Sunday, January 26, 2014

Makan Makan Besar Sampai Pedih Ulu Hati

Hi Korang,


Makan makan makan memang best.

Macam orang cakap, makan untuk hidup dan hidup untuk makan kan. Itulah aku. Rasanya ramai dah tau kot yang ktorang ni memang jalan-jalan cari makan punya orang.


Nak nak lagi bila musim perayaan ni kan. Negara kita ni kan terkenal dengan pelbagai jenis makanan bila time perayaan. Tak kiralah raya puasa ke, raya haji ke, kong si fa chai ke, deepavali ke, krismas ke semua kita bedal kan.

Yang penting makan makan dan makan sedap je selalu.

Tapi pernah tak kita merasa pedih ulu hati bila dah makan terlalu banyak.

Hah itulah, ramai yang tak berapa amik kisah tentang penyakit ni.


Macam baru-baru ni aku ke food review sempena Chinese New Year ni kan, biasalah tuan punya restoran dah confirm-confirm panggil ktorang yang food blogger ni mencuba hidangan Tahun Baru Cina kan, so memacamlah yang kitorang makan. 

Agaknya perut tak biasa dengan rempah ratus dan cara masakan 'Chinese style' ni, akibatnya pedih ulu hati lah. Macam ada gas terperangkap je kat saluran pernafasan. Balik malam tu rasa terseksa betul,bila nak bernafas je rasa cam sesak je.


Mujurlah teringat pada GAVISCON.

Terus je turun bawah ada kedai 24 jam tuh. Pi beli Gaviscon. Hah nasib baik kedai ni ada jual, kalau tak merapu nak cari kat mane kan. Nak pi klinik cam tak berbaloi plak coz kita dah tau sebab apa pun kan.


Aku beli yang Gaviscon Double Action Liquid Sachets.

Lepas je bayar, koyak hujungnya dan terus masuk mulut. Hah ko tak boleh tahan punye pasal.

Tak sampai 5 minit on the way nak ke lift, terus kurang rasa sakit tuh. Memang betul-betul melegakan saluran pernafasan. Effectnya sangat kuat dan bagus.

Masuk rumah, minum air then rileks seketika. Sekejap tu dah ok. Lega sungguhlah rasanya.


Sekarang ni dah tau, kalau jadi lagi pedih ulu hati ni ermm tak per Gaviscon dah aku standby dalam handbag. Senang di bawa kemana-mana je lebih-lebih lagi time food review ni kan.

Kat bawah ni, aku share kan sket infogaraphic makanan yang sebenarnya bersesuaian dengan badan korang. Sorry dalam english coz tak de yang malay version ek.


Anyway, Selamat makan-makan korang dan jaga perut korang ye...





3 comments :

tidiey77 said...

bestnya jadi kak lily...asyik makan2 je...best tu... :)

hazman aka species1980 said...

aku ada sekali makan gaviscon nie... senang skit sebab dalam bentuk cecair kan...lega la skit

Mak Lagenda said...

Waaaaaa...bagus betul efek gaviscon nih ya. Kjp je bleh legakan pedik ulu hati.

Next taim kalu mak alami perkara mcm tu, blh la try jgk