Friday, November 4, 2016

Antabax Travel Pack, Senang Betullah

Hi Korang,

Jenama produk penjagaan diri Halal nombor 1 di Malaysia, Antabax, telah memperkenalkan barisan penjagaan kebersihan diri Siap, Sedia, Mula-nya bagi menggalakkan rakyat di negara ini untuk membuat persediaan terperinci bagi kekal bersih sepanjang hari.

Barisan trio produk bersaiz kecil yang boleh dimuatkan di dalam poket ini terdiri daripada Tisu Pembersih Anti-bakteria Antabax (Antibacterial Cleansing Wipes), Gel Pembersih Tangan Segera (Instant Hand Sanitiser) dan Penyembur Pembersih Tangan (Hand Sanitiser Spray) yang memudahkan pengguna ketika menghadapi keadaan yang memerlukan pembersihan segera.


Produk anti-bakteria Siap, Sedia, Mula Antabax ini memberikan pengguna perlindungan 24 jam dan mampu membasmi 99.9% kuman merbahaya.

Barisan Siap, Sedia, Mula dirumus berasaskan Aloe Vera bagi mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Manakala Sistem Perlindungan Derma-nya pula mengandungi Serum Lembapan Mikro yang akan menjadikan tangan pengguna lembut, licin dan sihat. Ia telah diuji di atas kulit dan terbukti bertindak dengan lembut terhadap kulit yang paling halus menjadikan barisan produk ini sesuai untuk kegunaan harian. 

Kesemua produk Antabax telah disahkan Halal, memberikan keyakinan kepada para umat Islam untuk menggunakannya. 

Tidak kira sama ada anda sedang memburu makhluk-makhluk Pokemon GO; bersenam di gimnasium; membeli belah di pasaraya; menuju pulang dari percutian atau menggunakan tandas awam, barisan produk Siap, Sedia, Mula Antabax akan melindungi anda.

Tisu, gel dan penyembur pembersih ini didatangkan dalam bekas yang direkabentuk agar dapat dimuatkan dengan selesa di dalam poket dan hanya akan mengambil ruang yang sedikit di dalam beg tangan, beg kembara, beg sekolah, beg pinggang mahupun bekas ubatan kecemasan dan kereta. 

Walaupun kecil, ia amat berguna dan berkesan. 

Ketiga-tiga wira pembersihan ini pasti akan memastikan anda dapat melakukan pembersihan dengan pantas dan mudah!

Penggunaan

Lapkan telefon bimbit, tablet dan komputer riba anda setiap hari menggunakan Tisu Pembersih Anti-bakteria Antabax kerana skrin dan papan kekunci peranti-peranti berkenaan mudah dicemari dengan sebum kulit, solekan, minyak dan lebihan makanan selain kuman yang boleh menjangkiti anda setiap hari.

Bersihkan alatan gimnasium sebelum dan selepas anda menggunakannya untuk senaman. Tisu ini juga amat sesuai untuk membersihkan lebihan makanan segera di dalam kereta - benar, kami pernah mengalami keadaan sebegini dan Berjaya menangani situasi tersebut dengan mudah dan efektif! 

Gunakan Penyembur Pembersih Antabax untuk membersihkan tandas, troli pasaraya, pemegang tangan di dalam bas atau keretapi yang anda naiki setiap hari. 

Pilihan di tangan anda, sama ada anda biarkan diri dicemari kuman apabila memegang alatan itu atau membersihkannya untuk kebersihan dan kesejahteraan diri.

Gel Pembersih Antabax pula amat sesuai untuk membersihkan tangan dan jari jemari anda secara menyeluruh daripada dicemari kuman yang gagal dibasmi oleh sabun atau pada ketika ketiadaan air.


Menurut Pengurus Produk Penjagaan Rumah dan Peribadi Kumpulan Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Cik Angeline Sim, penjagaan kesihatan yang baik berkait rapat dengan amalan kebersihan diri.

Amalan kebersihan yang ringkas dan pantas membawa kesan besar dalam mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit terutamanya yang disebarkan melalui sentuhan.

“Majoriti rakyat Malaysia mengamalkam gaya hidup aktif termasuk mengamalkan sukan rekreasi luar; bermain permainan di telefon bimbit; mengembara; membeli belah dan bersenam di gimnasium. 

“Dalam melakukan aktiviti-aktivit tersebut, kita tidak dapat mengelak daripada berinteraksi antara satu sama lain dan ini mendedahkan kita kepada risiko jangkitan penyakit serta kuman merbahaya yang dibawa dan disebarkan oleh orang lain secara sedar atau tidak. 

“Justeru, amat penting bagi kita untuk sentiasa bersedia dan menjadikan pembasmian kuman dan penjagaan kesihatan amalan supaya risiko dijangkiti penyakit berjangkit dikurangkan. Setidak-tidaknya, amalan ini boleh memberikan anda ketenangan fikiran’” kata beliau.


