Monday, January 26, 2015

Makan Cold Noodles Di BIG SPOON, Setiawalk Puchong

Hi Korang,


Cold noodles memang bukan makanan orang-orang kita ni kan. Aku ni pun belajar daripada tengok rancangan tv Korea. Itulah kemaruk Running Man sangat kan hehehehhehe..

So bila aku dapat jemputan ke restoran BIG SPOON kat Setiawalk ni, first sekali aku google dulu apa makanan yang harus di makan kan. Ermm not bad ni, ok ok can’t wait.


Khamis lepas, aku dengan MrBig, blogger chef MADI, food blogger HAZMAN dengan tuan besar SOHOQ ke Setiawalk Puchong ni. Taklah jauh sangat dari rumah lepas maghrib baru bertolak, nasib baik jalan tak jem ek. Ikut WAZE je senang, belok kiri, belok kanan then sampai.

Hah simple je kedai Big Spoon ni ek.

Ok meh aku citer sket mengenai Big Spoon restaurant ni ek.

Big Spoon is a new dining restaurant opened at SetiaWalk Puchong and Subang Jaya serving Chicken Cold Noodle & Dumplings in House Special Souce with a very big spoon (as big as your hand palm). The new and fresh concept has manage to attract huge crowd from their opening till today.

Semuanya di hidangkan dalam sudu besarrrr huge spoon ok. Cubalah masuk dalam mulut korang, mau koyak rabak dibuatnya kan. Hahahaha



Simple je kedai ni ek. Alah tak yah nak deco gegaya sangatlah janji makanan sedap ye tak?




Mehlah tengok apa yang ktorang makan malam tuh

Strawberry Buttercream Prawns

Udang goreng yang disalut buttercream dan dihidangkan sekali dengan strawberry. Manis masam katanya.


Chicken Cold Noodle RM1.90

Mee sejuk or cold noodle, yang dihidangkan sekali dengan ayam carik. Nak makan kene letak special sos diorang ni memang umpph


Dumpling in house Special Sauce RM3.90

Hah aku makan gituh je, makan panas-panas kan. Kalau cicah sos lagi sedap.

Tofu Rice RM1.90

Tofu di masak secara sweet sour. Nak makan kena gaul dengan nasi yang sejemput tuh,baru layan.

Spring Onion Pancake RM1.90

Lempeng sebenarnya, di goreng garing-garing dan dicicah dengan sos.

Sweet Soup RM3.90

Pemanis mulut simple, tapai yang di jadikan sup panas. Memang melegakan tekak.

Yogurt Drink RM6.00
Pear With Rock Sugar RM4.00

minyak bijan, pepper corn, kicap, minyak cili

Memang harga cam tu coz portionnya kecil. So korang boleh makan seberapa banyak yang korang mau. Sesuai jugak dengan orang-orang tengah berdiet, boleh makan sket. 

Janji makan katanya kan.



Tengok bertingket-tingket jugak ktorang makan. Mr Big ni lagi lah, pantang ada depan mata, terus je masuk mulut. Sedap sungguhlah kata dia. Simple but marbeles.

Korang cam rasa kecur air liur tuh boleh la ke


D-7-G, Block D, 
SetiaWalk, 
Persiaran Wawasan, 
Pusat Bandar Puchong, 47160 Selangor

Opening hours : 11am - 10pm

(located directly opposite Subway, nearby Tokyo Kitchen)

Landmark : Cari Setiawalk Puchong dulu. Bila masuk parking cari Block D, tiang warna hijau. Hah boleh parking kat situ coz senang. Naik ground floor. Nanti nampaklah kedai ni berhadapan air pancut kat dalam Setiawalk ni.

Kalau rasa jauh tuh, ada jugak Big Spoon outlet di Aeon BIG Subang Jaya. Diorang baru je bukak dan sambutan pun not bad jugak.


8 comments :

Julia Johari said...

Big Spoon...comel betul pinggan bentuk spoon besar...murah betul setiap dishes...boleh rasa byk2 ni...tq sis review best. Leh la pi usya2 setiawalk nanti hehhe

Suria Amanda said...

mak oiii...bertingkek2 dah ni ha.....menarik...hidangan dalam Big Spoon...sesuatu yang harus di cuba

Unknown said...

Konsep sama.macam.noodle.dlm mangkuk kecik tu kan. Apa da nama dia. Sbb x pernah pegi lg yg jadi susah nak ingat 😀

sitirohaida said...

murahnya...

hazman fadzil said...

Yeap.... tempat makan dia nampak simple tapi selesa ... yang penting makanan dia ada rasa yang amat unik dan sedap makan panas2x...

Anonymous said...

saya nak tau.. halal ke?

Anonymous said...

blh sy tau.. halal ke?

Anonymous said...

Dont have halal cert yet but pork n alcohol free.