Hi Korang,
Bila dah terlalu lama di blend dengan western cuisine, fast food, chinese food tetiba tekak ini nak makan masakan melayu yang betul-betul melayu. Selain dari Kg Baru rasanya memang payah nak cari di sekitar KL ni kan dan bila dijemput untuk makan di Enak KL, rasanya inilah restoran yang menghidangkan betul-betul masakan melayu yang terbaik yang pernah aku rasa.
Restoran Enak KL yang sudah beroperasi lebih 5 tahun ini terletak betul-betul di kawasan CBD (Central Bussiness District) Bukit Bintang, KL. Malah satu-satunya restoran melayu bertaraf 5 bintang yang ada di Starhill Gallery ni. Ia menghidangkan segala jenis masakan melayu tradisional dari entrée hingga ke dessert.
Dengan berkonsepkan ‘Fine Dining’ melayu lama, bila masuk je di pintu hadapan restoran ini, kita dapat lihat segala dekorasi menggunakan barangan lama dan antik, dan segala barangan ini adalah koleksi peribadi tuan punya restoran ini, Puan Sherena Razaly sekeluarga.
Tercetusnya idea untuk membuka restoran berkonsepkan melayu ni datangnya dari ahli keluarganya yang begitu sukakan masakan melayu dan mahu memperkenalkan kepada mata dunia, betapa sedap dan lazatnya masakan melayu ni dan semua resipi yang di hidangkan adalah hasil warisan turun-temurun keluarganya, katanya lagi.
Antara yang dihidangkan adalah
Pembuka Selera
Sup Ekor,Gado-gado, Kerabu Asparagus, Pergedel, Otak-otak Enak, Satay,Balla-balla, Cumi-cumi Garing, Salada Percik, Soto Madura,
Daging Aneka Rasa
Daging
Daging Bakar Asam Jawa, Rendang Padang, Daging Kurma, Daging Hitam, Kambing Masak Merah
Ikan & Makanan Laut
Botok-botok, Sambal tumis Udang, Sotong Berisi, Udang Selat Asam Jawa, Udang Raja Lemak Merah, Garupa Goreng, Kari Ikan Bendi, Ikan Asam Pedas
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Ayam
Ayam masak lemak cili padi, ayam goreng lengkuas, gulai Kari Ayam, Ayam Kalio, Burung Puyuh Goreng Berempah
Cendawan Sisek Goreng
Sayur-Sayuran
Tauge Goreng, Terong Belado Udang Kering, Kangkong Belacan, Bayam Goreng Kampung,
Manisan Kelapa Muda Enak
Ketayap Mangga
Pemanis Mulut
Manisan kelapa muda enak, pisang caramel, Ketayap mangga, Bubur Pulut Hitam, Cendol Enak, Ais Krim Trio Enak, Sago Gula Melaka,
Bertepatan dengan nama restoran ini Enak KL dari segi rasa, quality, hiasan dan segala yang dihidangkan untuk ktorg ternyata memang enak. Harga plak berpatutan dengan apa yang dihidangkan dan bagi aku not to expensive sangat pun. Malah lebih murah dari mahal di hotel. Rasanya memang teringin nak lagi makan lagi di sini. Yang best tu boleh makan pakai tangan coz ada washroom sendiri dalam restoran ni so tak yah lagi nak keluar-keluar kan cari washroom.
Restoran Enak KL
LG2, Feast Floor,
Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 603-2141 8973 / 03-2148 9549
Facebook : Enak KL
Terima kasih di ucapkan kepada Puan Sherena Razaly, En Hamidon Ramli dan juga blogger Azmannisma dan Jejai di atas jemputan makan ini.
11 comments :
nyum nyummm... enaknya!!!
cantikkan platting dorang ni..rasa pun enak
bess jugak tempat ni kalau nak feeling candle lite dinner
wahhhhhhhh presentation makanan mcm dlm master chef.. very the class kan.. ai likeee
Kalau berkesempatan, try Bijan jugak... Nice and sedap Malay food.
aiyo terliur sudah tgk gambo2 tu...especially asam pedas..huhuhuhu
cuba dtg kelantan, lambakan makanan best2..
cuba dtg kelantan, lambakan makanan best2..
Ingat nak gi sekali lagi pekena Sup Ekor..terngiang-ngiang kat mulut ni hah..hehe
cantik gile hiasan2 makanan dia! ayam masak lemak pun bole jadi mcm fine dining dish bila serve bertindan mcm tu!
bagus jugk.. sbb kdg2 mat saleh/tourist yg try tmpat2 mahal tp mostly ade japanese/chinese/western food.. now ade malay food fine dining :)
Salam..saya pembuat dan pnjual botok botok. Jika berminat boleh hubungi saya Boleh dihntar seluruh malaysia dgn jumlah memadai. Botok botok frozen. Cal sms whatsap rauf 0127749242 atau yatie 0147755935
Post a Comment