Tuesday, February 8, 2011

Siapa Ashley Khoo A.K.A Summer Ash Yang Cantik Ni

Hi Korang,

Aku bersiaran langsung lagi depan tv kat hall umah aku nie. Pakai netbook comel je malas nak on PC besau kat bilik entertainment tu kan..Sambil tunggu MrBig balik dari main RC kat Lekas Highway. Ada game hari nie.


Aku nak citer sket nie, bila aku check Analytics kat account Nuffnang nie, aku selalu perasan ramai sangat korang nie suka sangat google pasal Ashley Khoo nie. Ishk mentang2 aku ada letak gambo dia kan masa entry TM B.Bash hari tu kan.


Siapa Ashley Khoo A.K.A Summer Ash nie kan?


Ermm cantik tak? Mestilah cantik kan. Kalau korang nak tau dia nie seorang professional online gamer. Ganas tu kan, muka cun gila tapi bila beraksi di alam maya mak ai kalah korang yang kaki game tau kan. Aku pernah tengok dia main masa kat TM B.Bash hari tu ermm memang wow wi lah. Even MrBig yang kaki gamer pun surrender bila TM offer challenge denga dia tau. Ishk kagum betulaku dengan minah nie lah.

Summer Ash tenang je ketika beraksi

Di antara screen shot yang Mr Big sempat amik


Ashley Khoo nie jugak one of the TM Unifi duta tau. Ala mesti korang perasan iklan Unifi kat tv kan. Ada budak pompuan 3 orang yang duduk kat couch tu kan, dia yang tengah tu lah.

Kalau korang nak tau sangat pasal minah ni, hah ni dia korang click je kat link bawah ni.

Kepada mamat2 yang skodeng pasal Ashley Khoo, jangan jeles aku dah amik gambo dengan dia dah

Ashley Khoo (Personal Thought) http://summerash.xanga.com/weblog/

Summer Ash (Official Website for Online Gamer) http://summerash.wordpress.com/

Hah, cepat2 click ok. Mesti korang suka kan.

12 comments :

phreak-id said...

Aku pun Hardcore Gamer gak. Cik Lily, tolong bgtau dia phreak-id nak cabar dia. Nak challenge dia main minesweeper. Hahahaha bongek tul.


Terbaru > Akhirnya Safee Sali Berpindah ke Pelita Jaya | Liga Indonesia > Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com >Bila Memandu di Kelantan

JMR said...

minah ni mmg cun tapi ganash..kihkih

isabelle said...

ashley khoo buat apa?
lain kali ko taruk gambar ashley-ly (lily) jer...

Anonymous said...

memang sgt impress bile tengok ade girl yang boleh kalahkan laki bile main game2 hardcore nih

hazman aka species1980 said...

sonok giler la amoi nie dapat UNIFI free.....jeles betul laa

Cik Lily Putih said...

@preak-id
minesweepper? eleh aku lagi terrer tau

Cik Lily Putih said...

@JMR
eleh ko pun suka kan, siap amik2 gambo lagi hari tuh. aku tau tuh

Cik Lily Putih said...

@belle
minah nie kaki online game. itu je yg dia tau

Cik Lily Putih said...

@azizie
itulah first time tgk dia main pun dah gerun tau

Cik Lily Putih said...

@hazman
dia duta. of course lah free. cuba ko jadi duta plak mesti free gak kan... heheheh

Anonymous said...

aku kaki gamer la.. aku fan SummerAsh.. kalau aku dpt jumper dier.. .. terharunyer : ( .. sesiapa tahu alamat rumah dier atau no tel dier? (serius ni ) ...

hen party said...

yawda... cantikkan mana????? lebih cocok zac efron sama ashley ato vanessa ?