Tuesday, April 4, 2017

The Greens@Subang West – Semuanya Dekat Kalau Tinggal DiSini

Hi Korang, 


Aku ni musim tengok rumah ke? 

2 minggu lepas aku pi showroom kat Tropicana Heights, Kajang ni dan last weekend aku ke The Greens @Subang West pulak, ishkk aku nak beli rumah ke? Hehehehhe 

Alah sesaje cuci mata lah 


The Greens@Subang West ini merupakan pembangunan kediaman pegangan kekal yang terdiri dari 646 unit kondominium dibangunkan di sebidang tanah seluas 7 ekar dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM400 juta. Kondominium ini boleh didapati dalam 8 jenis susun atur dari 3 bilik tidur, unit teres dan penthouse dengan binaan antara 915 kaki persegi hingga 1,830 kaki persegi. Harga bermula dari RM568, 800 ke atas dan tarikh dijangka siap untuk pembangunan Mei 2018.


Pembangunan ini menekankan gaya hidup sihat dan dilengkapi dengan 45 jenis kemudahan yang meliputi kawasan seluas 120,000 kaki persegi, termasuklah gelanggang bola keranjang, gimnasium, laluan pejalan kaki refleksologi, dek Yoga, Kolam renang infiniti, BBQ Teres, trek Berbasikal, Bilik Sauna dan banyak lagi. Pembangunan juga dilengkapi dengan sistem keselamatan pelbagai peringkat untuk mewujudkan persekitaran hidup yang selamat dan terjamin. 

Aku haruslah ke showhouse gallery ek, nak tengok jugak saiz rumah ni besar mana

masuk pintu je dah nampak ruang tamu ek

ruang tamu yang simple dan just nice

master bedroom, tak boleh nak amik full

bilik tidur kedua, not bad

bilik tidur ketiga

dapur

sempat berangan kat sini ek
Hah amik ko, sempat bergambar bagai. Berangan tuh dah confirm kan, kalau beli nanti apa letak apa, nak pasang apa kan.


The Greens ni di bawah anak syarikar Crest Builder Holding Berhad telah melangsungkan Kempen Cabutan Bertuah 'TWO-RIFFIC BONANZA' bermula pada Januari 2017 di Galeri Jualan The Greens @ Subang West.


Kempen Cabutan Bertuah - 'TWO-RIFFIC BONANZA' di The Greens @ Subang West melibatkan hampir 4 bulan cabutan bertuah yang akan berlangsung setiap bulan dari Februari sehingga Mei 2017 dengan satu Cabutan yang Grand yang akan berlangsung pada Jun 2017.

Kempen Cabutan Bertuah - 'TWO-RIFFIC BONANZA' di The Greens @ Subang West ini menawarkan hadiah yang lumayan termasuklah Honda Jazz, Mac Book & Ipad serta cabutan bertuah bulanan termasuklah Iphone 7 dan juga hadiah misteri.

Dengan bayaran ZERO ketika masih dalam pembinaan, Hanya perlu bayar RM5,688 Untuk BOOKING - 3 bilik dari hanya RM482,000 - Bagi anda yang promote pada rakan anda akan di bayar RM1,500 setiap satu unit yang dibeli. 


So korang rasa camne? 

Beli atau tidak!

site untuk The Greens @Subang West

Kalau beli buat investment boleh untung jugak ni aku rasa sebab lokasi kondominium ini berdekatan dengan pelbagai jenis universiti so tak mustahil tak de student yang tak nak sewa rumah ni kan ermmm nantilah boleh di fikirkan 


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
atau sila hibungi :
03-50366060 


PROJECT INFORMATION 


Name Residensi Hijauan (The Greens)
Location Jalan Budiman 22/3 
Property Type : Residential Condominium

Land Size 7.12 acres 
Land Tenure Freehold 

No. of Blocks 2 blocks of 16 storeys 
No. of Units 646 units (323 units per block) 

Unit Sizes 
Type A- 915 sqft 
Type A1 - 1184 sqft 
Type A2- 1109 sqft 
Type 8- 915 sqft 
Type 81 - 1109 sqft 
Type C- 915 sqft 
Type C1 - 1184 sqft 
Pent House- 1830 sqft 

Carpark Provision: Each unit given minimum 2 carparks 

1 comment :

el said...

cantiklah rumah ni suka yg simple2 n moden brg2 deko pun x byk sgt