Wednesday, November 19, 2014

Gambar Terkini Banjir Di Terengganu

Hi Korang,

Aku saje nak share beberapa keping gambar ni kat korang.

sampai tak nampak jalan ek

tengok stesyen minyak Shell ni

langsung tak nampak jalan dah ni

Musim tengkujuh dah bermula dah ni, tempat yang paling terjejas teruk adalah di kawasan Pantai Timur macam Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

Aku dapat gambar-gambar ni kawan aku yang sekarang ni duk Kuala Terrenganu.

dah main air plak bebudak ni ek

Ini gambar petang semalam, semasa dia nak amik anaknya pulang dari sekolah. Dia terpaksa berpatah balik untuk tukar kereta yang tinggi dan besar sket untuk melalui jalanraya ni.

Ermm seram jugak kan.

Takut kereta tersangkut plak tak boleh nak jalan.

So far area rumah dia tak pernah di naiki air tapi manalah tau so kena berjaga-jaga dan berhati-hati di sepanjang musim banjir ni.

Kepada mereka-mereka yang duduk di kawasan yang senantiasa setiap tahun di naiki air bah so berwaspada ni. Packing siap-siap barang-barang penting yang perlu di bawa ke pusat pemindahan banjir nanti. 

Tapi tak yah nak bawak semua barang, selamatkan nyawa dulu baru fikirkan harta benda ek.

Saya Cik Lily Putih melaporkan dari bilik berita blog saya ni hahahahahhaha tak sesuai langsung nak jadi pemberita kan. Ayat pun tunggang langgang…



11 comments :

Kak Vit said...

Allahuakbar. Semoga orang-orang Terengganu tabah dan sabar..

Afasz said...

adik sy di UMT, kat sini le. moga dipermudahkan . dan dilindungi Allah. aaminn

Hana Syed said...

Ya Allah.. banjir dah rupanya belah sana. nampak sangat Hana x tengok berita. Harap2 tiada perkara buruk berlaku. semoga bertabah mereka yg menghadai banjir

Dr K said...

Moga dipermudahkan urusan buat mereka yg terlibat dgn banjir ni

Unknown said...

Haha.Pemberita blogger jugak ni.Blogger banjir bertauliah.Hehe.
Alhamdulillah kawasan syirah tak pernah naik air.

adianiez AIDA said...

weekend ni nak ke kelantan.
konon nyer nak lalu and jalan2 tganu.
tak jadik la ni hu hu hu....
ronda kelantan ajer la lagi...

Mummy MM said...

Teruk jugak banjir dekat semenanjung nie yea.

lieyalatif said...

kerlasssssss... ciklilly jadi pembaca berita plak hah heheheeheh...

tu skrang kat sane musim tengkujuhkan ...hope tak le teruk banjir mcm tahun2 sudah....

eynda said...

Kesiannya...

Suria Amanda said...

Subhanallah..allahuakbar...semoga allah permudahkan semua urusan mereka...

terengganulegend said...

salam cik lily,
saya diwakilkan oleh Tourism Terengganu untuk menjemput Blogger Terengganu ke Majlis Sambutan Ketibaan Pesawat You Wing Sriwijaya daripada Medan ke Kuala Terengganu pada 24 Novemebr 2014 jam 1.00 tengahari.
Untuk pengesahan kehadiran bolehlah berhubung dengan Tourism Terengganu Ahmad Fathil 0199892692

Diharap dapat melapang masa untuk sama sama memajukan industri pelancongan Terengganu

Tq
Blogger Terengganu Legend
http://terengganumyheritage.blogspot.com