Wednesday, February 22, 2017

NEESYA Brightening Enzymatic Refiner

Hi Korang,


Lama tak citer pasal beauty ni ek, yelah asyik citer pasal makan je.

Sebab tu lah gemuk hahahahahahhaa


Aku memang pernah guna produk skincare jenama NEESYA ni dah ternyata memang sesuai dengan kulit muka aku yang berminyak manjang ni kan 

Meh aku kongsikan sedikit mengenai jenama NEESYA ni ek

Neesya (bererti rama-rama dalam bahasa Yunani) melambangkan semangat individu moden masa kini. Rama-rama mewakili asas kebebasan, kecantikan semulajadi dan keupayaan tersembunyi. Seperti rama-rama yang merupakan simbol transformasi, setiap individu mempunyai kecantikan dalaman yang sedang menanti untuk didedahkan. Itulah yang istimewanya produk Neesya ini. Bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi dan selamat serta diuji secara saintifik, dan berkesan. Rangkaian penjagaan kulit premium ini mempunyai harga yang berpatutan.

Semua produk Neesya bebas daripada pewarna dan paraben demi keyakinan pelanggan. Kilang menghasilkan produk Neesya disahkan sijil GMP untuk memastikan proses kualiti tinggi dipatuhi.

Hah gituh..


NEESYA Brightening Enzymatic Refiner 


Ianya berlainan dengan krim pengelupasan yang biasa, produk pengelupasan ini adalah berasaskan gel. Di formulasikan dengan bahan seperti papaya, enzim pengelupasan yang lembut ini bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati yang terdapat di permukaan kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit yang baru. Ekstrak Silver Vine dan AlphaMelight™ yang terkandung dalam produk membantu dalam menjadikan kulit lebih berseri.


Ekstrak Hamamelis, Aloe serta Vitamin B5 menghidratkan serta melembutkan kulit wajah. Penggunaan yang beterusan akan memberikan raut wajah yang cerah berseri serta tona wajah yang lebih sekata. So far aku guna memang tak de tanda pengelupasan yang teruk. Paling best ianya mampu menghilang bitnik-bintik hitam di hidung tuh. 


Cara penggunaan :

  • Ratakan satu lapisan gel atas kulit yang bersih dan kering. Pastikan gel diratakan pada seluruh wajah serta leher untuk perawatan yang seimbang. Untuk bahagian wajah yang berjeragat, tambahkan lapisan yang lebih tebal untuk perawatan maksima. 
  • Urutkan gel secara turutan bergelang ataupun berarah bulatan untuk tiga saat dan biarkan selama lebih kurang tiga minit lagi sebelum membilas muka. 
  • Semasa membilas, basahkan tangan dan urutkan muka secara perlahan untuk melembutkan sel-sel mati yang akan disingkirkan. 
  • Gunakan produk 1-2 kali seminggu untuk hasil yang optimum.

Hasilnya tak delah nampak on spot terus kulit putih kan hehehhee tapi lepas 2-3 kali pakai dalam seminggu dua ni adalah nampak perubahan especially bahagian hidung tuh kan. Abis semua whitehead tertanggal hehehehheheee

Lumi°® Brightening Enzymatic Refiner berharga RM69 bagi 75ml.

Untuk info lanjut, boleh check it out :

Instagram : Neesya Skincare
Facebook : Neesya Skincare
Website : NEESYA Skincare




1 comment :

Anonymous said...

menarik