Wednesday, April 19, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | Hotel PURI PUJANGGA, Bangi Selangor

Hi Korang,


Kita sambung lagi citer pasal buffet ramadhan 2017 ni lagi ek


Sempena Ramadhan 2017, Hotel Puri Pujangga ingin berkongsi kenikmatan berbuka puasa dengan pelbagai juadah tradisonal dan timur tengah yang bakal menghiasi meja bufet dan warung-warung kecil bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung. Melalui tema 'Nostalgia Dulu-Dulu’, pakej berbuka puasa di Hotel Puri Pujangga akan mengimbau kembali ke era tahun 5oan dan 6oan.










Hidangan Buffet Ramadhan terdiri dari pelbagai jenis makanan tempatan dan campuran dari negara-negara Asia seperti pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, Nasi Mandy, Puyuh Goreng Berempah, Ayam Masak Lemak Pinang Pilah, Kambing Masak Kuzi, Daging Masak Dinding, Grilled Chicken Teriyaki, Tenggiri Asam Pedas Melaka, Mixed Vegetables Tempura, Pecal Kampung, Pelbagai jenis sambal (belacan, cencaluk, budu), Satay, Ikan Bakar, Mee Kari, Mee Rebus dan hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang, Buah-buahan tempatan dan bermacam-macam lagi!


Juadah manisan seperti Tropical Fruit Tower dengan  Skewered Fruit, Sago Gula Melaka, Ketayap, Onde-onde, Pelbagai Jenis Potongan Kek seperti Tiramisu, Chocolate Profiteroles, Strawberry Mousse, Red Velvet Cupcake, Kuih-Muih Melayu, Puding, Bubur Lambuk dan pelbagai jenis bubur manis akan turut dihidangkan. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Air Sirap Bandung, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan pelbagai lagi.

Untuk buffet 'Nostalgia Dulu-Dulu’ ni, ianya bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 23hb Jun 2017. Makanan yang dihidangkan secara bufet mula dibuka dari jam 7.00 malam hingga 1o.oo malam.


Harga buffet ramadhan di Begonia Coffee House ni adalah

RM69.90 nett untuk dewasa

RM34.90 nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) 

Promosi Early Bird dengan harga RM59.90 nett seorang mula dijual bermula dari 1 Mei hingga 31 Mei 2017. 

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03- 8927 4128 I 8926 2443 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

KHAILA KHALID 
Pengurus Operasi 
HOTEL PURI PUJANGGA 
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 UKM, Bangi Selangor Darul Ehsan 

Office : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 
Mobile : +6017 699 2437 
Fax : +603 8922 2890 



So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



1 comment :

OKje said...

Haruslah screen captured dulu , manalah tahu nak pergi berbuka kat sana hihi...