Tuesday, October 2, 2012

Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 Media Launch

Hi Korang,

Suka sangat korang kan bila aku citer pasal cara awet muda kan? Yelah orang dah berumur sket cam aku ni tapi bukan senior citizen lagi ye kenalah jaga apa yang perlu. Mana tau ada rezeki boleh masuk TV lagi khakhaka.

Mimpi yang tak sudah sungguh!


Lagi seronok bila pi media launch of Dermologica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 media launch kat Starbucks Taman Tun Dr Ismail. Simple occasion yang pernah aku join lah. Sambil makan sambil citer pasal product ni.


Aku rasa Dermalogica ni bijak dalam mereka sesuatu yang bersesuaian dengan kulit muka orang-orang bermasalah macam aku ni. Dengan berminyaknya, dah mula ada pigmentasi, fine lines dan memacam lagi. 

So ini dia


Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30


Produk 2 dalam 1 ini melicinkan, melindungi dan mencantikkan kulit sambil memperbetulkan cela pada permukaan kulit dan menjadikan kulit kelihatan berseri. Mineral semula jadi mengurangkan cela kulit dan menambahkan seri pada kulit muka, manakala polimer menghasilkan permukaan yang sempurna dengna kesan lembut dan tidak berkilat.



Primer baru ini boleh dipakai begitu sahaja, macam make-up biasa atau sebagai basic bagi membuat penyamar noda atau bedak asas tahan lebih lama dan mudah dipakai.


Selain daripada menutupi cela yang nyata pada kulit, ianya turut membantu mengatasi faktor dalaman penuaan kulit. Campuran antioksidan White Tea yang berkesan, Peptida dan Sodium Hyaluronat melindungi kulit daripada kerosakan lain, sambil menggalakkan penghasilan kolagen dan melembapkan kulit. Tabir suria SPF30 yang terdiri daripada Zink oksida dan Titanium Dioksida yang melindungi kulit daripada penyebab utama penuaan ekstrinsik, iaitu pendedahan kepada sinar UV.


Dermalogica Skin Perfect Primer SPF30 ini boleh didapati dalam pakej tiub poly-foil bersaiz 22ml dengan harga RM242 (WM) dan RM250 (EM) dan di semua pusat AsterSpring dan Dermalogica bermula daripada bulan Oktober 2012.


Aku baru je cuba pakai pagi tadi, tengoklah hasilnya jeng jeng jeng. So far takde sangat nampak berminyak muka aku.  Tengahari ni pun still ok lagi.

Mehlah cuba ek!




3 comments :

Wilma said...

Wah...Nampak perbezaannya ooo kan ^_^ Kalau cukup budget, nak beli jugak la...

Unknown said...

Nampak perbezaan dia..

- zuriey - said...

feewiit..jadi muda balik