Barisan produk anti-bakteria Siap, Sedia, Bermula Antabax ini boleh didapati di farmasi dan pasaraya-pasaraya di seluruh negara termasuk farmasi Guardian, Watsons, AEON dan banyak lagi.

Tisu Pembersih Anti-bakteria Antabax (3 X 10 helaian)
Harga jualan yang dicadangkan: RM 4.80

Penyembur Pembersih Antabax 50ml
Harga jualan yang dicadangkan: RM 4.80

Pembersih Tangan Segera Antabax 50ml
Harga jualan yang dicadangkan: RM 4.20

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tips-tips kebersihan untuk gaya hidup sihat dan penuh keyakinan, sila tekan butang “Like” Antabax di pautan www.facebook.com/NewAntabax


Thursday, November 3, 2016

New Concept of Guardian KLCC

Hi Korang,

Jumaat lepas sempat aku ke Guardian Suria KLCC sempena majlis perasmian Gedung Guardian yang berwajah baru. 


Guardian Malaysia, peneraju dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan, telah membawa pengalaman pelanggan ke tahap yang baru dengan pembukaan stor konsepnya, yang pertama di Asia. 

Merasmikan stor konsep tersebut hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Malaysia, Mr Peter J. Dove, berkata: "lndustri runcit seperti yang kita sedia maklum adalah industri yang sangat kompetitif dan tidak menentu, dan kami mengalami pelbagai cabaran. Tetapi satu perkara yang sentiasa menjadi keutamaan adalah pe!uang untuk mencipta dan m mbangunkan pengalaman membeli-belah baru yang selari dengan kehendak pelang an, dim melihat .met.:lumbalas daripada - para pengguna. Pembeli sentiasa berubah dan pembaharuan adalah kunci; sama ada dari segi wawasan, konsep, perkhidmatan yang ditawarkan, atau gabungan menarik semua elemen ini." 

Tambah beliau: "Hari ini, selepas kajian penting terhadap keperluan pelanggan dan trend; perancangan dan pelaburan, saya amat berbesar hati mengumumkan bahawa stor konsep kami kini beroperasi sepenuhnya. Dalam jangka masa yang singkat, pasukan Guardian Malaysia telah berjaya membangunkan stor konsep ini ke tahap yang lebih mantap, dan harapan kami agar anda, rakan kongsi kami, dan para pelanggan, akan berpuas hati dengan hasil usaha kami dan penaiktarafan ini." 

Mr Dove berkata; "Saya dengan bangganya ingin menekankan bahawa pencapaian ini telah berjaya dicapai, dicipta dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Guardian Malaysia; ini merupakan sebuah pembangunan yang unik, yang dibina oleh pasukan Guardian Malaysia." 

Konsep baru tersebut memuatkan ciri-ciri mesra pelanggan yang tidak terdapat di mana-mana kedai di rantau ini, satu perbezaan yang bertujuan mengukuhkan kelebihan daya saing. 

Terletak di lokasi farmasi Guardian yang sama di KLCC, outlet ini sejajar dengan program penaiktarafan berterusan farmasi Guardian Malaysia. 

Ciri-ciri baru dan menarik termasuk beberapa konsep kedai-dalam-kedai untuk bahagian kosmetik, kesihatan dan farmasi, dan pengenalan kepada pemeriksaan kesihatan asas dan khidmat penjagaan kesihatan seperti pemantauan tekanan darah, pengurusan berat dan khidmat nasihat untuk berhenti merokok. 


Antara konsep kedai-dalam-kedai adalah: 


1. Ruang Make Me Up , merupakan sebuah kedai-dalam-kedai untuk kosmetik. lni berikutan penyelidikan meluas yang dijalankan bersama L'Oreal Malaysia untuk memahami keperluan solekan oleh pelanggan sasaran syarikat dan faktor yang mendorong pembelian mereka. Konsep ini memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan pembeli, antara lain, menonjolkan produk dan trend kosmetik terkini dan menawarkan kawasan separa peribadi untuk pelanggan mencuba produk. 

Dua orang jurusolek Guardian akan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan yang ingin tahu lebih lanjut mengenai tip solekan dan trend terkini. 

Guardian Malaysia turut meluaskan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsanya yang hanya boleh didapati di Guardian, pada harga yang berpatutan. 

2. Guardian Malaysia juga menerajui inisiatif farmasi perdagangan moden dengan penyenaraian produk kesihatan herba Cina tradisional yang dihasilkan oleh Eu Yang Sang, jenama yang terkenal dengan kualiti, dalam rangkaian produknya. 

3. Guardian KLCC turut menawarkan rangkaian produk G&G Century seperti sarang burung sehingga ke Tongkat Ali yang sangat popular di kalangan pelanggan tempatan dan para pelancong.


