Monday, July 15, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @Residence Hotel, UNITEN Bangi

Hi Korang,

Dengan semena-menanya ktorg dapat invitation dari team Residence Hotel sendiri untuk berbuka puasa di sini.

Yabedabadu!! Makan lagi.


Ini kira first time aku ke sini, Mr Big selalu coz dia kalau ada training kat Public Bank House, confirm2 dia tidur kat sini. PB dah bagi kan, amik jelah.  Cantik hotel ni, walaupun dalam UNITEN but lokasinya tepi tasik sesuai untuk menenangkan diri.


Bertemakan ‘Selera Ramadhan’ ya ampun, memang berselera betul aku dibuatnya. Korang bayangkan lebih dari 10 gerai ‘LIVE Station’ yang ada di sini dengan pelbagai menu yang di masak secara LIVE. Kira macam korang nak makan je baru diorg ni masak, so korang dapat makan panas-panas la kan. 














Ada gerai makanan laut, kuih-muih, burger, roti john, laksa, sup meletup, briyani, mee rebus, kambing panggang, goreng-gorengan macam pisang goreng, keropok lekor, keledek, sukun, cucur dan memacam lah.

Hidangan berlauk secara buffet pun ada. Korang tengoklah sendiri ek.













Nampak cam sket tapi banyak sebenarnya.

Dessert pun memacam gak, aduh pening di buatnya














Kan betul aku cakap, banyak kan.






Untuk Selera Ramadhan di sini, ianya bermula dari 12hb Julai 2013 hingga 6hb Ogos 2013. Aku datang masa first day ni lah

Harga buffet ramadhan di Residence Hotel, UNITEN ni adalah

RM60.00++ untuk dewasa

RM30.00++ untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun)

Warga EMAS mendapat diskaun mengikut umur ye

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8922 2088 ext 8030


Jom kita ke

Residence Hotel
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (Residence Hotel @ Uniten)
Kampus Putrajaya, Km 7, Jalan IKRAM-UNITEN,
43009 Kajang, Selangor, Malaysia

Selain daripada itu, SURAU juga ada disediakan ye. So senanglah sket nak solat tak yah nak susah-susah berjalan je masjid biru sebelah tasik ni kan.

Aku rasa amat sesuai untuk orang-orang Bangi, Kajang even Putrajaya pun. Dekat je dengan korang kan. Ikut pintu belakang lagi dekat.


2 comments :

Farah Waheda Wahid said...

wah meriah dan best giteww...lepas ni ke mana pulak kak?

hazman aka species1980 said...

rezeki la dapat invitation tu kan... tapi harga tu kira kategori murah la kalau standard hotel yang minimum rm70++ tahun nie