Wednesday, October 27, 2021

Lulu Grocer Kini Di Amerin Mall Seri Kembangan

Hi Korang,

Berita Lulu Hypermarket akan di buka di lokasi Seri Kembangan ni dah 2 minggu kak lily dengar tau, until ada orang bagitau memang betul Lulu Hypermarket bakal di buka di Seri Kembangan.


Of courselah kak lily excited sebab barangan di Lulu Hypermarket sememangnya berkualiti dan pada harga yang berpatutan.



Lulu Hypermarket yang di beri nama Lulu Groser ini merupakan cawangan keempat yang telah dibuka di Amerin Mall Seri Kembangan. Bagi mereka yang berdekatan dengan Amerin Mall terutama yang di tinggal kawasan belakong, Seri Kembangan, Sg Besi bolehlah datang membeli-belah barangan dapur di sini.

Lulu Grocer Amerin Mall mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barang keperluan asas yang lainnya. Ianya terletak di aras Ground Floor.

Kak lily memang sentiasa mengikuti pembukaan outlet baru Lulu Hypermarket ini, pastinya ada promosi barangan yang ditawarkan pada harga jauh lebih murah di pasaran. 














Jadi sesangat berbaloi jika berbelanja di minggu pertama pembukaan.


Pelbagai Barangan Keperluan Asas Rumah Ditawarkan

Apa yang menarik, produk memang tersusun kemas mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Korang boleh dapat penanda arah produk yang akan besar dan bersistematik bagi memudahkan para pelanggan untuk membuat carian barangan yang diperlukan.

Hot Food (Masakan Panas)

Di sini ada ditawarkan nasi ayam mandy, nasi beriani, lasagna, ayam bakar dan pelbagai lagi



Bersempena dengan hari pembukaan, terdapat beberapa hidangan ditawarkan pada harga promosi. Contohnya seperti beli 2 ekor ayam bakar akan diberikan air coke 1.5 litter secara percuma.

Bakeri

Selain itu ada juga kek, roti, biskut homemade, manisan di bahagian bakeri.

Untuk roti dan kek tidak hanya menawarkan produk in-house, terdapat juga jenama lain seperti Gardenia dan pelbagai lagi.

Delicatessen



Sekiranya korang mencari kimchi, sambal belacan, keju, acar pelbagai jenis, cili jeruk, barangan kisar seperti bawang, cili dan sebagainya, bolehlah terjah ke kawasan ini.


Roastery



Kekacang dan pelbagai jeneis kurma ditawarkan di bahagian ini.


Meat (Daging)




Boleh dapatkan ayam dan daging di Lulu Hypermarket. Selain banyak pilihan, jaminan halal juga adalah menjadi keutamaan.


Fish (Ikan)



Terdapat pelbagai jenis ikan yang di tawarkan di sini termasuklah makanan laut yang lelain seperti kerang, kupang, ketam, udang dan lelain lagi. Terletak bersebelahan dengan bahagian daging. Servis pemotongan ikan disediakan. 

Nieh kak lily kongsikan katalog promo untuk tatapan korang hehehehe..









Di Amerin Mall juga turut menyediakan kemudahan seperti tempat makan, tempat letak kenderaan dan pelbagai lagi.

Selain itu terdapat aksesibiliti yang mudah untuk ke Lulu Grocer Amerin Mall. Ini kerana ianya terletak betul-betul di sebelah Lebuhraya SILK . Jadi mudah untuk pelanggan dari Serdang, Cheras ataupun Kajang.

Tahniah di ucapkan ke atas pembukaan outlet terbaru di Amarin Mall Seri Kembangan


Jom kite :


Lulu Groser Amerin Mall,
Lot G, Amerin Mall, 11, Persiaran Impian Indah,
Taman Impian Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,

Website :

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook Page :

Instagram Link :

Monday, October 25, 2021

GANJARAN HEBAT BERNILAI LEBIH DARI RM400,000 MENANTI PARA PELANGGAN BERSEMPENA KEMPEN ‘THE GOLDEN TICKET’ DI SURIA KLCC DAN MESRA MALL

Hi Korang,

Kumpulan Syarikat Suria KLCC membuka tirai kempen ‘The Golden Ticket’ dengan menyediakan baucar yang mencecah nilai hampir RM450,000 kepada para pelanggan yang berkunjung ke pusat beli-belah di bawah naungan kumpulan tersebut bagi tempoh suku akhir tahun 2021.


Suria KLCC kembali dengan kempen ‘The Golden Ticket’ hasil dari pelbagai maklum balas positif yang mana secara tidak langsung menjadikan ia satu kempen yang kini diingati oleh pengunjung setia kami. Apakah titik pengukur kemeriahan kempen “Golden Ticket” ini? Dengan hanya melakukan pembelian di rangkaian pusat beli-belah kami yang terpilih, para pembeli mampu menikmati nilai ganjaran istimewa setiap hari. Dengan erti kata lain, setiap pelanggan yang berbelanja di rangkaian pusat beli-belah terpilih kami, akan diraikan!” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Sepanjang tempoh 16 hari bermula dari 9 Oktober, para pembeli bepeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dengan membuka salah satu kotak misteri yang dipilih daripada 100 kotak yang lain. Kotak misteri ini akan ditempatkan di Tingkat 1, Ramlee Mall, yang mana para pembeli berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ atau ‘Purple Ticket’. ‘Golden Ticket’ adalah himpunan baucar beli-belah yang bernilai RM5,000, manakala pembeli yang mencabut ‘Purple Ticket’ melalui akan membawa pulang baucar beli-belah Suria KLCC yang bernilai RM50.