Guardian Malaysia, adalah sebahagian daripada Dairy Farm Group, perintis, dan peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan di Asia. Perubahan identiti visual Guardian Malaysia telah dilancarkan pada hujung 2014.

Di bawah perubahan identiti visual itu, logo Guardian berwarna biru dan oren yang dikenali ramai, telah ditukar menjadi "guardian" dalam tulisan berwarna oren dan berlatarbelakangkan warna putih.

Warna oren yang dipilih bertujuan menyuntik semangat baru ke dalam persepsi jenama keseluruhan. Pelaburan yang dibuat dalam stor konsep dan identiti visual adalah selari dengan misi Dairy Farm Group untuk membawa Manfaat Peruncitan Moden kepada Pengguna di Asia.


Jenama Guardian telah dibina berdasarkan nilai kepercayaan pelanggan, dedikasi pengasas-pengasas dan mereka di dalam organisasi dan produk-produk inovatif yang memberi inspirasi kepada para pelanggannya.

Nilai-nilai ini - kepercayaan, dedikasi dan inspirasi - akan menjadi teras panduan untuk Guardian Malaysia, dalam fokusnya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.


Wednesday, November 2, 2016

Dinner Di Ibrahim's Fatty Crab Seafood Ampang.

Hi Korang,

Ini bukan consider food review ye sebab aku memang tak de plan pun nak kemari.

Citer dia cam ni sebenarnya, memang aku perasan kat Instagram yang gambar-gambar makanan di Ibrahim Fatty Crab ni memang mengundang betul!. Yelah la ko ketam kot, memang favourite tuh. 

Dan kedai ketam favourite aku kat belakang Park Royal Hotel dah pindah ntah kemana so tak delah aku makan ketam sepuas-puasnya. So petang ahad tuh lepas balik daripada umah mama, duk sibuk fikir nak pi dinner kat ner kan. Zas teringat kat kedai Ibrahim Fatty Crab ni, terus set WAZE dan bergerak ke kedai ni. Alah dekat je dari Wangsa Maju ke Ampang dalam 20 minit je dah sampai. 

Jeng jeng jeng inilah kedai nie

Ibrahim Fatty Crab

Petang ahad ni tak berapa ramai orang so tak yah nak booking pun kecuali kalau korang datang lebih dari 5 orang kann takut tak de tempat plak. 

Memula tengok menu dulu

Yesza sebijik style menu kedai cina, macam hokaiddo. 

Ok tengok menu ketam plak, ada pilihan jenis masakan dan jenis ketam yang korang suka. Di sebabkan otak aku lembab hari tuh aku terpaksa pi tengok ketam hidup yang dalam akuarium yang diorang sediakan tuh. 

Ok nak makan Brown Crab duit tak cukup pulak so kita pilih Mud Crab or ketam batu or ketam nipah or ketam lumpur. 


Sementara tunggu makanan sampai, meh makan kacang sambil tengok tv yang tengah tayang perlawanan akhir Hoki tuh. 

datang berdua tapi makan macam 5 orang, ermm sebab dah biasa kot makan banyak cam ni lah.

Ok ini yang kitorang order :-

Mongolian Style Crab

Signature dish untuk ketam kalau makan kat Ibrahim Fatty Crab. Sedap langsung tak pedas dan ada rasa butter-butter sket. 

Salted Yok Egg Squid

Ini memang favourite kitorang ni, kalau pi makan kedai cino mesti kene order ni. Rasa telur asinnya kemain lagi.

Butter Cream Prawn

Tiger prawn tpai bila dah masak dia cam dah jadi kecik sket. Tak liat dan tak hanyir, masak on time so tak delah rasa kering.

Sizzling Beancurd

Melimpah ruah kuahnya, siap ada telur sekali. Rasa sama cam memane kedai yang aku selalu pi makan.

Mantou

Yesza, mantou ni sebijik roti goreng yang aku pasti tak ramai kedai seafood melayu boleh buat. Nampak cam keras tapi bila cubit lembutnya kemain sungguh di cicah pulak dengan kuah ketam tuh tadi. Amik ko terangkat!!. 


Aduiyai perut kemain senak lagi lepas makan ek, aku dapat makan sket je the rest Mr Big yang habiskan semua. Dia pun sampai rasa muak makan ketam tuh sebab kitorang kan tamak pi amik 2 ekor saiz beso plak tuh hahahahahaha

Harga makanan di Ibrahim Fatty Crab



Amik ko semua sekali RM226.80 termasuk air dan nasi putih. 

Tak delah mahal mana pun, yelah sebab makan ketam mesti korang kena budget besar sket. Ketam kan mahal, besar pulak tuh. 

Korang yang mana teringin nak pi tuh, ini hah alamatnya:

Ibrahim’s Fatty Crab
No.18 Jalan Avenue 1, 
Avenue Ampang 68000, Ampang, 
Selangor 

Kalau nak WAZE, klik SINI


Layari : 




Ok jemput makan semuanya...