Hi Korang,
Ini adalah entry pertama untuk Ramadhan food review untuk tahun 2015.
Dapat jugak Cik Lily Putih berkunjung ke Carousel International Coffeehouse di Palace of Golden Horses hotel ni bagi sessi food review hidangan berbuka puasa tahun ni.
Macam biasa, pihak Carousel menyediakan hidangan ala kampung berkonsepkan kiosk-kiosk comel di bahagian luar coffeehouse ini.
Di antara hidangan ‘signature dish’ bagi buffet Ramadhan 2015 di Carousel Coffeehouse ini adalah
• Stall- Kuih Ketayap by Chef Joseph
"Patronising diners can be rest assured that they will always find something new if they were to dine at our restaurant for consecutive days. We also have live action stalls to ensure that dishes are always fresh," kata Francis Alberto, Resident Manager of Palace of the Golden Horses.
Selain daripada ‘signature dish’ adalah jugak hidangan kampung lain seperti Ayam Dara Goreng Berkunyit, Serunding Ayam, Paru Goreng Berlada, Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Sambal Tempoyak, Cencaluk, Kicap Pedas, Budu, Sambal Mangga Muda, Sambal Cili Kelapa,lauk pauk kampung, bubur lambuk, pencuci mulut dan lain-lain lagi.
Untuk buffet dinner ‘Sajian Buka Puasa’ ni, ianya bermula dari 18hb Jun 2015 hingga 17hb Julai 2015.
Harga buffet ramadhan di Carousel International Coffeehouse ni adalah
RM115nett untuk dewasa
RM58nett untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas
Untuk 3 hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak PGH menawarkan 30% diskaun tau. SPECIAL RATE for group booking kalau lebih dari 30 orang. FREE DINING untuk seorang bagi 10 guest berbayar dan ada 30% OFF untuk tempahan awal sebelum 10 June 2015.
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8946 4888 atau pun email je ke fnbreservation@pgh.mines.com.my
Jom kita ke
Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel : 60 3 8946 4888
Website: www.palaceofthegoldenhorses.com.my
Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
Cik Lily Putih Terfikir : Senantiasa ingat makan berpada-pada di bulan Ramadhan yang akan datang ni tau
5 comments :
omg!
makanan & ramadhan takkan boleh berpisah... sedih thn ni bagi aida, keje jauh. tak sempat masak utk anak2 dan asben.
that baby lamb tak baby sangat! nampak besak! hahaha anyway awalnya ada ramadhan preview!
wow.... tengok bahagian buat tu dah macam kat pasar festival buah-buahan segar la pulak....menarik....
sedapnya beb, kalau buat tempahan awal dapat 30% diskaun...tak caya.
sy call...oyster xde pon...hu3...aptb
Post a Comment