Wednesday, May 20, 2015

Pasta Memang Sesuai DiHidangkan Pada Bila-Bila Masa Pun

Hi Korang,


Zaman mak-mak kita memang tak de menda alah pasta, spagethi bagai ni so mak aku memang tak tau langsung masak menda alah ini. Kalau dia rasa teragak nak makan so aku la kena kan. Ewah cam pandai pulak masak kan hehehhe


Tapi bagi aku pasta ni memang senang nak masak dan juga senang nak simpan boleh buat stock. 

Itu yang aku citer kat En Mohan daripada San Remo team pada event Ceriakan Hari Raya dengan Pasta San Remo di The Cooking House, Bangsar baru-baru ini.









Kalau kat The Cooking House ni, confirmlah event masak-masak kan dan aku mestilah suka. Yelah dah penat-penat masak dapat makan lah sambil boleh korek sket rahsia chef-chef yang pandai masak ni. Kekadang cara diorang masak tak sama langsung dengan kita masak.


Majlis di mulakan dengan kata-kata aluan daripada En Mohan Alagappar selaku Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd ni. Dah 2 kali aku jumpa dengan En Mohan ni dah macam good fren pulak sembang-sembang pasal produk semua kan hahahaah


Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, berkata, "Selama ini, San Remo telah mendapat reputasi sebagai jenama pasta kering yang paling dipercayai di Malaysia, dan terkenal kerana kelazatan dan kualiti produknya. Rakyat Malaysia bernasib baik kerana sebagai sebuah negara berbilang budaya, kita dapat menikmati pelbagai sajian masakan yang berlainan, khususnya pada musim perayaan yang berlainan. Untuk musim perayaan yang akan datang, San Remo teruja untuk membawakan sentuhan baru kepada pasta dengan menggabungkan cita rasa Hari Raya yang pasti akan digemari oleh sesiapa sahaja. Kami harap perayaan bersama sanak-saudara dan rakan taulan akan lebih meriah dengan San Remo Pasta - Pilihan Keluarga Anda."





Diilhamkan oleh musim perayaan yang akan datang, Chef Collin mempersembahkan 2 sajian pasta tempatan yang lazat dan sihat. 

San Remo Angel Hair Kuah Kari

San Remo Small Shell in Kuah Kacang Daging

Peminat sate pasti akan jatuh hati dengan San Remo Small Shell in Kuah Kacang Daging dan San Remo Angel Hair Kuah Kari pula pasti diminati bukan sahaja kerana kelazatan rasanya tetapi juga kerana kesenangan untuk menyediakannya. 


Sementara nak tunggu hidangan yang lain siap, kitaorang para media ni ada cooking challenge pulak. Dengan menggunakan beberapa barang yang telah pun disediakan termasuklah pasta San Remo, ktorang dikehendaki menyediakan apa juga jenis hidangan mengikut kreativiti masing-masing.




Nasib baik group aku ada blogger Ayu Arjuna yang terrer masak, so rasa secured sangat di situ ek, bukan nak memang tapi janji ada hidangan yang nak dipresentkan nanti. 

Kitorang menyediakan Tomyam Thai Remo.


Curlass kan nama hidangan, alah buat masak tomyam je tapi kurang kuah macam tomyam kering gituhlah. Walaupun tak menang tapi sedap kata Chef Collin dan sesuatu yang unik hehehhe. Jadilah kan




Terima kasih kepada San Remo kepada sudi menjemput team Cik Lily Putih ke event yang syiok ni, bertambah lagi ilmu aku dalam memasak pasta lepas ni ek.

Untuk maklumat lanjut tentang San Remo dan resipi pasta, sila ke Iaman www.sanremo.com.au.




8 comments :

Unknown said...

Singgah blogwalking pagi-pagi ni...Salam perkenalan!

Nak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

hazman fadzil said...

Owwhh....buat kat The Cooking House Bangsar rupanya patutlah macam familiar je chef tu... by the way idea unik gak buat pasta macam tu - selera orang malaysia kan

::EIDA:: said...

ida suka makan pasta menggantikan nasik. konon nk diet. . hahahahahahhaahha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

masak utk ila kak hihi

Mahamahu said...

Nak masak past, nak makan pasta sedapnya menarik tetarik...

ummul azkee said...

singgah blogwalking....kari,kuah kacang dan tomyam...malaysia sangat resepinyer...:) kreatif...

Izzati Amira said...

tetiba rasa nak makan pasta. saya suka brand san remo ni... hehe

Eliss said...

sedapnya nampak. ada satu paket san remo dalam almari tu tak terbuat2 lagi..