Thursday, September 22, 2011

Impianku Sebagai Blogger MasterChef yang Pertama

Hi Korang,


Rasanya semua orang boleh memasak kan, tak kiralah kecil besar tua muda kan. Baik lelaki mahupun wanita kan semuanya tak terkecuali.  Aku pun begitu juga, lebih-lebih lagi menjadi isteri kepada seorang suami yang suka makan. Sudah semestinya aku harus memasak setiap hari.



Walaupun aku akui yang aku agak kurang pandai memasak tapi Mr Big tak kisah pun. Apa yang penting baginya ialah usaha untuk belajar memasak. So dari mula kahwin hingga ke hari ini, aku masih lagi belajar memasak dan di antara bahan rujukan aku ialah ibuku, ibu mertuaku, resipi-resipi dari internet, buku resipi yang menjadi koleksi dan juga aku suka bertanya kepada mereka yang lebih pengalaman daripada aku.

Daripada mereka-mereka inilah, aku menjadi ketagih untuk mencuba sesuatu resipi yang baru dan yang menjadi judgenya ialah Mr Big sendiri. Dialah yang akan beri komen samaada ok atau tidak masakan yang aku masak tuh.

Kenapa Aku Nak Jadi “Blogger MasterChef Yang Pertama”?

Dengan pengalaman memasak aku yang ada selama ini, aku rasakan segala cabaran dalam dunia ‘Blogger MasterChef’ ini aku mampu harungi. Aku cepat belajar dengan segala ilmu yang diberikan. Aku juga banyak menonton rancangan ‘MasterChef US dan Australia’ untuk menambahkan lagi ilmu kreativiti dalam masakanku.

Aku rasa sangat bersemangat dan mampu bersaing dengan blogger-blogger yang sememangnya telah lama menjadi ‘otai’ dalam dunia blog masakan.


Untuk itu,  aku mempertaruhkan resipi istimewa aku ini iaitu ‘Jus Apokat’

Bagaimana aku mendapat idea untuk resipi ini :-

Di sebabkan ktorang berdua memang suka makan dan kaki makan, ktorg suka bertanya kepada tuan kedai cara sesuatu masakan itu di masak dan resipi ‘Air Apokat’ ini aku ambil dari salah satu kedai makan ‘Minang’ yang terletak di Kampung Baru. Resipi ‘Air Apokat’ ini menjadi signature drinks di kedai  mereka. So setiap kali ktorg makan sini, ktorg akan cuba meneka apakah bahan-bahan yang digunakan dan pulang ke rumah untuk menjalankan beberapa kali eksperimen untuk menghasilkan air sesedap ini. Kira macam recreate balik lah  resipi minuman nie.

Inilah dia signature dish ‘Jus Apokat’.

Bahan-bahannya :-

Of course main ingredients buah Avokado, ikut suka korang lah banyak mana yang korang nak guna. Kemudian kena ada susu cair dan coklat syrup. Kalau nak letak strawberry syrup pun boleh.

Ais juga penting bagi menyedapkan lagi minuman ini. Uishk terasa segarnya ke tekak. Alat yang digunakan untuk menghasilkan minuman ini, dah tentunya blender kan. Tak kan nak tumbuk pakai tangan plak. Ishkk

(Sila ikut arrow) Kenalah potong buah avocado tuh di belah dua, kalau tak cam ne nak dapat isinya kan.  Bila dah terbelah, buang bijinya dan korek isinya dan masukkan dalam blender.

(Sila ikut arrow) Lepas siap isinya di korek, masukkan ais dan di tambah dengan sedikit air. Jangan lupa masukkan susu cair mengikut citarasa memasing. Kalau nak lemak lagi, tambah lagi susu cair tu kan. Oits lemak berkrim di sukai ramai.

Hah, apa lagi terus dikisar segalanya sampai lumat dan sebati. Sambil-sambil tuh, bolehlah rasa-rasa sket untuk dapatkan keseimbangannya. Cukup lemak ke, cukup pekat ke.

Tengok bila lepas diblender, tak berapa pekat. Kalau agak-agak pekat sangat tambah air dan di kisar sekejap lagi. Jangan terlampau cair, tak 'kick' nanti tau. 

Sediakan gelas/mug besar dan tinggi dan transperant cam nie, dan tuangkan chocolate syrup di bahagian bawahnya.

Bila dah tuangkan kat bawah, bolehlah korang hiaskan gelas/mug tuh macam aku buat tuh. Sambil tuang chocolate syrup tu sambil pusing-pusingkan gelas. Baru ada style sket kan. Kan nampak corak yang di pusing-pusing tadi tu kan. 

Terus tuangkan campuran buah Avocado yang di blender tadi ke dalam gelas/mug yang telah di hiaskan. Hah, cantik tuh bila tengok dari luar gelas/mug. Baru ada seni.

Inilah dia resipi 'Jus Apokat'

Nak tau sedap ke tak? 


Meh tengok video yang aku sempat rakam nie tau.


Hah, apa macam? Teruja kan tengok kesedapan aku minum kan.

Itu dia signature dish yang aku pertaruhkan 'Jus Apokat'

Memang terbaik dari dapur Cik Lily Putih!


Kenapa aku memilih resipi ‘Jus Apokat’ ini.

Sudah semestinya peserta-peserta lain akan mempertaruhkan resipi masakan lauk-pauk, kuih-muih dan pelbagai jenis nasi untuk pertandingan peringkat pertama ini. Aku takut akan kebetulan wujudnya resipi-resipi yang sama walaupun cara penyediaan yang berbeza. Bagi mengambil langkah bijak, apa salahnya aku mempertaruhkan resipi minuman sedap, segar dan berkhasiat ini untuk di pertandingkan. Nampak macam mudah tapi terdapat kreativiti di situ tau.  Untung-untung ada rezekiku nanti.

MasterChef Malaysia


Program Details:
MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.

Program channel:
Astro Ria (Channel 104)

Official Site URL:
Facebook Page Link:
Twitter Link:
MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians, who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!

8 comments :

Unknown said...

Sedapnya:)

Geng Borak said...

Cik lily jadi wakil tali barut lah yea.. Hehehe

sW33tdARLiNG said...

gud luck!!~
ko memang hebat dan bersemangat

Unknown said...

Ada pertandingan blogger masterchef ker? xleh jd ni...

hazman aka species1980 said...

whoaaa...gempak la beb...siap ada video skali laaa....VOTE LOVE untuk ko...hehehehe

Eliss said...

jus alpulkat la ni kan. aku kurang gemar sebab pekat sangat. order kat restoren wong solo.tak tahu la kalo dia buat tak sedap. good luck dear !

JAI said...

Perghhh..dasyatt...Gud Luck Lily..boleh tahan nie

Unknown said...

yumyum.. sedapnya.hehe