Wednesday, April 14, 2010

Food Testing at Mo'men Restaurant

Salam Korang,

Ari nie terlambat sket update, sibuk cari info untuk entry nie

No. 2, Jalan Kristal, J7/7, Seksyen 7, Shah Alam
(otw ke I City tu, kedai nie sebelah kanan)

Last 2 week lepas, atas undangan cik PojiePooh kite, aku dan beberapa geng2 bloggers yang lain di jemput untuk menjadi Perasa Makanan so called 'Food Tester' di restaurant nie.

So kami dibawa ke tempat dimana bahan-bahan makanan ini di simpan dan dimasak sebelum restaurant ini dibuka secara rasmi somewhere dalam bulan ini lah.

Kami diberi masa selama satu jam untuk mencuba 5 jenis makanan yang akan dijual di restaurant itu nanti. Di antaranya adalah:

Chicken Panee
Chicken Ambassador Cheese
Chicken Ambassador Mushroom
Seafood Plus
Beef Philly Cheese

Sambil merasa makanan ini semua, kami diberi penerangan ringkas mengenai makanan ini semua oleh Pengurus restaurant tersebut En Lee (if salah mintak maaf ek) dan juga kami dikehendaki mengisi borang2 survey yang telah disediakan.

So, dari apa yang aku boleh summarized kan kat sini mengenai makanan kat sini ialah :


1. Rasa
Majoriti mempunyai rasa yang berlainan. Kalau sama susah lah plak kan. Ayam yang isinya tebal digoreng ranggup. Seafoodnya pelbagai jenis dan rasa. Daging lembu mantap siot sebab tebal dan tak liat. Bun rotinya lembut. Tak berape pedas ok je.Sos plak rasa lain daripada yang lain. Sos buatan sendiri, resipi ciptaan sendiri katanya. Kalau cheese tu nampak cheese dia meleleh. Kalau yang ade mushroom nampak mushroom dia. Diorg nie banyak gunakan black/white pepper dalam each meal.Kalau sales dah ok, nanti boleh la buat dwi flavour pedas dan x pedas. Baunya memang menyelerakan lah.

2. Texture
Cantik. Menarik perhatian si pemakan macam aku nie. Sayur-sayurnya macam2 colour. Segar.Saiz besar sama macam Subway punye sandwiches. Garing, tak de lembek2.

3. Saiz
Tak berat dan tak ringan, just nice untuk pegang. Budak kecik pun senang nak pegang. Kalau aku makan sorang memang jenuh nak abiskan tapi kalau mrBig, confirm dia suker sebab besar dan padat.

4. Kesesuaian
Sesuai dimakan time panas-panas sebab cam ranggup je semua bende masuk kat mulut kan

5. Packaging
Cantik colour, menarik perhatian si pembeli. Siap bagi paper bag kertas lagi.

6. Harga
So far dalam survey form tu, harga yang ditawarkan agak berpatutan. Lebih murah dari brand KK or Sub or Mc D

7. Target Market
Sesuai untuk semua orang. Disebabkan restaurant nie kat Seksyen 7 Shah Alam maka target diorg nie adalah student2 yang dekat2 kat situ. Dan juga families yang anak2nya suker sangat makan Mc D kan,so bolehlah diorg cuba kan.

8. Comparison with other brand
Kalau betul2 strategi yang diorg rancang, confirm boleh beat fast food yang lain lah.

Tuan punye restaurant bersama chefnya

Hah, itu sajalah yang aku dapat describe untuk food testing kali ni. Sebenarnya banyak tapi agaknya dah termakan semut banyak aku terus jadi pelupa plak sekarang nie.Aku tak kan review restaurantnya coz belum bukak lagi kan.

Anyway, bila restaurant nie dah dibuka, aku harap dapat pi makan kat sane dengan menu2 yang dihidangkan lagi superb dari apa yang diorg hidangkan untuk kali nie.

p/s: korang nanti bile dah bukak kedai, kite semua pi makan kat sane ek! yang penting sedap dan besau tau!

16 comments :

isabelle said...

ciss..apsal p x ajak aku?
musti diorg ingat aku mkn sikit jer. diorg tak tau aku ada hantu raya, buleh mkn byk. muahahahaha

cik helena said...

jeles!

Matjoe said...

clp - ada food testing lagi jgn lupa ajak aku.

ajak ek. dh 2 tag ngko aku jawap. aku patut diberi keutamaan utk diajak :PPP

Merah Baldu said...

kat petronas sek.7 momen ni klu xsilap...nk kene try ni.heheh

Jard The Great said...

die bg makan free ke? ehehe

kisahsensasi said...

Biler tengok gambar2 sandwich tue ...memang buat orang geram nak makan.... idea paper tue memang besh....

kisahremaja said...

Nampak menyelerakan.... yummy... Kalau ade pelancaran restaurant nie... boleh ajak saya skali yea...

hazman aka species1980 said...

Waah... bestnya dapat join food testing...rasanya kalau tuan punya restaurant spent promo melalui blogger sure efisien punye

Pojiepooh Abdullah said...

xsabor nk tguu opening dia..
nk makan lagi byk² sedap tuh!
tp since makan 1 dah kenyang, so kne makan hari², 1 menu sehari.. hahah!

Cik Lily Putih said...

@Belle
la rupanya ko nie hantu raya. okeh okeh lain kali aku ajak ko

@Cik Hel
lain kali k lily ajak awak okeh!

@Matjoe
aku ajaklah ko nanti tau

Cik Lily Putih said...

@Merah baldu
hah betul tu. kat tepi jalan je

@Jard
ari tu free lah. pas nie kenelah bayar

@Kisah sensasi
memang pun isinya padat

@hazman
memang betul pun

@Pojie
ye betul, makan satu tu pun dah kenyang amat dah

CIK NANA said...

mcm jeles jek..
seems yummy!! :)

Cik Lily Putih said...

@Cik Nana
jgnlah jeles, nanti kite ajak awak okeh

Outdoor Furniture said...

There are multiple types of tests, from injecting you with small amounts of allergens, pricking you with a point with the allergen, to newer patch tests. They are pretty accurate, as you are coming in direct contact with the allergen, and if you have a reaction to it or not is up to your body.

hen party said...

I'm observing what positive test fir starch, sugar, protein, and fats lookllike in unknown food sample using specific chemical test.

Radix Fried Chicken said...

Salam. Mulai Februari 2012, Restoran Mo'men akan bertukar menjadi Radix Fried Chicken. Terima kasih!