Hi Korang,
Dah 6 hari puasa
Ermm kejap je ek, seriously kejap benar rasanya.
Minggu ni belum ada kesempatan pun aku nak pi terawih, teruk betul rasanya. Dengan buka kat luar lagi, dengan Mr Big balik lambat, ishkk memacam alasan sangat. Tak per, minggu depan akan cuba sedaya upaya ke masjid ye.
So ntah macam mana aku boleh terjebak plak tengok drama melayu Ramadhan Jangan Pergi ni. Aduiyai kalau korang nak tau, aku ni kan kurang sket tengok citer melayu. Mostly aku suka tengok english drama macam NCIS, Criminal Minds, Castle gituh. Alah citer penyiasatan baru syiok ooo
Ni gara-gara membuat kat forum la ni yang cakap cerita ni menarik. Maka dengan gigihnya aku pau budak office aku ni password Tonton.My dan tengok dari awal episod 1 sampailah ke episod 5 dah semalam.
SINOPSIS RAMADAN JANGAN PERGI
Farah (Siti Saleha) berkahwin dengan Johan (Fir Rahman) pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia (Lutya Ahmad). Tambahan pula, ibu Johan Mariana (Shiela Rusly) tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.
Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani (Catriona Ross) juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.
Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.
Hah geram kan..
Aku masa tengok episod pertama drama ni rasa macam nak lempang-lempang je mak mertua si Farah tuh. Perangainya masyallah, menyakitkan hati betul. Ada lagi orang bandar moden berperangai sedemikian rupa.
Seriously sakit betul hati
Lepas tu Mr Big cakap, alah itu kan drama je. Lakonan semata-mata tak de kena mengena dengan hidup atau mati. Maknanya para pelakon dalam drama ni memang berjaya membawa watak masing-masing. Dah skrip kata gituh, ikut jelah.
Ermm betulah cakap suami tercinta aku tu kan.
Tapi cuba korang bayangkan, ada lagi isteri yang sebaik alam macam Farah tuh. Yang macam tak boleh fikir out of the box sket.
Hai entahlah.. lagipun ni cerita rekaan je kan.
Okla tak sabar nak tengok sambungan next week, apalah nasib si Farah dan Johan yang jahat tu kan..
Sudah, itu je...
p/s : gambo diambil daripada fanpage TV3
6 comments :
saya pun dah terjebak jugak dengan cerita nie..sakit hati sangat dgn johan..yg si farah tu lembut sangat..sakit pulak hati kita nie..
baca sinopsis nya macam best..terjah di tonton kejap.
Itu yg buat kita geram kan..
Kadang terpikir sama gak macam akak, ada ke isteri seperti Farah lg sekarang ni menurut tanpa membantah.. huhuu
Apa yg Mr Big cakap sama mcm Asben myra gak.. Bila kita emo dia ckp tu semua lakonan je... :D
SA x pnh tgok lg citer ni... nanti nak tgok kat tonton if ada....citer based on true story ni mmg buat hati kita mendidih..kan...
assalamualaikum CLP....seronok tengok cite ni tapi geram dgn bekas suami farah tu...:)
percayalah ada. realiti lagi teruk
Post a Comment