Hi Korang,
Minyak wangi siapa yang tak suka!!
Wangi harum of coursela semua orang nak jadi cam tu, segar mekar je sampai malam kalau boleh dan harga berpatutan dengan budget kita kan
So memperkenalkan haruman terbaru keluaran syarikat AVON ni iaitu Avon Attraction for him and her. Sempat aku ke majlis pelancaran perfume ni baru-baru ni di Marriot Hotel, Putrajaya.
Dunia bagai memudar, yang ada hanyalah dikau berdua. lanya bagai dipaut kuasa yang sukar dirungkai, tak mampu disangkal. lanya magnetik. lnilah erti tarikan. Avon Attraction for Him and Her baru bagai cetusan sensualiti penuh bertenaga antara duo kekasih; dilahirkan dalam duo botol minimalis berona perak dan emas yang simetri.
Kemain lagi ayat-ayat cinta mengenai Avon Attraction ni ek, memang boleh tergoda di buatnya.
Avon Attraction for her
Eau de Parfum 50ml
Esen Beri Hitam Menggoda, Sentuhan Kesturi Magnetik & Ambar Vanila
Avon Attraction for him
Eau de Toilette 75ml
Akar Halia, Sentuhan Kesturi Magnetik & Kayuan Hangat
Aku dah cuba kedua-duanya (ermm nampak tamak sangat kann hehehhe) dan memang betul pun, sampai ke petang harumannya dan tak mudah rasa pening kepala. Yelah kekadang kita boleh alah dengan bau-bau wangi semacam ni.
Di majlis ini juga, Avon memperkenalkan sekali kali Duta Haruman Avon iaitu pelakon ‘Fathia Latif‘ untuk tahun keduanya bersama Avon.
Press Conference AVON 'Attraction' Parfume
Seronok nampak Fathia bersama Avon ek hehehehe
Sedikit details mengenai minyak wangi ni :-
Avon Attraction for Her Eau de Parfum (50ml)
Avon Attraction for Him Eau de Toilette (70ml)
• Dilancarkan 1 Mac 2016
• RM69.90 (S&S RM80.40) satu
• Dapatkannya dari Wakil Avon, Butik Kecantikan Avon
Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon korang atau lawati mana mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON
di 1-800-22-AVON (2866)
atau
layari http://www.my.avon.com
9 comments :
lama tak membeli barang avon... wangi tak?
wah tingginya fathia... mesti semua harum semerbak ye
lama tak pakai mnyak wangi avon.. duta pun dah lain :P
ak admit yang perfume AVON memang terbaik sebab wangi dia dari pagi sampai ke malam still melekat dan wangi. Sampai sekarang guna lagi perfume avon punya dengan pelbagai jenama. .
Tingginya fathiah.... wah macam kena cari je ni.... mesti bau sodap selepas di pakai mewangi je
mmg best jenama avon ni...
Saya pakai attraction ni.. Mmg wangi sangat2.. Sape2 suka bau lembut2 mmg recomend yg ni.. Paling penting tahan lama
Mengoda tak sis bau dia
Best tak bau dia.. Mengoda tak
Post a Comment