS (RM4.90 each / RM5.90 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Salah satu hidangan sampingan kegemaran semua yang melazatkan mana-mana juadah. Pedas, harum dan penuh dengan ikon bilis yang enak!

KUAH LODEH (RM5.50 each / RM6.60 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Nikmatilah kuah yang pekat dan berlemak, bersama dengan pelbagai sayuran. Salah satu pilihan kegemaran pada musim Ramadan ini!

NASI TOMATO BENTO (RM8.90 each / RM10.70 each in KLIA 2)

Keistimewaan: Satu lagi hidangan nasi yang popular untuk menambahkan piihan bagi hidangan tempatan komi. Nasi yang wangi dihidang bersama acar yang membuka selera dan ayam masak merah yang lazat, ia semestinya memuaskan idaman anda,

Tempat Mini Bazaar Ramadan di FamilyMart



Nampak macam simple je hidangannya tapi rasanya macam mak-mak masak kat rumah. Sampai aku tanya manager FamilyMart ni, yang diaorang ni ada simpan mak je kat belakang tuh, sebab rasa kesemua makanan macam di masak oleh mak-mak kita kat rumah. 

Sangat-sangat berperisa, cukup gula, garam, rempahnya. Pendek kata sedap sesangat tapi yang penting harganya tuh berpatutan dan mampu milik rakyat Malaysia hehehhe

Bukan setakat menu Buka Puasa Combo je ada lagi menu lain seperti spagethi, ongiri, nasi goreng, dessert dan pelbagai lagi.





Ermm tak percaya cakap aku ? 

Cuba dulu dong then baru tau keenakannya.

Korang boleh check it out di mana-mana FamilyMart store yang berhampiran untuk korang cuba menu Ramadan ni ek. Mana tau berkenan dengan tekak korang kan hehehe 

Senarai FamilyMart stores dan waktu perniagaannya

  • Wisma Lim Foo Yong (GF) : 24 hours
  • Mid Valley Megamall (Level 1 North Court) : 6am - 11pm
  • Sungai Buloh-Kajang MRT Line (TTDI station) : 6am - 11pm
  • Gateway @ KLIA2 (Level 3) : 24 hours
  • SS15/8 : 24 hours
  • MyTown (Basement 1) : 10am - 10pm
  • Jalan Sultan (GF) : 24 hours
  • Taylor's Lakeside (GF) : 24 hours
  • Jalan Sultan Ismail (GF) : 24 hours
  • Changkat Bukit Bintang (GF) : 24 hours
  • Nu Sentral (GF) : 6am - 11pm
  • Sunway Velocity : 8.30am - 11pm
pemanis mulut lepas buka, cheesecake ice cream

Untuk info lanjut, meh layari :



Marilah cuba dulu ek





Dari

Cik Lily Putih




4 comments :

mrhanafi said...

Konsep Familymart seperti one stop centre..

pasti memudahkan golongan masa kini yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan jalanraya (jammmed)

nak beli keperluan cuma singgah di Family dah mencukupi..

Syafiqah Hashim said...

Tu dia cik lily.. Tapi penangan ice-cream cheese tu tak kan ku lupakan..Hmmmm..

sharmien said...

alahai tak de pula sekitar rumah kami.huhu

Sizzling Suzai said...

jln2 sini nak usha muka sendri Alaaaaaaaaaaaaa xde pon xmo kwn akk! HAHHAA btw mmg serius foods dia sedap kan? haha