Para pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam dua resit dari mana mana kedai terpilih di Suria KLCC layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Bagi merancakkan lagi kempen ini, Suria KLCC akan memberi pakej percutian “staycation” dua hari satu malam di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan cabutan akan dibuat pada acara penutupan tirai kempen tersebut.

Peluang untuk memenangi ‘Golden Ticket’ akan diadakan pada sesi pagi dan sesi tengahari, sejumlah 32 pemenang akan membawa pulang baucar beli-belah yang bernilai RM5,000 setiap seorang. Bagi ‘Purple Ticket’, lebih daripada 3000 baucar beli-belah yang bernilai RM50 dengan nilai terkumpul sebanyak RM158,000 bakal dimenangi dan sebanyak 99 baucar akan diberikan pada dua sesi setiap hari.

Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengunjung sepanjang keberlangsungan kempen, Suria KLCC akan memastikan kawalan SOP dipantau. Cecair pembasmi kuman dan cecair pembersih tangan akan disediakan di sekitar stesen cabutan bertuah tersebut. Bagi mengekalkan penjarakan sosial yang optimum, acara cabutan bertuah hanya akan diadakan pada dua sesi setiap hari yang mana sesi pertama akan berlangsung mulai jam 10 pagi hingga 3 petang manakala sesi kedua akan berlangsung pada jam 4 petang hingga 9 malam bagi sepanjang kempen tersebut.



Kempen ‘The Golden Ticket’ juga akan kembali memeriahkan kawasan Centre Court Pusat Beli- Belah Mesra Mall, Kemaman pada 22 November untuk para pelanggan yang berbelanja sekurang- kurangnya RM250 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih. Lebih dari 2,000 pembeli akan membawa pulang baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM30 setiap seorang, selain daripada berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ yang berbentuk baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM1,000. Secara keseluruhan, sejumlah 45 ‘Golden Ticket’ akan diberikan.

Tebusan hadiah terhad untuk 1 kemasukan bagi setiap pembeli untuk setiap hari, sementara stok masih ada. Terma dan syarat lengkap boleh didapati di laman sesawang Suria KLCC dan Mesra Mall.

“Kami amat bersyukur kerana berpeluang untuk kembali meraikan pengunjung setia dengan sambutan kempen ini, kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada mereka dikala menginjak suku akhir tahun ini. Bagi terus mengekalkan prestasi dan rekod, rangkaian pusat beli-belah kami akan sentiasa mengekalkan keselamatan dan kebersihan yang mana kami mengambil langkah bersepadu dan jitu dalam mengekalkan kawalan ketat terhadap SOP. Akhir kata, kempen ini adalah tanda penghargaan kecil kami dalam menghargai dan menyanjungi para pelanggan kami”. Tambah Brien.


Untuk info lanjut, layari:


Sunday, October 24, 2021

Comel Plak Lagu Kelentang Kelentong Dari Hael Husaini

Hi Korang,

Pernah dengar tak lagu Kelentang Kelentong nieh??

Of course ramai yang tak pernah dengar kan, lately lagu ni baru banyak di putarkan di corong-corong radio.

Masa memula dengar, kak lily ingatkan penyanyi dari Indonesia so kak lily search lah 2-3 kali dan akhirnya dapat tau jugak rupanya lagu dari nyanyian Hael Husaini hah, itu pun dengan bantuan dari Siri kat handphone nie hehehhe

Ni kak lily kongsikan lirik lagunya yer


Hael Husaini - Kelentang Kelentong

Siang Malam Tidur Aku Tak Lena
Makin Lama Makin Rindu Padanya
Oh Rindu Rindu Manja

Boleh Jumpa Buat Apa Nak Tunda
Tunda Tunda Bila Masa Nak Jumpa
Oh Rindu Rindu Gila

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Bukan Mahu Ganggu Engkau Bekerja
Tapi Teringin Juga Kau Merasa
Oh Rindu Rindu Gila

Kata Tak Mahu Tapi Hatiku Mahu
Kau Patut Tahu Apa Yang Aku Mahu
Dekat Sama Kamu

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Sayang

Punya Lama Kita Berpisah
Kan Dah Boleh Bersua

Ayuh Sayang Kita Bersua
Ayuh Kita Kelentang Kelenting Kelentang Kelentong
Ala Lali Lale

Aaa lale laa boleh laa
Aaa lale laa boleh laa
Ala lali lale


Lagu ni bergenre pop rock, tapi kak lily rasa more to Dance Cha Cha sebab melodinya sangat-sangat santai dan fun kalau di jadikan lagu untuk berzumba, terus rasa nak menari gituh.

Nanti korang tengok muzik videonya tau, lagi best. Rasa nak terus book hotel dan tiket flight untuk pi bercuti jer lah